Saturday, May 23, 2015

Rebranding

KEMASKINI:
Sempat ke atau makin bertambah beban kepada LKW untuk memulihkan imej Najib ketika Dr. Mahathir dengan jelas dan tepat berkata bahawa PM Membohong dan perlu dimulakan dengan satu tindakan undang-undang.


Apakah selepas ini ada laungan "reformasi" "transformasi" dan "konspirasi" bagi menghalalkan cara !!!

Untuk kerja mudah LKW..dia hanya perlu ikut imej semuladi Najib..... begitulah tuannya begitulah rupanya.

ASAL:

Memulihkan 
imej 
Najib   
!!!

31 comments:

  1. Pulih cara politik adalah persepsi..

    Zaman Najib zaman ketelusan..semua mesti faham termasuk KD.
    Apa itu ketelusan?

    Ada rasuah bawa ke SPRM
    Audit Negara dan PAC sebagai institusi menjaga negara.

    Era Tun M semua benda ni takda yg ada sembang dipentas dan ISA.

    Bagaimana ketelusan hendak melawan persepsi.
    Jawapanya sabar.Isu 1MDB sabar audit dah hampir selesai.

    GST yg menjadi gila babi kena sabar kerana bank negara bg tempoh 2 tahun baru betul2 stabil.

    Masalah orang sabar geng Tun M tak faham.Yang ada di kepala otak cukup 12 orang sembang di blog maka diputuskan Najib bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:22, itu cina Najib dah lantik untuk pulih imej nya.
      Imej Najib di sisi Islam bagaimana? bercakap benar? amanah ?

      Delete
    2. Anon 4:22..Tahukah kenapa jenayah kian menjadi-jadi hari ini di Malaysia (?)
      1) Ramai pemuja pemimpin yang lembek dan lemah.
      2) Keadaan ekonomi yang serba susah cari makan
      3) Tiada lagi rasa takut pada undang-udang (ISA)
      4) Peningkatan rasuah

      Di Singapura - sukar untuk mencari kes pembunuhan satu dalam setahun. Di Malaysia ?
      Di Brunei - sifar jenayah
      Di Thailand - sama lah macam Malaysia.

      Delete
    3. Anon 4:22... jangan buat prinsip ni sudahlah...
      kamu tak sokong aku, aku cari cina .... kamu kutuk aku, aku gadaikan apa yg ada...
      Kamu nak guling aku? aku dah prepare sebanyak 7 keturunan... Kamu tak percaya aku, aku serah negara pada musuh kamu...

      Delete
    4. ZAMAN NAJIB INI KALAU DAH TULUS SANGAT MENGALHKAN PM DULU TAK PAYAH LAH NAK MENG IMEJKAN DIRI TU BALIK , SELALUNYA ORANG YANG SUKA NAK IMEJ DIRI BALIK TU BERMAKNAK IMEJ YANG ADA DAH ROSAK DAN BUSUK , FAHAM DAK , SUNGGUH PUN NAJIB BOLEH ARAH PEJABAT AG , SPRAM , PAC UNTUK BUAT SIASIATAN KEATAS 1MBD TAK LA BERMAKNA NAJIB TAK BOLEH NAK PUTAR BALIT KALAU DIA NAK PUTAR BELIT APA TAH LAGI KORBANKAN ORANG LAIN JADI KABING HITAM SENANG SAJA , KALAU DIA NAK TULUS DIA KENA LETAK JAWATAN DARI PADA KEMENTERIAN KEWANGAN DAN GANTUNG TUGAS SEMENTARA TUBUH SURUHAN JAYA BEBAS DARI KERAJAAN DAN PENGARUH POLITIK DAN SIASAT , INI BARU TULUS , KALAU DAK TAK PAYAH CAKAP LA SEMUA PENIPU , TAK PA LA , NAJIB BUAT LA APA SAJA SEMAKIN HARI UMNO DAN BN SEMAKIN MELUAT DIPANDANG RAKYAT .

      TUN M DULU MACAM MANA ISU BERLEGAR PUN LIMA KALI PILIHAN RAYA LIMA KALI MENANG DENGAN MAJORITI 2/3 DAN UNDI POPULAR 55% -60% , ZAMAN NAJIB BN MEROSOT MAJORITI PALING TERUK DALAM SEJARAH , DAN UNDI POPULAR CUMA 45% KALAH PADA PEMBNAGKANG 55% , SEKARANG BERHAYAL KATA RAKYAT SOKONG , SOKONG APA BENCI KIAN MENINGKAT ADALAH , TOLONG RUJUK FACEBOOK NAJIB TENGOK RUANG KOMEN SEMUA ASYIK MAKI HAMUN INI KATA PEMIMPIN BOLEH DIBANGGA KAN BOLEH MIMPI LA. ...

