Monday, May 11, 2015

Pemimpin Masih Sayang Parti Najib

KEMASKINI:
Majlis Tertinggi sebulat suara telah menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Presiden dan PM.

# Adalah perlu ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan Najib untuk bersetuju dengan keputusan ini. UMNO hanya kini perlu berdepan dengan rakyat untuk terus mendapat kepercayaan dan sokongan.

KEMASKINI
Seperti dijangkakan, Perjumpaan Najib dengan Ketua2 Bahagian berakhir dengan dengan sokongan kuat kerana Najib dapat menjawab dengan jelas dan tepat dalam isu GST dan !MDB..
Jawapan Najib..isu !MDB tunggu audit negara dan PAC
Isu GST ..just tunggu dan lihat benefitnya...

Jadi kita kenalah tunggu Najib, percaya pada Najib


POSTING ASAL


Jika ada sesiapa yang merasakan sesuatu yang luarbiasa akan terhasil selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang ini, lupakanlah.

Dijangka isu pengunduran Najib tidak langsung akan disentuh sebaliknya isu panas di luar yang dibangkitkan akan di mesralamkan.

Majlis Tertinggi masih kekal menyokong Najib dan semuanya akan berjalan seperti biasa kerana rakyat masih sokong dan sayang UMNO.

Adalah wajar mereka yang mengkritik PM di anggap mengkritik parti dan di kenakan tindakan disiplin.

Ketetapan juga wajar dibuat bagi mereka yang tidak menyokong Presiden, digesa berundur.



#Pemimpin UMNO kena dilihat dari sudut kualiti dan integriti.


Sunday, May 10, 2015

Terima Kasih Tuanku



Pemberi komen dinasihat berhati hati memberi sebarang ulasan.
Bahasa menunjukkan bangsa.
Terima kasih.

Saturday, May 9, 2015

Apa Hisham kata...

Jangan tunggu Audit Negara sahaja, kerajaan perlu jawab kegelisahan rakyat tentang 1MDB..


# Statement Hisham ini kira sesuatu diluar jangka.
Dibawah..kita dengar apa pula yang mat arip @ mat maslan akan komen....

Friday, May 8, 2015

Kita semakin dekat dengan jawapan...

Perkembangan mutakhir LUTH dalam penglibatan jualbeli hartanah berkait rapat dengan 1MDB membawa pengharapan baru untuk menjejaki pengkhianat...

Ia sama hebatnya untuk rakyat tahu siapa yang memberi arahan kepada sirul dan azilah untuk membunuh altantuya..

PDRM wajar membuat siasatan untuk membawa mereka ke muka pengadilan...

Pergerakan Pemuda UMNO sedang berada di landasan yang betul buat masa sekarang...

Thursday, May 7, 2015

Apahal Dengan Nenek Tua Pun Boleh Kalah ni...

PRK Rompin dan Permatang Pauh tidak banyak perbezaan untuk di analisa:

Yang menang adalah calon recycle.
Pengundi PAS konsisten di Rompin dan ehsan kepada calon UMNO sebagai protes kepada PKR dalam isu hudud dan memperlekehkan Hadi.

Cabaran UMNO akan datang ialah bagaimana untuk mengekalkan dan menawan semula hati penyokongnya yang protes dengan tidak keluar mengundi.

UMNO akan bergelut di kawasan majoritinya menang di bawah 5 ribu undi.

Tiada harapan untuk UMNO dapat menambah undi baru

Pengundi cina mengundi atas dasar sokong pati  DAP walaupun calonnya kurang sesuai.

Pembangkang perlu mencapai resolusi baru untuk berdamai dan bersatu tetapi agak sukar jika DAP masih ego dan PAS berpecah.

# Situasi dan masalah UMNO sama sahaja atau semakin teruk samada Najib kekal atau undur. Jikapun diganti, Muhyiddin tidak mampu lakukan apa-apa atau Ku Li kurang berpengaruh dan tidak cukup masa.

Sebaiknya, berilah kepercayaan kepada Najib, kekalkan Najib, dia yang mulakan....

Bersedialah untuk kerajaan campuran atau kerajaan baru selepas PRU14 dengan Melayu dan Islam sudah tidak dominan.

!MDB...berjangkit pula ke LUTH..




Jawablah mana yang boleh jawab...
Penjelasan atau Penafian..
Dah terdedah..nak buat macam mana..
Relax le Zeez...jangan kalam kabut cam mat maslan..

Pendeposit Tabung Haji khusus untuk menunaikan haji kenalah buat pertimbangan ke mana duit itu digunakan, jangan ada yang syubahat dan sampai salahguna.

Wednesday, May 6, 2015

GAMBAR TERMAHAL ABAD MODEN MALAYSIA


Gambar menceritakan segalanya...

Mamat yang berdiri di sebelah tu dengan tshirt-nya..
Semua orang berselfie kecuali seorang..
Dan seorang tu bersungguh-sungguh..fokus..
Jambatan kayu yang baru  dibina untuk ke pokok tersebut...
Pentas untuk seseorang berdiri dengan kasut berkilat..
Kesilapan jurukamera - ambil gambar penuh sehinngga menampakan semua..
dan banyak lagi..

Apakah motif asal sebenarnya Ahmad Maslan bergambar sebegini tetapi akhirnya tidak menguntungkannya pun...




# Ada yg tidak mahu terima hakikat apabila geng sendiri kantoi...

6ANGKA