Tuesday, May 26, 2015

INI BUKAN DI JEPUN





Masjid Nasir al-Mulk ni, penuh dengan ukiran gaya Parsi yang sangat menarik di dalamnya.

Monday, May 25, 2015

Ada depa kesah !!!

Kes Liwat Anwar II .. mengambil masa hampir 7 tahun untuk selesai

Kes pembunuhan Altantuya mengambil masa hampir 9 tahun untuk selesai

Itu semua kes profile tinggi.

Penyiasatan dan pemeriksaan PAC ke atas 1MDB berapa pula masa yang akan diambil (?)

Apakah akan anda satu kes mahkamah berhubung pembohongan di mahkamah (?)

Apakah akan ada satu kes mahkamah terhadap individu tertentu dalam kemelut 1MDB

Kes Kumpulan Carrian / Bumiputera Malaysia Finance (Hong Kong) melibatkan pembunuhan Pegawai Bank Jalil Ibrahim - penghakiman selepas 16 tahun menelan kos HK210million menggunakan kaedah audit forensik

Eric Chia Perwaja Steel - kes tamat empat tahun berakhir dengan kematian Eric Chia Jun 2008.

Kes Khir Toyo rasuah 3.5 juta ...2007 hingga 2014 (ditangguhkan) dan tidak tahu apa statusnya kini.

Dan banyak lagi...

Kesimpulan: Dalam setiap kes melibatkan profile tinggi, tiada penyelesaian segera kerana mereka menggunakan segala pengaruh dan penggunaan kos yang begitu besar dengan menghalalkan semua perkara termasuk buying time.
Jika ianya melibatkan kepentingan negara - rakyat termasuk "awak dan saya" adalah pihak secara instantnya yang terlebih dahulu menerima kesan buruknya, bagi kumpulan atau individu tersebut ada yang dihukum ada yang tidak dan kebanyakkan kes "main player dan mastermind" terlepas dan tidak dapat dikesan.

Itulah dunia..

# kita kat sini yang kluk klak pang pang pung pang pung bertekak, bermakian tambah dosa dan buang masa.
Ada depa kesah !!!

Ini realiti sekarang...
Baca dan jangan menipu diri sendiri dengan menafikan atau tukar tajuk...
http://kadirjasin.blogspot.com/2015/05/saham-tnb-merudum-kerana-1mdb.html

Sunday, May 24, 2015

Ada Isu Yang Lebih Besar dari 1MDB

Kesimpulan: Dalam kepelbagaian isu yang sedang melanda, persaolan yang lebih besar sebenarnya ialah kepada siapa kah rakyat dapat meletakan kepercayaan untuk menegakan keadilan dan kebenaran.

3 badan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negara kini sepatutnya bebas dalam melaksanakan hak masing-masing tetapi seolah terikat kepada satu kuasa pemutus.

• Badan Perundangan (Legislative). Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini
kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;• 

Badan Pemerintah (Executive). Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan• 

Badan Kehakiman (Judicial). Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.

Saturday, May 23, 2015

Rebranding

KEMASKINI:
Sempat ke atau makin bertambah beban kepada LKW untuk memulihkan imej Najib ketika Dr. Mahathir dengan jelas dan tepat berkata bahawa PM Membohong dan perlu dimulakan dengan satu tindakan undang-undang.


Apakah selepas ini ada laungan "reformasi" "transformasi" dan "konspirasi" bagi menghalalkan cara !!!

Untuk kerja mudah LKW..dia hanya perlu ikut imej semuladi Najib..... begitulah tuannya begitulah rupanya.

ASAL:

Memulihkan 
imej 
Najib   
!!!

Friday, May 22, 2015

Pendedahan Vedio Muhyiddin, salah pembangkang ?????

Pelancaran RM Ke 11... takkan tak ada sesiapa kot nak ulas kat sini, inilah masanya untuk memberitahu rakyat betapa kerajaan sekarang cukup prihatin dan bijak merancang untuk masa depan semua.