      Delete
    5. Najib perlu dibicarakan atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada sidang parlimen. Najib memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang dihutang oleh 1MDB yang kononnya dilaburkan di Cayman Island, lepas tu kata dah tebus pelaburan itu, dibawa dan disimpan di Singapura kerana Najib menuduh Bank Negara banyak karenah kalau wang itu dibawa ke negara ini dan disimpan ke negara ini. Kemudian Najib buat U-Turn kata yang disimpan itu bukannya wang tunai, tapi aset, lepas tu dari Kementerian Kewangan pula kata yang disimpan itu unit.

      Jawapan oleh Najib dalam sidang parlimen sebelum ini adalah suatu penipuan. Berdasarkan Seksyen 218:

      “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

      Dalam perkara ini, Speaker parlimen perlu membuat laporan polis kerana Speaker parlimen yang menguruskan sidang parlimen, serta bertanggungjawab berhubung apa-apa urusan berkaitan sidang parlimen.

      Bila Speaker Pandikar Amin Mulia nak buat laporan polis?

      Sebelum ini Pandikar Amin Mulia pernah menipu mengenai isu surat perletakan jawatannnya, sekarang ini Pandikar Amin Mulia perlu bersikap integriti dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang disahkan menipu oleh Menteri Kewangan iaitu Najib yang juga Perdana Menteri?

      Apakah Pandikar Amin Mulia seorang yang berintegriti atau orang yang menyokong golongan penyeleweng kerana mementingkan pangkat dan jawatan?

      Pandikar Amin Mulia perlu membuat pilihan, apakah dia seorang yang jujur dan amanah yang layak memegang jawatan Speaker Parlimen, atau pun dia seorang yang mementingkan jawatan dan pangkat dengan bersekongkol dengan golongan penyeleweng yang melakukan jenayah yang menyebabkan integriti Pandikar Amin Mulia tidak boleh dipercayai dan khianat terhadap negara dan dia tak layak menjawat jawatan Speaker Parlimen, di mana orang yang bersubahat dengan penjenayah adalah tidak layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, apatah lagi jawatan Speaker Parlimen.

      Kita juga menantikan jawapan dari para menteri dan tukang ampu Najib berhubung hal ini.

      Delete
    6. Anon 4:22:00

      'zaman najib zaman telus'...ini komen bodek tahap dewa..

      Kalo telus...
      Nape berbohong dlm parlimen
      Nape pengatur pencerobohan lahad datu tidak didedahkan dan didakwa
      Nape menteri menteri yg berterusan membuat statement2 bangang tidak di ganti
      Nape hanya azilah dan sirul saje di gantung, yg pemberi arahan tidak pula di dedahkan
      Atas alasan aper GST itu baik sangat utk rakyat bawahan
      Nape tak di dedahkan kos perkahwinan anak beliau
      Nape pendatang haram, rasuah, jenayah semakin menjadi menjadi
      Maner dtg duit riza aziz bikin filem beratus juta US DOLLAR
      Saper si jho low ni
      Nape najib ader beratus penasihat
      Naper najib BODOH sangat

      Delete
  2. Aku tidak ada hal dengan " rebranding" tetapi perlu di ingat :-

    1. Adakah LKW seorang yang jujur dengan Melayu, Malaysia dan Islam ?

    2. Adakah LKW juga bermotivasi menyelenggara pihak pembangkang ? Kita tidak mahu "conflict of intetest" wujud kerana PM Najib sudah memberu amanah negara kepada beliau.

    3. Sebagai kedudukan tersohor LKW, dari dasar kerajaan sendiri, sudah menyokong penuh LKW dengan tertubuh nya Universiti LKW, wajib nya beliau juga mesti menyokong penuh kerajaan bertunjangkan Umno.

    4. Kita tidak mahu menikam belakang, gadai menggadai dan apa-apa jua kejadian, Malaysia itu hilang dalam keliberalisasian dan menjadi sekular, mengabaikan jenama Islam.

    Semoga PM Najib tifak lagi melakukan kesilapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang masih hidup di zaman dahulu ke? Asyik hidup dalam ketakutan bayang-bayang ciptaan zaman dahulu.

