
Pengurusan negara Mahathir selama 22 tahun ketika mengambilalih dari Husien Onn telah melakukan banyak perubahan yang ketara dalam semua jurusan ekonomi, politik, perpaduan, cara berfikir dan banyak lagi perkara baru yang diterokai hingga nama negara cukup harum dan terkenal.
Sejak Paklah ambil alih dan sehingga PM sekarang sudah pun hampir 12 tahun masa berlalu dan tinggal lagi 10 tahun menyamai tempoh masa Mahathir mentadbir - apakah negara sekarang berada di landasan yang cukup bagus..
Salah seorang yang memberi komen di blog ini memberi kesedaran bahawa keadaan negara yang membangun dan maju seperti sekarang seadanya yang dinikmati masih hasil tangan semasa Dr Mahathir dan Daim menerajui negara.
Apa sumbangan Anwar dan Najib setakat ini bukan sahaja tidak ada yang boleh dibanggakan sangat, malahan gelagat dan sikap keduanya hanya merosakan negara. Apakah alasan Najib perlu diberi lebih masa "warm up time" masih relevan..