Secara ikhlas ramai yang tak tahu satu benda pun, tak baca walau sebaris ayat, jauh sekali nak tonton tv dan melopong kusyuk untuk dengar.

Jadi inilah peluang orang seperti Ted Manoff* dan mereka yang tak suka kutuk-kutuk* dan yang selalu berhujah fakta dan ilmiah*  untuk menerangkan ...setakat mana mereka faham.
* mereka ini lengkongan orang yang cukup faham dan kagum setiap kali pemimpin mereka berucap manis.

Jangan lupa beri penilaian terbaik dari segi mutu pembentangan, bahasa pembentangan, integriti pembentangnya...

Kena juga buat post mortem kenapa pembentangan ini kurang sambutan. Rakyat tak faham dan hilang minat atau pemimpin yang hilang fokus (?)

Buat pertama kalinya, tak perlulah sentuh lagi bab IMDB, dah banyak kali sentuh, dah banyak kali tanya, jawapan tetap kelabu asap.

Kalau Mahyuddin pun blurr dengan 1MDB, apatah lagi rakyat.
Kalau Muhyiddin suruh pecat BOD pun tak buat, apatah lagi sendiri nak undur.

Bab 1MDB tak perlu ulas lagi, ianya tetap kekal sebagai isu No.1... RMK 11 tak mampu menghilangkan persaolan rakyat.

TV3 mungkin wajar menyiarkan lagi berulang kali Pembentangan RM 11 dan interview pendapat pendapat tepi jalan.
Wajar tampilkan tokok seperti Shahril Samad, Ahmad Maslan dan Puad Jarkasi untuk ulasan bestari.


MUHYIDDIN MULA DISERANG

Didalam beberapa blog dan diketuai oleh Puad ( CALON WINABLE CANDIDATE YANG TIDAK WIN) di Batu Pahat mula menyerang Muhyiddin.

Hakikatnya ucapan dan luahan Muhyiddin bukan suatu rahsia di kalangan pemimpin kanan UMNO lain tetapi ia menjadi begitu malu kepada yang relevan (YANG MAKAN CILI) bila ianya terdedah kepada umum.

Oleh kerana ini perang dalam satu kapal yang sama, elok kita jadi pemerhati.

Ingatan Yang Baik Buat UMNO

Nak ingatkan UMNO bahawa dengan nenek tua kerepot yang kau orang caci siang malam  ini pun kau orang kalah, macamana boleh mampu menang di PRU14...

Agak-agak kalau Muhyiddin atau Najib atau Rosmah lawan Jijah di Permatang Pauh boleh menang ke (?)

Dah buat post morterm (?) dah tahu puncanya....dulu kalah pun dah buat post morterm.. lepas tu kalah...buat post morterm...berapa banyak post morterm daaaa...salah satunya sudah diluahkan Muhyiddin - dia sendiri tak tahu apa nak jawab tentang 1MDB - blank !!!!!!

Satu lagi, UMNO tu berat, overload, liabiliti dengan pemimpin bermasalah, kena delete...simpan dalam recycle bin

Aku tanya, jangan nak emo dan mengamuk pulak..jawab elok-elok, kita bincang.




Vedio ucapan Muhyiddin didedahkan oleh Pemimpin Bahagian mewakili grassroot dan rakyat untuk bercakap secara langsung kepada Najib dan UMNO tetapi kini dikatakan diputarbelit oleh pembangkang dan jemuan.
Hakikatnya mereka sendiri cuba berbohong kepada rakyat untuk menyatakan Najib disokong kuat 100% oleh orang UMNO (?) Mereka masih hipokrit cuba menyalahkan pihak lain. Akar umbi UMNO perlu juga tahu luahan hati sebenar Muhyiddin.
Mereka tidak lebih baik pun dari pembangkang sebenarnya. Malah kalau dilondeh lagi..makin teruk kurapnya.

Mereka sangkakan mereka lebih baik dari ahli UMNO yang minta Najib berundur secara terhormat.


6ANGKA