Friday, February 13, 2015

Zahed bercakap bohong atau Tibai ...

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/02/pesanan-zul-noordin-untuk-elak-ditipu.html...kena baca link ini


Ingat tak...masa dalam penjara kes liwat pertama dulu macam-macam cerita timbul mengenai ' keistimewaan' yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat masa dalam Penjara Sungai Buloh.
                                            
Ada yang kata beliau duduk bilik yang selesa,boleh guna telefon bimbit dan lain-lain yang tidak dinikmati oleh banduan lain.

Jabatan Penjara ialah dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Menteri berkenaan Datuk Seri Zahid Hamidi yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya pagi Khamis menolak cakap-cakap Ketua Pembangkang yang kali ini dipenjara lima tahun kerana salah liwat Saiful Bukhari Azlan akan dapat layanan istimewa.

“Sebelum ini ada kebimbangan daripada pelbagai pihak bahawa beliau akan diberi layanan istimewa dan luar biasa di penjara. 

"Jabatan Penjara telah menjelaskan bahawa beliau akan diberi layanan sama dengan banduan lain seperti yang telah diperintahkan oleh undang-undang, “ katanya.- 12/2/2015

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/zahid-ulas-cakap2-layanan-istimewa-anwar-di-penjara.html

# Setakat mana Zahed Hamidi selaku Menteri KDN semasa juga merupakan mantan anak didik dan orang kanan Anwar suatu masa dulu untuk tangani masalah ini atau benar-benar bertindak selaras undag-undang tanpa pilih bulu .

Jika Anwar masih menimbulkan masalah semasa di penjara ia lebih merupakan satu gangguan dan sabotaj kepada Najib untuk terus fokus kepada negara.



### Terkini

Tun Mahathir akan ditawarkan jawatan Penasihat PKR (?) - Panasnya politik...

Thursday, February 12, 2015

Semua orang kini tertumpu kepada Najib..

PKR kehilangan sementara seorang ketua dan mentor yang dipenjarakan. Dalam tempoh 3 tahun setengah lagi Anwar akan bebas semula. Masih sempat menyumbangkan sesuatu walaupun tidak layak bertanding di PRU14.

PAS baharu sahaja kehilangan selamanya seorang tulang belakang yang sumbangannya samada hitam atau putih kepada PAS itu sendiri, Melayu dan Islam. Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

UMNO juga dilihat samada akan kehilangan seorang Presiden yang mengundur diri secara sukarela/peralihan dalam masa terdekat atau menunggu untuk berundur di PRU14 bersama dengan partinya.

Jika Najib memilih untuk bertahan (dijangkakan), dia akan berhadapan dengan dua Ketua Pembangkang...seorang di Parlimen dan seorang lagi di luar Parlimen.

Sudah tentu Mahathir antara ke hadapan untuk mengetuai satu lagi gelombang yang mewakili sebahagian suara rakyat..

Wednesday, February 11, 2015

Saiful masih kalah...

7 tahun penantian Saiful dengan kerosakan moral dan imej. Anwar hanya perlu menunggu tidak lebih 5
tahun untuk bebas semula. Berbaloi ke tidak hukuman yang telah manusia lakukan.

Betul kata Shafie sebelum hukuman dijatuhkan, 20 tahun adalah satu hukuman pengajaran yang wajar kepada pemimpin yang mengkhianati kakitangannya sendiri. Yang mengkhianati kepercayaan rakyat. Memalukan ugama dan bangsa.

Anwar sudah lama hilang maruahnya, bagaimana dengan integriti keluhuran perlembagaan dan undang-undang Malaysia (?)...

Monday, February 9, 2015

Masuk Jail Atau Tidak - Keadilan Kepada Rakyat Belum Selesai

Pada Anwar - isu awak kena jail atau tidak bukan urusan utama rakyat. Perjuangan awak adalah perjuangan peribadi - sekarang, sebelum dan selamanya. Jadi - selesaikanlah sendiri.

Pada Obama - isu Anwar bebas atau tidak bukan isu utama rakyat. Samada awak kekal atau tidak sebagai Presiden juga bukan tersangat penting bagi rakyat. Duduklah selama mana mungkin.  Berapa kerap awak nak keluar negara pun gasaklah.

Isu rakyat - bila letrik nak turun apabila harga minyak sudah merudum.

Terima kasih.

JOM KENALI MUSUH ANDA..




MAMAT NI ASYIK CERITA PASAL HAL NAJIB HAL UMNO HAL DALAM KAIN ORANG......DALAM KAIN DIA SENDIRI YANG MENANAH........ PEHAL...