      Modal tu dah lapok untuk Negara maju ke hadapan.

      Delete
    2. Anda suka hidup jadi Rohingya ? Jika itu pilihan anda, teruskan ? Jika anda masih muda, baca dan rujuk sejarah. Ambil iktibar !

      Sejarah tidak pernah menipu, tetapi manusia berkepentingan selalu memutar fakta sejarah ! Di mana jua, ingat keberadaan anda. Ingat bangsa, budaya dan tradisi anda dan sayangi negara tumpah darah. Ini jihad fisabilillah.

      Jika anda seorang cina, itu lah bentuk pemikiran anda. Jika anda seorang melayu, anda jenis yang boleh menikam bangsa dari belakang ! Ingat pesan ayah seorang cina kepada seorang anak nya, "remember well and don't ever forget your root !"

      Anda bebas tetapi tidak di merdekakan. Ini yang anda mahu ?

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berehati-hati lah dengan anon 7:17..provokasi untuk melagakan Rosmah dan Dr Siti Hasmah.

      Delete
  4. Dulu wa ingat cincin tu x btul tapi lepas PRU pun bole buat wedding of d century...dia x berubah pun...wa dh x bole terima pemimpin mcm nie...krdibiliti dia semakin hari semakin terjejas teruk bila dia x tau mne p wang RM20B padahal dia la penasihat aka men kew aka PM...bila rakyat dh semakin faham isu nie, dh x konfiden, pelabur akan kluar, pasaran jatuh & dan juga our currency,ekonomi akan semakin parah...dia akan jadi liabiliti kpd pengikutnya...jln terbaik berundur & let's experts take over

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu belum masuk isu nilai ringgit jatuh...
      hadoii..

      Delete
  5. Itu lah tanda najib semakin panik..di lantik penasihat baru yg kos upah nyer ntah brape pulak..

    Hapuskan...
    GST
    BRIM
    Menteri menteri yg tak perform
    Kepala kepala glc yg hanyer tau mentekedarah duit
    Berjalan jalan keluar negeri
    Sendiri ambik.tau hal rakyat, hal sabah terutamanyer

    Atau yg paling afdal..BERUNDURLAH demi parti dan ahli umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dah tak ada jalan keluar dari diheret ke mahkamah, satu persatu terbongkar, dan terdekat adalah perbuatan Najib menipu sidang parlimen mengenai USD 1.103 bilion wang yang kononnya dah ditebus dari pelaburan 1MDB di Cayman Island, walaupun ramai pihak mempunyai maklumat bukan wang tunai yang disimpan oleh 1MDB di BSI Singapore Limited itu, tetapi Kementerian Kewangan serta Najib sendiri selaku Menteri Kewangan juga menyembunyikan perkara ini, hinggalah terbongkar baru-baru ini apabila Najib sendiri dah hilang arah, terpaksa mengaku di dalam parlimen bahawa bukan wang tunai yang disimpan di BSI Singapore Limited, tetapi 'aset' entah apa asetnya pun tak tahulah, nilainya pun tak tahu, entah-entah hanya 5 sen sahaja. Kemudian Kementerian kewangan menyatakan bahawa yang disimpan di BSI Singapore Limited hanyalah unit, unit apa? Apakah saham, dibentur, waran, atau apa jenis unit, pun tak dijelaskan juga, malahan malahan berapa banyak, berapa nilai pun tak diberitahu.

      Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Parlimen untuk mengheret Najib ke Lembaga Disiplin Parlimen, dan jika tidak dapat dijelaskan dengan sejujurnya, maka Najib perlu dilaporkan kepada pihak polis atas tuduhan mengemukakan kenyataan palsu untuk menipu parlimen dan kerajaan.

      Pandikar Amin Mulia sendiri perlu membuat laporan itu kerana dia adalah Speaker Parlimen, dia yang perlu bertanggung jawab.

      Tetapi tak tahulah selepas dah dapat perabot baharu, tandas baharu di pejabat Speaker Parlimen, maka Pandikar Amin lebih mengutamakan kepentingan dirinya daripada tanggungjawabnya sebagai Speaker.

      Kita mahu tahu pendirian Pandikar Amin dalam tempoh dua atau tiga hari ini. Kalau tak ada kenyataan serta tindakan pembetulan,maka Pandikar bersikap khianat terhadap jawatannya sebagai Speaker Parlimen dan dia tak layak untuk menjawat jawatan Speaker Parlimen kerana bersekongkol dengan orang yang melakukan jenayah.

