Apabila diutarakan tajuk LUPAKAN MAHATHIR DAN NAJIB, apa yang pembahas kata? (Baca Bawah). Saolan ditujukan kepada ahli UMNO secara jujur untuk mereka jawab tentang kedudukan parti mereka untuk mengharung PRU kelak.. Hanya sedikit yang memberi jawapan yang relevan....
Tidak boleh lari dan elak atau berbohong, faktor dan ikon Mahathir mempunyai pengaruh tersendiri dan kuat. Jika tidak masakan ia mampu menggoyangkan suasana sehingga Najib sendiri rasa tergugat. Anwar Ibrahim setakat nak terbalikkan kerusi meja kedai kopi tetapi belum mampu menterbalikan kerusi PM..
Samada Mahathir betul atau silap... sejarah yang lepas menunjukkan Mahathir banyak betulnya, sikit silapnya....kali ini bagaimana? Harap-harap Mahathir silap, kalau Mahathir betul...memang UMNO akan hanyut dan lenyap..
Bagaimana dengan Najib, sejarah menunjukkan Najib sangat bagus sehingga Mahathir sedia membantunya ke tahap setinggi ini dengan izin Allah. Sekarang bagaimana? Harap-harap Najib betul, kalau Najib salah...memang UMNO akan hanyut dan lenyap..
Ada sesiapa yang mahu memprtikaikan faktor Mahathir sangat penting, signifikan dan relevan dengan izin Allah terhadap masa depan UMNO (?) Jika ada, itu bukan sesuatu yang tidak normal kerana pembangkang jauh lebih tahu, Kalau Hang Tuah kebal dan kuat pada Taming Sari nya...UMNO kuat dan bertahan kerana Mahathir nya terutama pada waktu sekarang.
Oleh itu pembangkang melakukan pelbagai serangan untuk melemahkan Mahathir, mereka akan bersekongkol dengan mana-mana musuh untuk memburukkan Mahathir di kacamata ahli UMNO sendiri. Tujuan ini lebih tercapai jika serangan dibuat dari dan di dalam UMNO sendiri samada secara sedar atau tidak....dan perkara ini sedang berlaku sekarang.
Di blog ini sendiri serangan ke atas Mahathir bertalu-talu secara membabi buta. Banyak persaolan mereka sebenarnya sudah menjadi sejarah, sudah dijawab Mahathir, sudah selesai di eranya? Tidak ada untung sesen pun kecuali dapat mencemar reputasi Mahathir di kalangan UMNO itu sendiri...Pembangkang sudah berjaya dan yang menjayakan ialah puak yang sering mengutuk samada mereka ahli umno,menyamar ahli umno atau memang bangangg upahan yang sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Apabila utarakan tajuk LUPAKAN MAHATHIR DAN NAJIB, terlalu sedikit jawapan yang diterima menunjukkan mereka ahli UMNO selebihnya bangsat-bangsat inilah copy paste dan ulang perkara yang sama - memburukkan Mahathir.
Selepas ini Blog ini tidak akan mengizinkan lagi mereka menjadi pengadu domba bertaraf syaitan lima bintang.
Apa yang Mahathir lakukan, bertanya dan kemudiannya menggasak Najib lebih kepada kelemahan kerajaan sendiri menangani, mentadbir dan mengurus ekonomi dan politik negara. Banyak itu yang menjengkilkan rakyat dan pertanyaan Mahathir hanyalah sebahagian kecil sahaja, pernah di hebohkan pembangkang tetapi tidak terkesan.
Apa yang peliknya sangat kalau Najib berundur sahaja kalau itu lebih mengharmonikan parti. Apa yang dilakukan Najib sekarang, mempertahan atau menyerang balas - yang rosak adalah dirinya,partinya dan rakyatnya.
Apakah Najib mengulang perkara yang sama Anwar lakukan- perjuangan politik untuk diri dan kroninya !!! Di mana akhirnya (?)
Apakah Mahathir sekarang dalam situasi membuat fitnah dan hasutan(?) Jika benar..ramai lagi rakyat yang sedang melakukan perkara yang sama dengan Mahathir, mereka ingin tahu, mereka bertanya dan mereka mahu jawapan yang cukup telus dari seorang menteri Kewangan, Perdana Menteri dan Penasihat 1MDB. Rakyat mahu ianya diselesaikan dengan baik...
Sehebat manapun hujah kita, baliklah kepada saolan yang perlu dijawab secara jujur..
Bolehkah parti ini survive di PRU akan datang...
Bolehkah tawan semula dengan 2/3 majoriti dengan sokongan komponen lain...
Atau kekal dengan keadaan sekarang...
Atau sedikit merosot..
Atau kalah teruk...
Ketua Cawangan mempunyai jawapan yang paling tepat...
( UMNO mempunyai lebih 20 ribu cawangan seluruh negara dan paling rapat dengan akar umbi dan rakyat setempat)
Ketua Bahagian mempunyai jawapan yang hampir tepat...
(UMNO mempunyai hampir 200 Ketua Bahagian)
Semakin tinggi kedudukan pemimpin itu, pandangan dan pendapat mereka kadang-kadang kepada lebih jawapan syok sendiri, merasa diri di sanjung.
Penyelesaian dan kepuasan akar umbi terjawab jika turun padang dan bukannya bermesyuarat di Jet Peribadi Mewah..
Menjawab saolan selepas berbelas bulan isu dibangkitkan memberi petunjuk lemahnya pemimpin sekarang. Orang tua berumur 90 tahun gagah bertanya di pentas, yang si muda menjawabnya di papan tikus..