Sunday, February 8, 2015

Anwar boleh uji Lim Guan Eng..kesetiaan

Solidariti bersama Anwar sedang bergerak ke seluruh Malaysia dan seperti biasa kedua puak bertelegahan dari segi angka kehadiran.

Angka kehadiran sebenarnya rata-rata lebih nak tahu apa yang terjadi walaupun dah tahu, seperti kita bersolidariti nak tengok kemalangan di highway.....bukankah kita sama-sama terpaksa beratur panjang !!!
Lepas tengok, apa yang kita kata...kasihannya...
Lepastu pecutt...macam biasa, tiada pengajaran.

Anwar kena pastikan siapakah beberapa orang yang sanggup  bersolidariti, satu kubur dengannya...
Hulurkan tangan kepada Lim Guan Eng...agak2 dia terjun bersama tak..

Saturday, February 7, 2015

Jangan Mimpi Sangat Hadi Ada Kepimpinan Yang Menakjubkan...

Tumpuan kini terpahat kepada MPPR, perjumpaan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini (Ahad) didominasi Lim Guan Eng dan sudah tentu persaolan tertumpu samada Hadi akan turut serta selepas berlaku pertikaman lidah sesama mereka sebelum ini.

Isu berlegar kepada
Cadangan pembentangan hudud DUN Kelantan (isu masih panas),
banjir yang mengaitkan soal kawasan balak yang dikurniakan kepada pemimpin DAP (isu ini sudah diam-hangat hangat taik ayam),
Isu PAS Kelantan dikritik kerana lemah dalam pengurusan banjir dan ini memberi kelebihan
kepada UMNO untuk menabur bakti (isu yang masih berlanjutan)
Isu gesaan Lim Guan Eng minta Hadi hadir MPPR (Hadi seperti biasa menunjukkan ketegasan, berani dari jauh)
Isu keputusan mahkamah kes Anwar 10hb Februari (Mustapha Ali umumkan PAS tidak akan sertai perhimpunan). Bagaimanapun dijangka bebrapa pemimpin PAS tetap mengarahkan pengikutnya sendiri untuk berkumpul memberi sokongan.

Jika dikaji semua perkara di atas, ia sememangnya amat penting untuk Hadi hadir dalam membuat beberapa keputusan bersama.
Keputusan Bersama itu kelak membolehkan Lim Guan Eng dan Anwar menjadikannya modal sebagai " Persetujuan Bersama" untuk memberi tekanan kepada mana-mana pihak di kalangan PAS yang cuba tidak bersetuju supaya menghormati dan melaksanakan keputusan tersebut.

Ini juga memudahkan pemimpin PAS yang berkiblat dengan tokong untuk memainkan peranan mereka memberi tekanan kepada Hadi dari dalam.

Jika ada u turn dan media disalahkan kerana menggembar gemburkan atau salah petik - ini perkara biasa outcome of the meeting kelak.

Dan jangan lupa, UMNO akan dikaitkan sebagai dalang dalam isu ini juga.



## Jika Hadi tidak hadir - itu merupakan satu pukulan maut kepada Pakatan dan mimpi ngeri buat Lim Guan Eng dan Anwar.




PR kekal bersatu, fokus atasi kemelut kaum dan ekonomi

KUALA LUMPUR 8 FEBRUARI : Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju untuk menumpukan tindakan bagi mengatasi masalah perkauman dan ekonomi yang meruncing di negara ini.
7933Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang dihubungi selesai mesyuarat di ibupejabat PAS memberitahu dua masalah ini menjadi topik perbincangan dan sangat memerlukan komitmen ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat untuk mengatasinya.
Menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai berjaya dalam suasana musyawarah dan Pakatan Rakyat kembali bersetuju untuk kembali kepada landasan mesyuarat dan dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini dalam memperjuangkan hak dan agenda rakyat.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat tadi ialah mengesa kerajaan mengadakan perjumpaan dengan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) bagi membincangkan masalsh yang dibangkitkan diatas.
“Sudah tiba masanya, BN, PR dan NGO berlapang dada untuk bertemu bagi membincangkan isu-isu yang melibatakan kepentingan rakyat seperti kemelut ekonomi yang meruncing dan masalah perkauman yang makin melebar,” katanya.
Tian juga memaklumkan, PR juga tetap menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang berdepan dengan hukuman zalim dalam kes fitnah 2 selasa ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65172

6ANGKA