"Orang melihat Muhyiddin sebagai watak utama yang memaksa Pak Lah
berundur sebelum 2010 seperti yang dia minta sungguh-sungguh kepada
rakan-rakannya dalam Umno dan BN.
"Kalau Muhyiddin boleh halau
Pak Lah dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidak ada yang boleh
menghalang beliau melakukan perkara yang sama kepada Najib dan Najib
tentu tahu perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu (Harakah Daily)
Sejarah menunjukkan Muhyiddin seorang Menteri atau bekas Menteri Besar dan kini Timbalan Perdana Menteri yang telah berungsi dengan baik dan memainkan peranan yang berkesan pada masa dan tempat yang betul.
Seseorang seperti Muhyiddin merupakan asset kepada Najib dalam situasi sekarang sepertimana peranan Ghafar Baba yang menjadi asset Mahathir semasa berkrisis dengan Semangat 46...Seperti Ghaffar Baba, Muhyiddin juga tidak punya pasukan kuatnya sendiri dan ini menyelamatkan UMNO dari berombak.
Bagaimanapun sesuatu yang perlu diberi perhatian bahawa Muhyiddin mempunyai sokongan am yang kuat di akar umbi dan hanya perlu digerakan pada masa dan tempat yang sesuai pada isu-isu tertentu.
Isu-isu tertentu itu termasuklah mengembalikan perjuangan UMNO yang berteraskan semula ketuanan Melayu dan Islam yang membawa maksud mana-mana pihak jangan cuba menganggu gugat sewenang-wenangnya.
Atas faktor itulah pembangkang kurang berminat untuk mendesak Najib berundur kerana Muhyiddin lebih merbahaya bagi mereka dan bagi ahli umno dan orang Melayu keseluruhannya kini meletakan Muhyiddin sebagai indikator dalam 'move' seterusnya.
Dalam masa yang sama musuh dalam selimut cuba menyingkirkan Muhyiddin secara halus sambil berharap Muhyiddin melakukan kesilapan.
Monday, February 23, 2015
Penjarakan Anwar - Malaysia dapat balasan cuaca panas..
Nak tahu kenapa cuaca panas sekarang ...ini semua gara-gara salah UMNO kerana memenjarakan Anwar Ibrahim Al-Anu-Gerah...
Usaha pembangkang untuk membebaskan Anwar sangat di alu-alukan demi kesejahteraan rakyat...
Any komen !!
Usaha pembangkang untuk membebaskan Anwar sangat di alu-alukan demi kesejahteraan rakyat...
Any komen !!
Sunday, February 22, 2015
Ukur kredibiliti mereka..
Anwar Ibrahim - bukan setakat bohong, nafi tapi auta, sebab dia berkawan dengan Lim Kit Siang bapa kepada Lim Guan Eng.Nurul Izzah - terbukti pembohong juga.
Najib - (?)
Sirul - (?)
Mahfudz - (?)
Bloggers - lagi lah tak boleh dipercayai (?) hanya sebahagian kecil yang ada kredibiliti, yang lain makan gaji ikut cakap tuan, yang bebas - syok sendiri.
Pengomen anon - hahaha ...lu fikirlah sendiri..
Elok kita lebih banyak jadi pemerhati dari pengomen sebab mereka ni pakar dalam bidang masing-masing
Politik bukan saja kotor tapi utter rubbish..
Ramai yang tidak berkesempatan.
Alangkah baiknya kalau belanja 1MDB digunakan untuk membina banyak lagi tol membolehkan ramai lagi rakyat berjihad.
Bagaimana kalau pembayar tol itu bukan Islam, nak sebut apa pula...
Aduh..nanti dituduh rasis pula.
....
Kalau nak berjihad semasa jem di tol..jangan merungut..kurang pahala jihad.
Kalau mati accident semasa berebut-rebut di pintu tol atau bawa laju sebab nak segera sampai tol untuk berjihad..itu mati syahid kot !!!
Apapula status GST !!! Jihad first class.. (?)
Bagi mereka yang sokong bayar tol itu satu jihad, dengan alasan mereka sendiri, silakan...teruskan... yang penting jangan paksa orang lain setuju dengan pendapat mereka !!! Tak perlu kepedasan..
