Thursday, January 7, 2010

Terima asih daun keladi Hishammudin...


Terkini:
Kata Tun:
5. There is no country more rotten, no race more racist, no party more corrupt than Malaysia, the Malays and UMNO. And of course there is no PM more abusive of his authority than the PM of Malaysia of 22 years. Really Malaysia should revert to being a British colony again.
(PDRM memberi amaran kepada blog agar jangan jadi batuapi kes mahkamah penggunaan nama 'Allah')
PDRM juga kena faham bahawa kes sensitif ini yang tidak mengawalnya ialah kelalaian KDN sendiri - sekarang tambah kerja untuk PDRM.
ALONG walaupun masih ujud tetapi sedikit sebanyak iltizam Hishammudin ketika mula menjawat Menteri Keselamatan Dalam Negeri nampak memberi kesan kerana pengurangan yang nyata terutama 'kesukaran' untuk meminjam sekarang dari Along sekarang kerana ada yang sudah 'gulong tikar' dan dicari polis. Malahan Along Along juga kelihatan lebih berdiplomasi dengan pelanggan2nya yang gagal membayar dengan tepat.




Pengurangan sedikit tentunya jika dileka dan tidak terus dipantau akan kembali bermaharajalela dalam masa terdekat ketika kegawatan ekonomi masih terasa berterusan dan kenaikan beberapa produk pengguna seperti gula akan menyemarakkan lagi kenaikan harga barang lain yang semuanya terbeban kepada golongan miskin.




Isu dan masalah PEKERJA ASING samada halal atau haram masih menjadi antara topik panas yang banyak belum diselesaikan dan setakat ini belum 'dipolitikkan' untuk menuduh kerajaan gagal dan lemah dalam menangani isu ini.




Sesungguhnya kerajaan gagal dan lemah !!!???

Wednesday, January 6, 2010

Anwar Nak Cepat di Mahkamah Syariah selepas GAGAL

http://anwaribrahimblog.com/2010/01/07/kenyataan-media-dato-seri-anwar-ibrahim-selepas-memfailkan-tuntutan-agar-tuntutan-qazaf-tidak-dilengahkan-lagi/

Tarikh: 7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

Saolannya:

Kenapa Anwar mengambil masa terlalu lama dari tarikh permohonan pertamanya (9/7/08) untuk membuat permohonan baru (7/1/10) di Mahkamah Tinggi Syariah sedangkan dia mampu membuat beberapa kali penangguhan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Apakah dia hanya membuat laporan baru (7/1/10) selepas segala usahanya GAGAL di Mahkamah Tinggi Sivil ?

Sebagai seorang Islam yang berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baiknya, dia tidak pula mempercepatkan kes itu di Mahkamah Tinggi Sivil sebaliknya ditangguh beberapa kali dengan pelbagai permohonan?

Tuesday, January 5, 2010

Kalimah Allah - PAS badut sarkas..

Warna warni pendirian PAS
Sebahagiannya kemaruk kuasa atau takut kehilangan kuasa.
Sebahagiannya merasa mereka lebih tinggi Islamiknya jika menyokong puak kristian.
Sebahagiannya pak turut,
Selebihnya tukang karut.


Sunday, January 3, 2010

Guru dan sekolah menyusahkan..


Persekolahan baru bermula, yang memeritkan...

Soal yuran yang kena dijelaskan serentak dan beberapa yuran yang ditarik balik kerajaan cukup menyeksakan ibubapa.


Kerenah sekolah makin bertambah terutama melibatkan pertukaran anak ke sekolah lain. Sekolah begitu berkuasa penuh untuk menyatakan 'ya' atau 'tidak' ketika ibubapa ingin membuat pilihan menempatkan anak mereka di sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka.


Banyak masa terbuang dengan procedure antara sekolah dan antara PPD yang tidak pernah seragam, itu belum diambilkira kerenah perkeranian yang memberi peraturan 'ikut sedap mulut' masing masing.


Yang jadi mangsa ialah ibubapa dan anak anak sekolah. Ibubapa terpaksa bercuti atau sebagainya untuk menguruskan hal anak anak sekolah dan dan pelajar dinafikan kebebasan mereka memilih sekolah untuk belajar.


Banyak sekolah yang dianggap 'elit' hanya menerima murid yang cemerlang kerana bagi mereka pencapaian akademik semata mata adalah lambang dan status.


Guru dan sekolah ******* ini cukup menyusahkan ibubapa.

Saturday, January 2, 2010

1Allah.. 1Malaysia..

Merenung sejenak kata kata Tun Dr Mahathir.
( Dalam lain perkataan jika Tun masih kekal PM: bala sebegini buruk tidaklah akan berlaku kepada umat Islam di Malaysia. )
"Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan perkataan god dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.
"Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan tuhan bukannya Allah," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) di sini hari ini. - Utusan


Perkembangan terkini menunjukkan umat Islam di Malaysia sendiri sudah berbeza pendapat: Menyokong dan membantah.
Titik penyatuan semakin jauh..............................................

PAS dan UMNO leka, agenda mereka adalah politik murahan, bebal dan dayus.

Tuesday, December 29, 2009

Siapa yang campurtangan keputusan mahkamah..



KOTA BHARU 29 Dis. — Bapa mertua Dr. Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

Wajarkah bapa mertua campur tangan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, bukankah anaknya sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan bapanya.

Friday, December 25, 2009

Takkan nak tunggu pondan tegur baru si mamat ni nak letak jawatan..


Mana nak letak muka si mamat ni sekor bila wanita mencabarnya letak jawatan. Takkan nak tunggu pondan cabar dia pulak kot....

Selama ni hebat sangat dia berkokok dan menyalak, kita tengok apa pula komen dia bila kena batang idung sendiri..

Tahniah dan syabas kepada kepada Kamalia yang mendahului 'jantan jantan' lain dalam UMNO dan BN kerana berani tegur Nazri..

KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

6ANGKA