Friday, May 22, 2015

MUHYIDDIN MULA DISERANG

Didalam beberapa blog dan diketuai oleh Puad ( CALON WINABLE CANDIDATE YANG TIDAK WIN) di Batu Pahat mula menyerang Muhyiddin.

Hakikatnya ucapan dan luahan Muhyiddin bukan suatu rahsia di kalangan pemimpin kanan UMNO lain tetapi ia menjadi begitu malu kepada yang relevan (YANG MAKAN CILI) bila ianya terdedah kepada umum.

Oleh kerana ini perang dalam satu kapal yang sama, elok kita jadi pemerhati.

20 comments:

  1. Diam ajer lar kauPuad... sudah ditolak pengundi dikawasannya sendiri apa lagi mahu cerita banyak l

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tembak satu gambar dah mengelabah..macamna naj jadi bakal PM kalau penakut? Takkan nak jadi boneka PM Tun M

      Delete
  2. Nape pula ko nak marah2? Perkara ini memeriahkan keadaan..marilah bergembira. .buang stress.. hati pon riang ria

    ReplyDelete
    Replies
    1. BerGUMBIRA boleh asal tidak terlalu Birah di atas keperitan dan kesengsaraan rakyat bawahan dek gelumangan beban hutang take karuan. Fahamm....???

      Delete
  3. Pemimpin boneka najib yg jadi mangsa malaysia dijajah semula.... sejarah 1511 melaka jatuh ke tangan pertugis berulabg kembali......

    ReplyDelete
    Replies
    1. boneka maksudnya kena control Tun M ke?

      Delete
    2. Perjuangan pahlawan & pejuang dulu menentang penjajah hingga kita mendapat kemerdekaan dimusnahkan sekelip mata oleh seorang BANGSATwan yang mengaku berketurunan Bugis. Minda & jiwanya telah dijajah oleh musuh utama Islam, iaitu Zionis Yahudi, Amerika, British & Little Israel Spore. Pengkhianatan ini dibuktikan apabila si pengkhianat ini tidak mampu berdikari dan menyandar kepada musuh2 Islam dalam pentadbiran negara. Dalam erti kata lain, Najib telah menyusupkan musuh ke dalam menyebabkan kota pertahanan roboh rebah menyembah bumi.

      Saya cukup heran kenapa Najib meniru ciplak cara Spore seperti contoh:-

      1. Khidmat Penasihat Yahudi, USA & UK.
      2. Membenarkan Sachman Gold Yahudi beroperasi & malah bersekongkol mengguna pakai kelicikan mereka dlm penipuan/riba terutama dlm kes 1MDB. Tak lupa juga Apco Yahudi bagi khidmat teknologi maklumat/IT dlm pentadbiran kerajaan.
      3. Mengamalkan meritokrasi & sanggup menidakkan DEB (Hak Keistimewaan Melayu).
      4. Talent Corp yg mengutamakan bangsa asing hingga kepakaran anak bangsa sendiri diketepikan.

      5. Mengikut jejak Temasek Holdings yg dikendalikan oleh keluarga pm Spore (Najib tubuh 1MDB juga melibatkan keluarganya... Anak Rosmah & teman rapat Jho Low).

      Delete
  4. Seronok jd batu api kan KD. Untung la ada blog, nk kutuk org hari2pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kao pon boleh bha.... buat la bog sendri....
      samada ko suka kena kutuk atau suka kena puji.....
      meriah meriah meriah.....
      Namun ako harap, kutuk kutuk jugak, perpaduan sesama kita, jangan diabaikan.
      Biasa lah bha adat bermasyarakat, mana ada sama pendapat.
      Benda yang benar, kita sokonglah nanti kalau terbukti benar walaupun sebelum ini kita katakan salah contohnya.
      begitu jugak kalau benda itu salah akhirnya, kita juga terima berlapang dada sebuah kebenaran.

      Delete
    2. Perpaduan amenda?
      Kau ingat Tun M nak perpaduan...Baca la Tun M punya statement dari mula sampai sekrang

      1..Mula2 cerita bahaya 1MDB pada negara nak bankrap..disebabkan puluhan bulan sembang benda yg sama KD pun percaya..Bila Bank negara nafikan .... siapa nak percaya?

      Masyarakt lebih percaya persepsi sedangkan urusan kewangan negara bank negara uruskan bukan blog KD..tapi ceriter kewangan rakyat lebih suka cerita2 blog..

      2.Hari ni cerita suspen yg dikatakan Tun M ada bukti paling bahya yg akibatnya Najib mesti letak jawatan hanya propaganda sahaja.

      Isu Najib hanya berkisar 1MDb yg dikatakan rakyat hari-hari sembang dan ditakutkan Malaysia akan lingkup.

      Disebabkan nilai perniagaan 1MDB berbillion dan masyarakat melayu terutama KD yg masih berniaga cara kecil2an tidak akan faham..

      Malah persoalan mudah Asset -liabliti pun tak faham...

