PRK Rompin dan Permatang Pauh tidak banyak perbezaan untuk di analisa:
Yang menang adalah calon recycle.
Pengundi PAS konsisten di Rompin dan ehsan kepada calon UMNO sebagai protes kepada PKR dalam isu hudud dan memperlekehkan Hadi.
Cabaran UMNO akan datang ialah bagaimana untuk mengekalkan dan menawan semula hati penyokongnya yang protes dengan tidak keluar mengundi.
UMNO akan bergelut di kawasan majoritinya menang di bawah 5 ribu undi.
Tiada harapan untuk UMNO dapat menambah undi baru
Pengundi cina mengundi atas dasar sokong pati DAP walaupun calonnya kurang sesuai.
Pembangkang perlu mencapai resolusi baru untuk berdamai dan bersatu tetapi agak sukar jika DAP masih ego dan PAS berpecah.
# Situasi dan masalah UMNO sama sahaja atau semakin teruk samada Najib kekal atau undur. Jikapun diganti, Muhyiddin tidak mampu lakukan apa-apa atau Ku Li kurang berpengaruh dan tidak cukup masa.
Sebaiknya, berilah kepercayaan kepada Najib, kekalkan Najib, dia yang mulakan....
Bersedialah untuk kerajaan campuran atau kerajaan baru selepas PRU14 dengan Melayu dan Islam sudah tidak dominan.