      Najib dah tak ada jalan keluar untuk elakkan diri dari dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen, malahan Pandikar Amin Mulia sudah tak ada jalan keluar untuk menyeret Najib ke Lembaga Disiplin Parlimen dan seterusnya membuat laporan polis mengenai penipuan oleh Najib itu, tindakan perlu dibuat untuk menyelamatkan institusi parlimen daripada dipandang hina oleh rakyat akibat perkara sebegini.

      Delete
    2. Kedegilan Najib akhirnya memakan diri, selama ini dia sangat yakin dia akan lepas bebas daripadap penyelewengan yang dibuatnya, tetapi akhirnya dia sendiri terperangkap dalam apa yang dia buat selama ini.

      Peluang dan ruang telah diberikan untuk Najib agar perkara ini tidak berpenjangan hingga menjejaskan dirinya seperti sekarang ini, tetapi dia terlalu bongkak, akhirnya orang bongkak ini menerima pembalasanya.

      There are no way out for Najib anymore, he must face the truth, he must face a police report and go to court for trial, and if he found guilty, he must accept he is the first of Malaysian Prime Minister go to jail, and hopefully he will placed with Anwar, both of them are same, nation destroyer.

      Delete
    3. Rakyat mahu Laporan lengkap Audit dan PAC ..

      Delete
  6. Juak-juak Najib dah kelu tak terkata apa-apa lagi, kerana mereka sendiri sudah tak tahu macam mana nak pusing lagi, terimalah hakikat wahai juak-juak Najib sekalian.

    Sampai bila korang semua nak jadi pengkhianat, penipu diri sendiri, serta menjual maruah untuk mendapat sedikit habuan hasil kerja jahat korang membela segala salah laku, penyelewengan dan jenayah yang disyaki dilakukan oleh Najib ini.

    Korang tak rasa salah dan jijik ke makan makanan haram dari sumber yang sangat kotor sebegini? Ada akal gunakanlah sementara masih berakal seperti manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua RAKYAT MALAYSIA mahu laporan Lengkap Audit dan PAC. .semua yang akan didapati bersalah termasuk Najib perlu dihukum. ..We the Rakyat want the Audit and PAC Report..we the Rakyat want Transparency

      Delete
    2. We Rakyat don't care if Audit Report and Pac highlight issue on the award of one sided deal by Madey Keling to his cronies on IRIS. ..we Rakyat want Transparency...

      Delete
    3. Rakyat tau FAKTA ialah Najib seorang penipu negara...xde dolak dalik lagi...Entah apa lagi yg dia tipu... aku harap Allah hantarkan bala ke atas Najib kerana penipuannya

      Delete
  7. Ted...satu laporan lengkap dan adil Audit dan PAC hanya boleh didapati jika Menteri Kewangan, PM, BOD 1MDB dan Penasihat 1MDB letak jawatan.

    Kalau bagi pendapat, biarlah ada justifikasi dan rasional untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik dan berintegriti.

    ReplyDelete
  8. 2.28
    Apa bisingx,buat lah report....tanya diri sendiri kenapa tidak sorang pun berani repot....suruh TDM jawab
    Orang tanya banyak soalan...FOREX exchange hilaing berbilion,kes Bank Bumiputra,PERWAJA, Bailout Mirzan...haram tak jawab.....lepas itu orang nak jawab soalan dia dgn cepat.Orangg dah beritahu tunggulah siasatan terperinci dibuat supaya tak la ada perasaan tak puas hati nanti,tak sabarx.Apa dah lingkup ke Malaysia dek kes 1MDB ini,dah mati kebuluran ke rakyat...mengaku Islam, kan agama kita kata Sabar tu separoh dari IMAN.1 mdb Pokoknya kes 1MDB hanya satu alasan untuk suruh Najib letask jawatan tapi kantoi sebab satu satu group yang bolih tumbangkan Najib buat dek aja sebab ahlix mereka nak jaga tempolok sendiri.Bagi yang kuat melalak ini,bukan pun ahli parti berkenaan kebanyakannya,keep on barking the wrong hill until you are tired and rastional enough that you are fighting a losing battle......my two cents advice be patience or most of you are afraid that the truth will prevail and the result will be frustrating to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape x hang jawab jer??? Da berpuluh tahun pun korang x blh selesaikan...apsal korang ni tersangat bodoh ek?

