Saturday, May 5, 2012

Melayu yang waras dalam DAP..tiada Cina atau India dalam DAP yang berani menyatakan kebenaran walaupun pahit...

DAP yang pada mulanya cuba mempamirkan tidak perkauman dengan memasukkan beberapa tokoh Melayu kini terpaksa menghentikan strategi yang makan tuan, kena lebih berhati-hati dan perlu bimbang kerana Melayu seperti Tuanku Abdul Aziz adalah Melayu yang tidak berkepentingan diri, tidak terdesak seperti Anwar dan bukan spesis seperti Aspan dan Mongkol ??

DAP kena ingat bukan semua Melayu dalam pembangkang seperti Hadi, Mat Sabu atau Nik Aziz yang senang dicucuk hidung. Masih ada yang waras yang sanggup dipecat seperti Hassan Ali, YB Zul dan ramai lagi yang akan bangun menentang dari dalam demi 'kebenaran'.



KUALA LUMPUR, 5 Mei – Penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,
kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.


Penganjur Bersih 3.0 bukan kumpulan “malaikat yang diturunkan dari syurga dan langsung tidak boleh dipersalahkan.”

“Mereka seharusnya menerima elemen tambahan daripada perhimpunan anjuran mereka yang menimbulkan kekecohan dan huru-hara selagi mana ianya masuk akal,” kata Naib Presiden DAP itu dipetik akhbar The
Star.

“Mereka meletakkan beban kesalahan itu di bahu pihak polis, sedangkan mereka harus sedar mereka juga bersalah,” tambahnya.
Tunku Abdul Aziz (gambar), yang juga Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun pihaknya tidak menafikan ada sesetengah peserta yang sememangnya benar-benar menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, “namun, sebagai bukti, ada juga pihak yang berfikiran sebaliknya.”
“Bersih 3.0 hilang kawalan daripada matlamat utama mereka kerana ia telah disabotaj,” kata pemimpin DAP berkenaan.
Tunku Abdul Aziz telah mengeluarkan kata-kata lantang terhadap kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang secara terbuka menyatakan beliau tidak menyokong perhimpunan Bersih 3.0 kerana ia “menyemai semangat rakyat untuk melanggar undang-undang.”

“Penentangan saya terhadap demonstrasi seperti ini - menggalakkan rakyat melanggar undang-undang sedangkan kita adalah pemimpin mereka yang menggubal undang-undang.
“Saya dapat rasakan berlakunya konflik di sini.
“Saya tidak kisah jika perhimpunan itu tidak menyalahi undang-undang, namun melanggar undang-undang tidak akan saya sokong,” katanya sehari sebelum Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kenyataannya itu mendapat reaksi negatif Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menegaskan pendirian Tunku Abdul Aziz itu memalukan parti.

“Saya terkilan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat Senator Tunku Abdul Aziz menolak hak Bersih untuk berhimpun ... untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Pendirian Senator Tunku itu berkenaan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pendapat individu di antara ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang lain,” kata Lim dua minggu lalu.





Penghormatan pada Ambiga, Anwar - Pemerhati...Antara Perhimpunan Raksasa Dunia...

Ambiga dan Anwar wajar jadi tetamu terhormat untuk belajar:
1) Patuh pada undang2
2) Pilih tempat yang sesuai
3) Apa maksudnya perhimpunan aman
4) Kalau rasa kuat dan jadi pilihan rakyat - tak perlu mengganas
5) Bukan setakat bersih di mulut tapi lebih penting di hati



Perhimpunan raksasa Jumaat depan tanda kekuatan Umno: Najib


May 5, 2012 Perdana Menteri berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
“Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.
“Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di sini.
Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.
“Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini,” katanya.
Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema ‘Umno Pembela Rakyat’ berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas.
Bernama



Friday, May 4, 2012

Masa depan Malaysia di tangan saya...

Bagi orang Islam -  lihat ' nur ' di wajah saya ?
Bagi yang bukan Islam - ini tapak tangan saya...

lu pikir lah sendiri..

Urgent: Benar atau fitnah? UMNO PP kena selesaikan....

Saturday, May 5, 2012Najib serahkan tanah wakaf di Pulau Pinang kepada bukan Islam?


Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.

Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.

"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.

"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

September 2009, sembilan keluarga Hindu berkenaan antara penduduk Kampung Buah Pala yang hilang kediaman disebabkan pemaju dan pemilik tanah meroboh rumah-rumah mereka untuk pembangunan komersial.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut campur tangan serta membela penduduk berkenaan dengan memberi rumah dua tingkat bernilai sehingga RM600,000 tetapi dibantah oleh sembilan keluarga berkenaan.

Pun begitu, sembilan keluarga Hindu berkenaan masing-masing akhirnya menerima dua buah teres rumah teres dua tingkat yang setiap satu bernilai kira-kira RM220,000 dalam satu majlis rasmi di Universiti Sains Malaysia (SUM), George Town bersama perdana menteri baru-baru ini.

Difahamkan, pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri.

Menurut risalah yang diedarkan, penduduk setempat yang membeli rumah di Taman Sejahtera melahirkan rasa marah kerana rumah yang mereka beli secara ansuran bank masih terbengkalai.