      Delete
    3. Say faham, ada orang kata... Najib sedang membina empayar melayu baru...
      Kununnya untuk menaikkan bangsa dan tamadun melayu ke tahap lebih cemerlang.
      Najib hendak lego semua ekonomi yang sedang dipegang kapitalis cina & penyangak terbesar subsidi yang bermaharajalela supaya akhinrya melayu akan telan semua.
      Tapi kununnya dia sedang dihalang oleh taikun2x dan wakil khas taikun2x seluruh dunia. Betul ker?
      Sebab itu najib kununnya belum sampa masanya hendak mendedahkan projek besar ini.
      Hendak percaya?
      Masing-masing ada pendapat sendiri.
      Kita tengok jerlah nanti endingnya sapa yang betul @ sapa yang pengkhianat kepada melayu yang sebenar2xnya.
      Najib @ ........ WAKIL UTUSAN KHAS....

      Delete
  5. Asslamulaikum KD...

    Aku dah baca komen Puad...bukan ke isu sekolah yg mejanya terlampau buruk?

    Agak2la kalau Ahmad Maslan jadi MenteriPendidikan macam mana kau kutuk?

    Muhiydeen kena faham Zaman Najib adalah zaman ketelusan semua akan didedahkan..Kalau tak nak jadi menteri berhenti je la..

    Ikut style Najib jawab menggunakan saluran yg betul samada Parlimen atau agensi2 yg ditugaskan ..kenapa takut nak gunakan agensi bertauliah? takkan asyik guna blog je?

    ReplyDelete
  6. Tun M Tidak Memahami perniagaan 1MDB


    1. Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb saya sebelum ni. Dia minta saya permudahkan supaya dia boleh faham. Saya bagitahu dia:-

    2. Pertama, saya kata, katalah pak cik berhutang beli rumah kedai harga RM 100,000, tiba-tiba orang tanya ke mana hilang duit RM 100,000 yang pak cik hutang tu pak cik pelik tak? Pak cik tu cakap, tentulah pelik sebab hutang RM100,000 tidak hilang sebab pak cik berhutang untuk beli rumah kedai tadi.

    3. Kedua, katakan jika pak cik mohon pinjaman untuk beli rumah kedai untuk buat kedai makan. Tentulah dalam permohonan pak cik tu disenaraikan tujuan pinjaman, nilai pasaran rumah kedai tadi, semua perbelanjaan tambahan, unjuran keuntungan dan macam-macam lagi. Tentulah bank yang nak bagi pinjam ini akan semak dan kaji permohonan pak cik terlebih dulu. Bila bank dah puas hati yang pak cik ada boleh bayar pinjaman dan cadangan ini menguntungkan barulah pinjaman diluluskan. Samalah bila pinjam guna bon dan sukuk. Tentulah orang yang nak melabur akan tengok dan kaji semua sudut sebelum melabur. Bank dan pelabur takkan senang-senang bagi duit jika cadangan perniagaan tak bagus dan rumah kedai tu tidak bernilai.

    4. Ketiga, bila pak cik buat pinjaman untuk beli rumah kedai sebab nak jadikan restoran, tentulah pinjaman pak cik bukan setakat untuk bayar harga rumah kedai, tetapi termasuk ubah suai, beli kerusi meja, periuk belanga dan pinggan mangkuk, kos operasi harian dan macam-macam lagi. Kalau pak cik buat pinjaman untuk beli rumah kedai, tanah dan kilang untuk perniagaan, tentulah pinjaman tu bukan setakat nak beli bangunan atau tanah, tapi untuk bangunkan perniagaan. Tidakkah pak cik rasa pelik dan agak tidak bijak jika ada pihak yang hanya kira harga bangunan dan aset, tanpa masukkan kos-kos pengembangan perniagaan yang lain dan selepas tu kata kenapa jumlah hutang itu lebih rendah dan tanya pak cik ke mana hilangnya duit baki pinjaman yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5. Keempat, katalah pak cik ada sebidang tanah di bawah satu syarikat, syarikat A. Tapi pak cik ada masalah nak kembangkan perniagaan guna syarikat A mungkin sebab rekod terdahulu atau sebab syarat-syarat pegangan tanah. Jadi pak cik tubuhkan satu syarikat lain, syarikat B untuk beli tanah tu supaya lebih mudah dapat pinjaman dan ubah syarat pemilikan supaya boleh dibangunkan. Kedua-dua syarikat A dan B, kepunyaan pak cik. Adakah pak cik akan jual dengan harga yang tinggi dari syarikat A kepada syarikat B? Adakah perbezaan harga jualan tu dengan harga pasaran dianggap kerugian pak cik?

      6. Kelima, katalah atas tanah tadi tu ada surau dan sekolah pondok. Bila syarikat B ambil alih tanah tu untuk tujuan pembangunan, syaratnya adalah untuk syarikat B cari tanah lain untuk bangunkan semula surau dan sekolah pondok yang baru. Adakah kos pembelian tanah tadi hanya harga tanah atau harga tanah campur kos untuk bangunkan surau dan sekolah pondok tadi?