      Delete
    2. Whether you like or or not, Najib Tun Razak has lied to the Malaysian people about the money kept im spore. THAT IS A FACT

      Delete
    3. Rakyat need facts from Audit and PAC report..Full stop..

      Delete
    4. Anon 6:15...perangai Najib jangan samakan dengan Tun, segala persaolan telahpun dijawab, balik ulangkaji, jangan main tembak temberang....bila ditanya jawab...bukan tanya balik saolan bodoh...sendiri bodoh cukup le...jangan ajak otg lain turut bodoh...masa tu Najib pun tukang angguk madey

      Delete
    5. Anon 6:15...jangan divert isu. Forex Losses - Loss of value. Highly speculative in nature. Macam main saham di bursa saham KLSE. Ada 10 lot saham Tnb bernilai rm 5 tetiba jatuh ke rm 3. Itu speculative losses tapi yg sama boleh naik balik nilai minggu depan. Sama dengan Forex market. Ini perkara biasa dalam dunia perniagaan sedemikian. TETAPI berbeza dengan 1MDB apabila wang rakyat disalurkan melalui syarikat yg tidak mempunyai ketelusan didalam corporate governancenya dan digunakan duit itu sesuka hatinya. Contoh - bayar komisyen 15% kepada advisors yang tak masuk akal walhal normal rate 3% - 5% dan melabur dalam Petro Saudi untuk cari gali minyak yang tak ujud (tanpa due diligence). Justeru ini bermaksud kegagalan fiduciary duty. Dan yang sepatutnya bertanggungjawab adalah lembaga pengarah dan lembaga penasihat.Apa yang dikemukakan oleh Raja Petra tu dah pun terjawab dan ditulis dengan panjang lebar dalam buku Tun Mahathir - Doctor in the house. Ianya tentang Forex losses apabila nilai yen dan matawang euro dinilai semula berbanding dollar Amerika. Mereka yang terlibat semua telah bertanggungjawab atas kerugian tersebut. Anwar Ibrahim sebagai menteri Kewangan masa itu menerima macam-macam soalan dari DAP mengenai kerugian itu. Dan Gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Jaafar Hussein dan timbalannya Tan Sri Nor Mohamed Yaakob meletakkan jawatan untuk bertanggungjawab atas kerugian tersebut. Take a risk and Lost....Ianya jauh berbeza dengan skandal 1MDB sekarang ini.

      Delete
  9. Yang tak sabar-sabar untuk tunggu laporan odit dan PAC, apa benda bodohnya menyalak ari-ari dengan spekulasi dan tohmahan atas angin?

    Faktanya, sahingga sekarang semua cerita 1MDB masih daripada sumber-sumber tak boleh diiktiraf sebagai yang sah. Surat khabar, blog, komentar, kritikan bekas tu dan ni semua tak sah. Tak boleh diambil ke mahkamah dan tak boleh diambil tindakan bawah mana-mana undang-undang atau Akta pun.

    Yang boleh dibawa ke Mahkamah dan dikenakan tindakan bawah undang-undang dan Akta Hasutan ialah mereka-mereka yang setiap ari menghasut rakyat memberontak mengulingkan seorang PM, Presiden parti yang sah dilantik mengikut Perlembagaan dan undang-undang negara dengan perkenan DYMM SPBYDP Agong.

    Ada caranya yang sah untuk mengulingkan seorang PM atau Presiden parti iaitu melalui proses demokrasi parti, Diwan Rakyat, Parlimen dsbny. Mengapa tidak dipergunakan keadah ini? Mengapa buat undang-undang sendiri untuk mengulingkan Pemimpin yang mereka tidak sukai?

    IGP dan AG tunggu apa lagi? Buatlah kerja tangkap dan humban mereka-mereka yang jelas penderhaka dan pengkhianat negara untuk temankan Anwar yang bersendirian kat Sg. Buloh.

    Mereka lah musuh sebenar Negara yang akan menyebabkan Negara huru hara dan hancur.

    Tak kan nak tunggu macam keadaan kat Thailand di mana puak Merah berlawan Kuning yang tidak berkesudahan bertahun-tahun sahingga Tentera mengambilalih kuasa pemerintahan?

    ReplyDelete

PERSEDIAAN TAMADHAN DAN RAYA

Ada sesetengah pihak cadangkan mula menyimpan dari sekarang menjelang buka sekolah, Ramadhan dan raya... Lagi 3 bulan..berapa banyak boleh s...