# Bagi mereka yang cari kebenaran dan ketenangan hadirlah ke forum KJ/Shafie dalam majlis liberal membuka aib..
Alangkah baiknya kalau belanja 1MDB digunakan untuk membina banyak lagi tol membolehkan ramai lagi rakyat berjihad.
Bagaimana kalau pembayar tol itu bukan Islam, nak sebut apa pula...
Aduh..nanti dituduh rasis pula.
....
Kalau nak berjihad semasa jem di tol..jangan merungut..kurang pahala jihad.
Kalau mati accident semasa berebut-rebut di pintu tol atau bawa laju sebab nak segera sampai tol untuk berjihad..itu mati syahid kot !!!Apapula status GST !!! Jihad first class.. (?)
Bagi mereka yang sokong bayar tol itu satu jihad, dengan alasan mereka sendiri, silakan...teruskan... yang penting jangan paksa orang lain setuju dengan pendapat mereka !!! Tak perlu kepedasan..
# Bagi mereka yang cari kebenaran dan ketenangan hadirlah ke forum KJ/Shafie dalam majlis liberal membuka aib..
Saturday, February 21, 2015
Jika mahkamah sudah hilang integriti, di manakah penyelesaian terbaik..balik ke hutan (?)
Mahkamah di Malaysia bukan jalan penyelesaian terbaik kini memandangkan timbul pelbagai persaolan selepas seuatu hukuman dijatuhkan.Mahkamah memberi ruang dan peluang kepada masyarakat luar untuk menghidu kelemahan mereka.
Seolah mahkamah tidak diberi gambaran yang betul oleh pihak pendakwa dan peguambela malah dalam satu tahap mahkamah juga seolah tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Lebih rela membiarkan diri disuap. Tanggungjawab kepada masyarakat seolah bukan menjadi tanggungjawab mahkamah.
Jika mahkamah sudah hilang integriti, di manakah penyelesaian terbaik..balik ke hutan (?)
Friday, February 20, 2015
Tanpa Anwar - UMNO macam kaku..Sudah muak bro !!!
Sebelum dan selepas dipenjarakan - lagu "Anwar" masih dimainkan walaupun dalam nada yang
berlainan. Cerita lubang kunyit masih mendapat tempat pada semua penyokong dan pemimpin UMNO untuk dibacakan dan diulangtayang tanpa jemu.
Mungkin itu sahajalah perjuangan UMNO sehinggakan Pemuda UMNO sanggup menjajanya sekeliling negara sekadar untuk menceritakan berapa panjang, berapa keras, berapa besar atau macam-macam lagi tentang zakar Anwar.... Sekadar itukah pengisian KJ selaku Ketua Pemuda UMNO yang dipilih !!! Bekalannya untuk menjadi 3 Naib Presiden Kanan pada masa hadapan..
Suara tentang perjuangan untuk peniaga kecil Melayu bagaimana? Pembelaan tentang usahawan Melayu yang bangkrupsi bagaimana? Malah masih ada lagi ratusan isu dan perjuangan yang berkualiti perlu diberi perhatian..
Orang Melayu dan Islam tidak akan bangun berkembang maju sekadar didendangkan dengan lagu anwar itu dan ini...sudah muak bro..
Mungkin itu sahajalah perjuangan UMNO sehinggakan Pemuda UMNO sanggup menjajanya sekeliling negara sekadar untuk menceritakan berapa panjang, berapa keras, berapa besar atau macam-macam lagi tentang zakar Anwar.... Sekadar itukah pengisian KJ selaku Ketua Pemuda UMNO yang dipilih !!! Bekalannya untuk menjadi 3 Naib Presiden Kanan pada masa hadapan..
Suara tentang perjuangan untuk peniaga kecil Melayu bagaimana? Pembelaan tentang usahawan Melayu yang bangkrupsi bagaimana? Malah masih ada lagi ratusan isu dan perjuangan yang berkualiti perlu diberi perhatian..Orang Melayu dan Islam tidak akan bangun berkembang maju sekadar didendangkan dengan lagu anwar itu dan ini...sudah muak bro..
Thursday, February 19, 2015
KJ wajib bersihkan nama PM..
Memberi satu dua penjelasan dalam satu dua majlis berhubung perbicaraan anwar boleh dianggap logik dan perlu.
Selebihnya biarlah skirp penghakiman menjadi saksi untuk sama-sama dinilai.