      7. Keenam, kalau pak cik ada syarikat dan pak cik gajikan seorang pengurus untuk jalankan operasi syarikat. Adakah pak cik percaya 100% pengurus tersebut? Pak cik tu jawab, tak lah 100%. Ada juga yang penyamun. Betul lah tu. Dalam syarikat kerajaan, GLC, kementerian dan agensi pun ada penyamun. Jika ada penyamun, adakah pak cik minta surat khabar siasat penyamun ni atau minta polis siasat? Adakah pak cik minta surat khabar siasat akaun pakcik atau akauntan dan auditor siasat? Pak cik tu jawab tentulah bukan surat khabar.

      8. Ketujuh, saya tanya pak cik tu, jika pak cik nak kembangkan lagi syarikat dan perniagaan lain, adakah pak cik nak penyiasat siasat atau nak hebahkan kepada akhbar setiap hari yang dalam syarikat pak cik ada penyamun dan duit sentiasa hilang? Pak cik tu jawab, orang tak guna akal je yang buat macam tu sebab akan menakutkan bank dan pelabur.

      9. Kelapan, saya maklumkan kepada pak cik tu, daripada RM42 bilion hutang 1MDB, sebahagian besarnya terjamin dalam bentuk bon dan sukuk serta disandar kepada aset. Hanya RM5.8 yang dipinjamkan oleh konsortium 5 institusi kewangan dan dipersoalkan ketelusannya. Jumlah ini yang dikatakan dilabur dalam Petrosaudi dan didakwa digelapkan oleh Jho Low. Saya maklumkan Petrosaudi sudah maklumkan bahawa kesemua pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan. RM2 bilion daripada hutang ini juga telah dibayar sepenuhnya dan bakinya telah ditukar kepada hutang berjangka untuk tempoh 10 tahun sehingga tahun 2024. Jika betul ada salah guna pinjaman dan penggelapan wang, siasatlah. Perdana Menteri juga dah minta Ketua Audit dan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) siasat. Selepas siasatan, jika ada yang didapati bersalah, ambillah tindakan mengikut undang-undang. Tetapi biarlah perbicaraan dan hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, bukan media.

      10. Saya tanya pak cik dah faham pasal 1MDB? Pak cik tu kata, baru la saya faham. "Patut lah hang kata ada yang fakta dan ada yang auta. Awat tak dak yang habaq macam ni?"

      Nanti pak cik tolong pi habaq kat khairuddin batu kawan tu naa... dia tu penin hat lama tak habih lagi tu :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saya dilahirkan zaman Tunku, bersekolah zaman Tun Razak dan Tun Hussein. Beruniversiti zaman Tun Mahathir. Bekerja zaman Tun Mahathir hingga zaman najib. Mula rasa keperitan zaman pak lah dan bertambah teruk zaman najib...

      Delete
  7. Kalo saya kepten kapal tu, pemerhati ni dulu yang saya tembak dan bunuh sbb mereka adalah golongan yang mengambil kesempatan dari kesusahan orang lain....betul tak KD?

    ReplyDelete
  8. Tu lah jawapan yang ringkas dan senang difahami. Maklumlah, kerana politik, ramai kuncu-kuncu Mahadey sudah macam pembangkang nak jadi akauntan loyar buruk padahal tak erti berniaga dan tak faham akaun.

    Mahadey, muhyideen, KJ, zam, Kadir dll semua tu kelulusan akauntan ke? Macam mana boleh kata dah hilang wang atau dah ada jenayah padahal belum disiasat oleh pihak-pihak yang bertauliah seperti firma odit, AG, PAC dll?

    Ada yang nak tabalkan anak, ada yang ambil kesempatan jadi Brutus, ada yang suka sahaja pekik-memekik untuk jadi juara macam Pertandingan Maharaja Lawak, ada yang cemburu isteri mereka tak berglamor, ada yang kena penyakit hasad dengki seumur hidup, ada yang tak ada otak jadi zombie, ada yang jadi robot, ada yang nak tunjuk pandai tetapi tak perasaan sendiri memang tahap bodoh tak boleh diajar.

    ReplyDelete
  9. Masalahnye pakcik pinjam rm100k tp pakcik beli rumah murah anaknye rm15k dan bgtau rumah tu berharga rm50k kalau ya pun yg baki lg tuu pskcik tak bgtau buat ape takat cakap ada je tanpa bukti psyah lah org nak percaya.lgpun pakcik tu mencagarkan harta anak dan org kampung utk pinjaman tadi.jadi pakcik sepatutnye jelaskan laa.tambahan lg pakcik bukan calang calang orgnye penghulu lagi.org ksmpung nak tau je bukan rmai yg secerdik mad maslan.

    ReplyDelete
  10. Ada yg suka ilangkan duit, ada yg suka nipu rakyat malaysia kat parlimen, ada yg suka blanja mewah, ada yg suka dok jual reta benda negara macam "grand sale", ada yg suka ckp a tapi buat b dll lagi

    ReplyDelete

NOTIS PENGURUSAN BARU KLUANGDIAMOND

  Sejak kebelakangan ini Kluangdiamond dikendalikan pengurusan baru yang lebih menjurus kepada kegiatan ekonomi, kurang berpolitik, kurang t...