Friday, May 4, 2012

Urgent: Benar atau fitnah? UMNO PP kena selesaikan....

Saturday, May 5, 2012Najib serahkan tanah wakaf di Pulau Pinang kepada bukan Islam?


Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.

Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.

"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.

"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

September 2009, sembilan keluarga Hindu berkenaan antara penduduk Kampung Buah Pala yang hilang kediaman disebabkan pemaju dan pemilik tanah meroboh rumah-rumah mereka untuk pembangunan komersial.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut campur tangan serta membela penduduk berkenaan dengan memberi rumah dua tingkat bernilai sehingga RM600,000 tetapi dibantah oleh sembilan keluarga berkenaan.

Pun begitu, sembilan keluarga Hindu berkenaan masing-masing akhirnya menerima dua buah teres rumah teres dua tingkat yang setiap satu bernilai kira-kira RM220,000 dalam satu majlis rasmi di Universiti Sains Malaysia (SUM), George Town bersama perdana menteri baru-baru ini.

Difahamkan, pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri.

Menurut risalah yang diedarkan, penduduk setempat yang membeli rumah di Taman Sejahtera melahirkan rasa marah kerana rumah yang mereka beli secara ansuran bank masih terbengkalai.

Mereka turut mempersoal kewibawaan perdana menteri kerana menyerahkan beberapa rumah di Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga Hindu sungguhpun tanpa sijil pendudukan atau OC.

Mereka turut mempersoal langkan perdana menteri menyerahkan rumah di atas tanah wakaf Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga bukan Islam berkenaan.

"Mengapa tanah wakaf Taman Sejahtera ini boleh diberi kepada bukan Islam?

"Bangunlah! Bangunlah mempertahankan hak kamu wahai sahabatku, bangsaku!" ujar sumber dipetik dari risalah tersebut.

Risalah tersebut menjelaskan bahawa penduduk Teluk Air Tawar akan melancarkan protes terhadap pentadbiran Najib Razak kelak.





No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...