Selebihnya biarlah skirp penghakiman menjadi saksi untuk sama-sama dinilai.
Apabila tiba-tiba KJ cuba menjuarai bersama Shafie untuk satu konsert mengaibkan individu yang bernama anwar yang sudah dipenjarakan tentunya sesuatu yang pelik. Anwar telah melakukan satu kesalahan yang telah dihukum..apapula satu lagi hukuman pencercaan yang sedang dijalankan atas nama UMNO?
Sedangkan dari awal lagi UMNO menafikan ada konspirasi politik untuk menjatuhkan anwar tetapi kenapa pula sekarang pentas politik dipergunakan. Macamana nak percaya tidak ada konspirasi?
Apakah Shafie menerima jawatan Timbalan Pendakwaraya dalam satu bentuk bayaran pakej iaitu mewakili kerajaan di mahkamah kemudiannya diikuti dengan majlis penerangan.
Bagaimana pula KJ tiba-tiba muncul sebagai Menteri Pengiring sedangkan sebelum ini dialah orang pertama yang menyambut anwar selepas dibebaskan di zaman bapa mertuanya berkuasa. Apakah KJ ingin menebus kesilapannya yang lalu.
Atau keseluruhannya mereka sedang cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang bakal muncul kelak seperti pendedahan sirul dalam kes pembunuhan altantuya ???
Bagaimana pula tiba-tiba Najib begitu cepat responsive dan termelenting dengan pertanyaan wartawan hingga spontan mengatakan ianya satu yang karut kedua polis itu diarah untuk membunuh altantuya. Dari mana najib tahu ia bukan arahan sesiapa !!!
Kalau arahan itu datang dari Anwar - bukankah itu menguntungkan politik Najib - kenapa cepat menafikan ???

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan minta PDRM siasat semula !!!
Bukankah sepatutnya ini perjuangan KJ mencari kebenaran siapakah 'sibangsat' itu yang tergamak membuat arahan pembunuhan. Kenapa sangat begitu penting wanita itu dibunuh, apa rahsia yang disimpannya !!!
Tuduhan Anwar bahawa ada konspirasi politik menjatuhkannya tidaklah seberat mana jika dibandingkan dengan tuduhan Najib turut terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. KJ wajib bersihkan nama Najib sekaligus mencapai cita-cita peribadinya.
Kenyataan Media
20 Februari 2015
Pendedahan Sirul, PM Usahlah Gelisah, Hanya yang Makan Cili Sahaja yang Terasa Pedasnya.
1.     Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengatakan pendedahan 
terbaru Sirul berkenaan kes Altantuya itu adalah “mengarut”. Sungguh 
menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM 
dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan 
Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa.?
2.     Sewajarnya, apabila Sirul berani membuat pendedahan terbaru dalam
 kes misteri ini maka Perdana Menteri wajar menyatakan kepentingan untuk
 menyiasat dan membicarakan kembali kes ini. Kita tidak boleh menafikan 
kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia 
berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa 
di Malaysia.
3.     Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan 
kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes Altantuya ini hanyalah
 kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa sama di dalam 
wawancara The Malaysian Insider itu, dia sendiri mengaku mengenali dan 
pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi. Mantan Ketua Polis 
Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada berkata hanya suspek utama yang 
tahu motif kes ini tetapi sudah pun dilepaskan. Terbaru Tan Sri Musa 
juga membuat gesaan agar kes ini disiasat semula mengambilkira apa yang 
didedahkan oleh Sirul.
4.     Sirul juga mendakwa “orang penting yang mempunyai motif masih 
bebas” dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam. Pihak Polis Diraja
 Malaysia (PDRM) amat wajar menyiasat  dahulu kesahihan apa yang 
dikatakan Sirul ini sebelum terus menafikan sebegitu sahaja demi 
mempertahakan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa 
memilih bulu. Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke 
Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk 
menjalankan siasatan semula terhadap kes ini.
5.     Justeru, saya menegaskan kembali agar PM dapat membuat gesaan 
agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan 
dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah. Usahlah PM resah 
gelisah kerana bak kata pepatah “orang yang makan cili sahaja yang 
terasa pedasnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
 
 
 
Semua nak tahu kebenaran kes liwat Saiful Anuar benar berlaku atau sebaliknya?
ReplyDeleteProsiding mahkahmah ... ramai yang tak faham, apath kes ini berlarutan 6 tahun. Ini bukan berkenaan ada kena mengena kepentingan politik pihak tertentu.
Jadi wajar rakyat menerima ruang untuk Datuk Shafie memberi penjelasan atau maklumat secara terus sebagai langkah pencerahan. Terima Kasih.
TS Shafee is going a great job didalam mendedahkan tentang kes liwat Anwar, tapi kenapa penulis yang panas bontot ? Kes Atlantuya adalah kes yang berbeda dan kita semua pun nak tahu kebenaran nya
ReplyDeletePenulis tak puas hati sebab kj terlibat sama dalam road show tan sri shafee. Dulu masa anuar dibebaskan atas kes sama dia yg beria ia men yokong anuar sia hantar passport sekali. Lah ni dia pulak yg beria ia dalam road biar tan sri yg seorg saja tak payah ada org politik. Itu yg penulis marah
ReplyDelete