Tuesday, December 30, 2014

Pemimpin OK Penyokong KO

Mentaliitinya kita bersetuju bahawa segala usaha kerajaan adalah baik samada Kerajaan Negeri yang dikuasai BN atau Pembangkang atau Kerajaan Pusat yang dikuasai BN dalam apa hal yang dislogankan 'demi rakyat' oleh kedua-dua pihak.

Berlaku adil lah kepada kedua-duanya !!

Tetapi sejauh mana pulak kedua-dua kerajaan tersebut tidak boleh dikritik (?) hingga penyokong masing-masing menganggap segala kritikan adalah fitnah ?


Apakah pembaziran bukan satu kesalahan !
Apakah kelemahan perlu dibiarkan !
Persaolan dan pertanyaan kena batang hidung sudah dianggap fitnah..sedangkan apa yang perlu ialah jawapan dan penjelasan.

Yang menjadi masalah sekarang mungkin bukan atas pemimpin yang sedia dikritik tetapi lebih kepada penyokong mereka yang lebih sudu dari kuah.  !!

Bukankah kejayaan pembangkang sekarang hampir menguasai Putrajaya atas dasar sedia dan terdedah dengan kritikan hebat, apakah kritikan akan membawa kekalahan (?)

Adalah Wajar Najib Segera Keluar Negara Untuk Sambung Cuti...

Banjir dah hampir surut, kalaupun ada amaran akan berlaku lagi sekali hujan lebat dan sebagainya dari
Jabatan Kajicuaca..itu hanya ramalan, tak boleh pakai tak boleh percaya..itulah statusnya setakat ini.

Kalau boleh pakai, tentulah banjir besar ini akan disambut dengan siap sedia dan sempurna kerja-kerja permindahan dan petempatan. Sewajarnya tidak ada kejutan dan sudah boleh dijangka masa dan tempat yang akan dilanda banjir luarbiasa.

Walaubagaimanapun sejak Najib pulang tergesa-gesa walau  belum puas bermain golf dengan Obama (satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya) sudah banyak gerakerja yang dibuat menunjukkan hasil malah pengumuman Najib berhubung peruntukan 50 juta sangat melegakan, tetapi perlaksanaannya tentulah tak semudah dan seindah pengumuman - itu trend kerajaan !!!!

Oleh kerana semuanya sudah boleh dianggap "in order" sewajarnya Najib terbang semula keluar negara untuk meneruskan percutian rasminya bersama keluarga - dia pun manusia biasa...takkan semua benda dia nak buat...takkan menteri lain makan gaji buta.

Cuma bila balik nanti...oleh kerana ia satu percutian rasmi dan menggunakan kemudahan jet peribadi (?) rakyat nak tahu jumlah dan kos perbelanjaan percutian " satu keluarga PM " berbanding dengan peruntukan kepada " lebih 300 ribu rakyat " yang dilanda banjir..


Monday, December 29, 2014

Dah berkurun tunggu kerajaan buat keputusan tepat, padat...akhirnya ada juga !!

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk
 menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 







Tindakan sebegini lah yang perlu untuk mengurus negara sekaligus menampal mulut pembangkang dengan kertas tisu jamban.













Aduhai... ni pun tumpang semangkuk

Sunday, December 28, 2014

No wonder Mahathir tidak diminati..

Jika bukan kerana pertikaian rakyat dan banjir musibah yang memaksa Najib pulang, sudah tentu Najib sedang bersama obama bermain golf ketika pesawat air Asia hilang.

Sekaligus membuktikan amerika dan sekutunya Israel langsung tidak terlibat dengan kehilangan qz8501, ia lebih mirip kepada masalah cuaca.

Kesimpulannya juga keakraban dan kemesraan Najib Obama menunjukan tiada kemungkinan langsung amerika dan Israel turut terlibat dalam mh370 Dan mh17 MAS yang lalu.

Kehilangan tiga pesawat dalam setahun di Malaysia akan jadi alah bisa tegal biasa - tahap ke arah negara maju.

Mana mungkin dua sahabat yang baik seperti Obama untuk sabo kawan baiknya seperti Najib.

Oleh itu apabila Najib mengutamakan hubungan diplomasi dengan amerika melalui permainan golf adalah sesuatu yang rakyat sangat faham bahawa itu sangat penting untuk kebaikan negara, rakyat dan pemimpin itu sendiri.

