GST adalah satu sistem percukaian terbaharu yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan pemungutan cukai dan menambah hasil cukai kerajaan - rasanya itu satu kesimpulan yang dipersetujui ramai..Ditokok tambah atau dilogikan - apabila hasil cukai bertambah pembangunan kepada rakyat dapat dibuat - ye ke?
GST akan meningkatkan majoriti harga barangan - setuju tak !!!
Sesetengah harga barang akan turun apabila GST diperkenalkan - itu teori atas kertas...secara realitinya mustahil berlaku ...setuju tak?
Dalam soal pencerahan tentang GST - kerajaan dan pembangkang berlumba-lumba untuk menerangkannya kepada rakyat....
Majoriti pemimpin pembangkang lebih faham isu ini berbanding dengan pemimpin kerajaan yang masih blur dan mereka sendiri pun tak faham - lebih berperanan sebagai burung kakak tua....setuju tak
Mana satu yang lebih betul - cakap pembangkang (Rafizi) lebih praktikal, logik dan sekurang-kurangnya mengajak otak kita lebih berfikir dan membuat analisa.. kita kena lihat GST dari sudut rakyat, sudut yang telus dan bukannya dari sudut kerajaan semata-mata.
Mendengar cakap pembangkang bagi topik GST...kalau buruk dan bohong pun tidak memberi apa kesan buruk kepada rakyat....
Mendengar cakap kerajaan bagi topik GST...jika buruk dan bohong...rakyat yang merana.
( Hakikatnya: Kita kena dengar lihat analisa isi percakapan dan bukannya siapa yang bercakap.. )
Rakyat yang berpendapatan RM2500 sebulan dan kebawah sebelum ini tidak dikenakan cukai pendapatan tetapi selepas ini, mereka akan berhadapan dengan cukai GST !!! best ke tak best !!!
Apa yang anda faham (?)
# Kecekapan hasil kerajaan bukan sekadar pertambahan cukai tetapi lebih kepada pengurusan kewangan yang berhemah, penjimatan, elakan ketirisan dan pemborosan serta jangan terlebih mudah sangat "jetting".













