DAP yang pada mulanya cuba mempamirkan tidak perkauman dengan memasukkan beberapa tokoh Melayu kini terpaksa menghentikan strategi yang makan tuan, kena lebih berhati-hati dan perlu bimbang kerana Melayu seperti Tuanku Abdul Aziz adalah Melayu yang tidak berkepentingan diri, tidak terdesak seperti Anwar dan bukan spesis seperti Aspan dan Mongkol ??
DAP kena ingat bukan semua Melayu dalam pembangkang seperti Hadi, Mat Sabu atau Nik Aziz yang senang dicucuk hidung. Masih ada yang waras yang sanggup dipecat seperti Hassan Ali, YB Zul dan ramai lagi yang akan bangun menentang dari dalam demi 'kebenaran'.
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,
kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Penganjur Bersih 3.0 bukan kumpulan “malaikat yang diturunkan dari syurga dan langsung tidak boleh dipersalahkan.”
“Mereka seharusnya menerima elemen tambahan daripada perhimpunan anjuran mereka yang menimbulkan kekecohan dan huru-hara selagi mana ianya masuk akal,” kata Naib Presiden DAP itu dipetik akhbar The
Star.
“Mereka meletakkan beban kesalahan itu di bahu pihak polis, sedangkan mereka harus sedar mereka juga bersalah,” tambahnya.
Tunku Abdul Aziz (gambar), yang juga Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun pihaknya tidak menafikan ada sesetengah peserta yang sememangnya benar-benar menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, “namun, sebagai bukti, ada juga pihak yang berfikiran sebaliknya.”
“Bersih 3.0 hilang kawalan daripada matlamat utama mereka kerana ia telah disabotaj,” kata pemimpin DAP berkenaan.
Tunku Abdul Aziz telah mengeluarkan kata-kata lantang terhadap kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang secara terbuka menyatakan beliau tidak menyokong perhimpunan Bersih 3.0 kerana ia “menyemai semangat rakyat untuk melanggar undang-undang.”
“Penentangan saya terhadap demonstrasi seperti ini - menggalakkan rakyat melanggar undang-undang sedangkan kita adalah pemimpin mereka yang menggubal undang-undang.
“Saya dapat rasakan berlakunya konflik di sini.
“Saya tidak kisah jika perhimpunan itu tidak menyalahi undang-undang, namun melanggar undang-undang tidak akan saya sokong,” katanya sehari sebelum Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kenyataannya itu mendapat reaksi negatif Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menegaskan pendirian Tunku Abdul Aziz itu memalukan parti.
“Saya terkilan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat Senator Tunku Abdul Aziz menolak hak Bersih untuk berhimpun ... untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
“Pendirian Senator Tunku itu berkenaan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pendapat individu di antara ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang lain,” kata Lim dua minggu lalu.
Build credibility, expand your network hotline 0196655181
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Maklumat lanjut cari sendiri.. Dah malas nak tulis panjang²...tulis panjang stau pendek memang dah tentu PH pilihan rakyat, a...
-
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...
-
Klik TERKINI APA SUDAH JADI.. # orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo.. .. POSTING ASAL Kenapa pemban...
No comments:
Post a Comment