Kecuali Mahathir, semua bekas PM yang lalu kakigolf, TPM kini juga hebat golf - ini menunjukkan tahap diplomasi mereka sangat tinggi. No wonder Mahathir tidak diminati !!!!

Apa itu hubungan diplomasi? Apa yang dibincangkan ? - sesetengah rakyat seperti penerima BRIM tentunya kurang ariff dengan istilah tersebut.

Apakah soal dan hal serta isu seperti Anwar dan desakan Mahathir dan penarikan balik sokongan merupakan antara intipati yang dibincangkan dalam hubungan diplomasi tersebut antara najib dan obama !


Kesombongan Tony Fernandes berbayar..

Saturday, December 27, 2014

Obama oh Obama, kenapa kau panggil Najib, macamana aku tak panggil najib.....

Persaolan Najib main golf dengan Obama ketika rakyat diancam banjir kini telah dijawab...

Tentulah golongan yang mempertahankan Najib bermain golf di Hawaii kini melipat dan menggulung lidah untuk merasionalkan dan mewirakan pula Najib sebagai bijak untuk pulang segera.

Kini golongan yang sama perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk menghalalkan jawapan dan alasan Najib untuk diterima sebagai jawapan yang paling bijaksana dalam dunia.

Rupanya kerja mengampu dan membodek ini bukanlah tugas yang senang...kena ada keberanian menipu diri sendiri untuk menafikan realiti.

Mungkin mereka tidah faham bahawa adalah perlu penyokong yang memberi undi kepada umno untuk menang harus bersikap kritis selepas itu untuk memastikan umno terus menang di masa akan datang.

Pengampu dan pembodek bukanlah aset dan jaminan untuk umno terus menang malah sikap mereka ini lah mengundang berterusan rasa benci dan salah faham rakyat lebih-lebih lagi jika mereka cuba menyelamatkan pemimpin yang membawa beban dan busuk kepada parti.

Renung kata pengomen ini dalam satu blog...dan bandingkan dengan salah satu jawapan najib..

"Betul kak wan dan Anwar kena balik sebab Anwar PM Malaysia. Kak Wan pulak pengerusi MKN. Kakwan kena balik untuk isytihar darurat kat negeri-negeri yang dilanda banjir."


Mana Dia Pergi Pakar Jawab Saolan (?)
Satu lagi kecelakaan sedang berlaku - pesawat airasia hilang !!!





Friday, December 26, 2014

Nak Jawab Guane Ambe Dok Tahu Starang...

Sajak Utk Abg Jib

Balikla mu Awang
Boh besor mari doh starang
Ombok gelore siang malang
Pohon nyior tepi pata tunggang langang
Rima diZu Kemang dok leh wi makang
Motosikal ada atah bumbong ada ikat tiang.

Balikla mu Awang
Sapa ati mung gi joli org tgh gini
Aku rase mung dok ikut angat kebini
Bini mung mmg mek dok ingat diri
Wi sesupek dia nok seguni

Balikla mung Awang
Mari gok ita tengok org ghudung ghadang
Khuba PokLeh hanyut abih sekandang
Rumah iye hanyut sapa tinggal tiang
Lari 4 cucu tingga selai sepinggang.
Itek ayang Iya mati abih doh iye dogwi makang

Balik la derah Awang
Dogsapa hati ambe tgk MatYeh
Gi mari gi mari mcm luga sireh
Jerit macang buda2 kata pedih pedih
Berok dia(Robert) mati lemah dok sapa hati nok kelih.

Baliklah Awang
Mende dograjing tgk pun pelik kejadiang
Bangsal khepok MekNab habis ombak telang
Nangis MekNab doksah kate la
Sapa dokberlagu berjela jela
Guane la ambe no kherje ambe dog reti
Bangsal hanyut kherpok abis sepeti
Sayu dengor ambe nangis dalang hati


Balikla Awang
Mung wak menda kat hawawii negeri orang
Dengar kate minung kopi late bercawang2
Org sini tanya ambe Dimanakah Awang
Nok jawab guane ambe dok tahu starang.

SASTRAWANG BANJIR
DARI KEMAMANG

6ANGKA