Mereka turut mempersoal kewibawaan perdana menteri kerana menyerahkan beberapa rumah di Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga Hindu sungguhpun tanpa sijil pendudukan atau OC.

Mereka turut mempersoal langkan perdana menteri menyerahkan rumah di atas tanah wakaf Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga bukan Islam berkenaan.

"Mengapa tanah wakaf Taman Sejahtera ini boleh diberi kepada bukan Islam?

"Bangunlah! Bangunlah mempertahankan hak kamu wahai sahabatku, bangsaku!" ujar sumber dipetik dari risalah tersebut.

Risalah tersebut menjelaskan bahawa penduduk Teluk Air Tawar akan melancarkan protes terhadap pentadbiran Najib Razak kelak.





Najib buok lawok di Kelante....

Boleh percaya ke ? Musang tidak berbulu ayam lagi...
Siapa punya idea ni Rais Yatim ? Ahmad Maslan ?
Kombinasi Ku Li- Tok Pa-Awang Adek mampu tumbangkan Pas Kelantan

UMNO Kedah walaupun geng Mukhriz dan satu lagi geng tidak berapa sebulu tetapi untuk menumbangkan PAS mereka boleh bersatu hati,siapa jadi MB itu belakang kira nanti.
Di Kelantan. sikap 'tanpa aku' lebih baik Kelantan kekal di tangan PAS masih ujud di kalangan beberapa otai dan Ketua Bahagian menyulitkan sedikit untuk Kelantan ditawan. Masing2 tahu alangkah 'bertuah dan beruntungnya' kalau jadi MB kerana Kelantan masih belum membangun sepenuhnya.

Walaupun fanatik nik azaz masih menebal tetapi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh nik aziz kebelakangan ini termasuk isu baru mengupah pengganas bersih sedikits sebanyak memberi kesedaran kepada sebeilangan mereka.


GUA MUSANG 4 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Pas dapat ditumbangkan dengan kombinasi pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini seperti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Perdana Menteri berkata, BN juga akan membentangkan manifesto khas Kelantan bagi membawa perubahan kepada negeri ini selepas lebih 20 tahun diperintah oleh Pas.

"Melalui perhimpunan hari ini jelas, saya yang gabungan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr. Awang Adek Husin dalam barisan untuk merobohkan Pas Kelantan," katanya.

Beliau Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini hari ini. - UTUSAN



nik ajih kesal anwar cepat stim...

Kalau dah terdesak sangat, bagai minta nyawa - selicik dan sehebat anwar pun dah mengaku sanggup jadi pak turut dap, takkan ulamak terompah nik ajih tak boleh buat pemgakuan yang sama..tak perlu berselindung..

Kalau hidup pun dah benci UMNO, tentu kalau dah mati, takkan nak sama kawasan sekuburan...Kalau nak dikuburkan di jerat cina pun, pasti penyokong boleh tunaikan, ke syurga dengan roket, cepat sampai.

nik ajih faham ke maksud tersirat anwar: Kiblat DAP ialah PAP, kiblat singapura adalah israel.. nik ajih pun nak ikut jugak? Kalau nik ajih tak terfikir itu mainan politik anwar - itu politik bengong namanya..kena kencing dengan anwar hidup2.

Thursday, May 3, 2012

Sarjan Mejar keluar arahan baru...General tak kata apa pun...

Pening sungguh dengan arahan terbaru Sarjan Mejar lebih2 lagi menjelang PRU13...keputusan bukan dari kabinet, bukan dari BN...General takkan tak sokong pula...
Isteri wakil rakyat tidaklah perlu secara rasmi atau formal kerana sebelum ini bersandarkan keperluan dan keadaan mereka turut terlibat tetapi campurtangan dan pendedahan berlebihan hanya membawa lebih keburukan lebih2 lagi kalau mereka mahu dilayan Kelas 1 macam Sarjan Mejar sendiri !!!!

Rakyat nak jumpa wakil rakyat dan bukan isteri mereka yang berbaju lip lap atau gelang emas penuh tangan dan berlian yang berkilauan. Juga bukan pertunjukkan fesyen...

Puak UMNO - pandai2lah hampa jawab.

Published On: Thu, May 3rd, 2012 Nasional

By Sharifah Adelia Isteri Wakil Rakyat Perlu Rajin Turun Padang Ikut Suami Jumpa Rakyat – Rosmah Mansor

Share This

Tags KUANTAN, 3 Mei (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya turut mengikut suami melawat kawasan bagi bertemu dan memupuk hubungan yang erat dengan rakyat.

Beliau berkata isteri wakil-wakil rakyat perlu bijak memainkan peranan dalam melipatgandakan usaha memenangi hati rakyat untuk kembali menyokong BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

“Pupuklah hubungan yang baik di antara isteri pemimpin dan masyarakat dengan memperhebatkan program-program turun padan dan semarakkan gelombang biru bersama masyarakat.

“Dalam menghadapi PRU-13 ini saya ingin melihat isteri wakil-wakil rakyat juga memperluaskan peranannya dengan menyalurkan maklumat mengenai usaha dan pencapaian kerajaan dalam pelbagai lapangan demi untuk meringankan beban rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi,” katanya.

Rosmah berucap pada majlis perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional 2012 di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Khamis.



– BERNAMA



6ANGKA