Apabila tiba-tiba KJ cuba menjuarai bersama Shafie untuk satu konsert mengaibkan individu yang bernama anwar yang sudah dipenjarakan tentunya sesuatu yang pelik. Anwar telah melakukan satu kesalahan yang telah dihukum..apapula satu lagi hukuman pencercaan yang sedang dijalankan atas nama UMNO?
Sedangkan dari awal lagi UMNO menafikan ada konspirasi politik untuk menjatuhkan anwar tetapi kenapa pula sekarang pentas politik dipergunakan. Macamana nak percaya tidak ada konspirasi?
Apakah Shafie menerima jawatan Timbalan Pendakwaraya dalam satu bentuk bayaran pakej iaitu mewakili kerajaan di mahkamah kemudiannya diikuti dengan majlis penerangan.
Bagaimana pula KJ tiba-tiba muncul sebagai Menteri Pengiring sedangkan sebelum ini dialah orang pertama yang menyambut anwar selepas dibebaskan di zaman bapa mertuanya berkuasa. Apakah KJ ingin menebus kesilapannya yang lalu.
Atau keseluruhannya mereka sedang cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang bakal muncul kelak seperti pendedahan sirul dalam kes pembunuhan altantuya ???
Bagaimana pula tiba-tiba Najib begitu cepat responsive dan termelenting dengan pertanyaan wartawan hingga spontan mengatakan ianya satu yang karut kedua polis itu diarah untuk membunuh altantuya. Dari mana najib tahu ia bukan arahan sesiapa !!!
Kalau arahan itu datang dari Anwar - bukankah itu menguntungkan politik Najib - kenapa cepat menafikan ???

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan minta PDRM siasat semula !!!
Bukankah sepatutnya ini perjuangan KJ mencari kebenaran siapakah 'sibangsat' itu yang tergamak membuat arahan pembunuhan. Kenapa sangat begitu penting wanita itu dibunuh, apa rahsia yang disimpannya !!!
Tuduhan Anwar bahawa ada konspirasi politik menjatuhkannya tidaklah seberat mana jika dibandingkan dengan tuduhan Najib turut terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. KJ wajib bersihkan nama Najib sekaligus mencapai cita-cita peribadinya.

Kenyataan Media
20 Februari 2015
Pendedahan Sirul, PM Usahlah Gelisah, Hanya yang Makan Cili Sahaja yang Terasa Pedasnya.
1. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengatakan pendedahan
terbaru Sirul berkenaan kes Altantuya itu adalah “mengarut”. Sungguh
menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM
dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan
Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa.?
2. Sewajarnya, apabila Sirul berani membuat pendedahan terbaru dalam
kes misteri ini maka Perdana Menteri wajar menyatakan kepentingan untuk
menyiasat dan membicarakan kembali kes ini. Kita tidak boleh menafikan
kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia
berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa
di Malaysia.
3. Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan
kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes Altantuya ini hanyalah
kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa sama di dalam
wawancara The Malaysian Insider itu, dia sendiri mengaku mengenali dan
pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi. Mantan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada berkata hanya suspek utama yang
tahu motif kes ini tetapi sudah pun dilepaskan. Terbaru Tan Sri Musa
juga membuat gesaan agar kes ini disiasat semula mengambilkira apa yang
didedahkan oleh Sirul.
4. Sirul juga mendakwa “orang penting yang mempunyai motif masih
bebas” dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam. Pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) amat wajar menyiasat dahulu kesahihan apa yang
dikatakan Sirul ini sebelum terus menafikan sebegitu sahaja demi
mempertahakan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa
memilih bulu. Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke
Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk
menjalankan siasatan semula terhadap kes ini.
5. Justeru, saya menegaskan kembali agar PM dapat membuat gesaan
agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan
dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah. Usahlah PM resah
gelisah kerana bak kata pepatah “orang yang makan cili sahaja yang
terasa pedasnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Bonda yang sudah berusia, lagi sakit patutnya Nik Abduh nasihatkan supaya berehat dan lebihkan masa di tikar sembahyang, main dengan cucu² ...
-
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
-
Perkembangan politik terkini memungkinkan perubahan idola di kalangan pemimpin PAS lebih lebih lagi tuan presideng mereka sendiri ada gay...