Sunday, October 25, 2015

BOLEHKAH MCA DAN KOMPONEN BN MENANG PRU14 JIKA RAPAT DENGAN NAJIB (?)


Akhirnya MCA menunjukkan dan memulakan langkah bijak membebaskan diri mereka dari belengu 1MDB dan 2.6B yang menjerebu politik Malaysia.

Arul Kanda dijemput, lebih tepat dipanggil tanpa menandakan restu untuk memberi penjelasan tentang 1MDB dan menjawab beberapa saolan tanpa had lebih lebih lagi ini majlis tertutup.

Langkah seterusnya MCA wajar memanggil Timbalan Presiden BN merangkap Timbalan Presiden UMNO untuk hadir bagi kondisi yang sama.

Diikuti dengan jemputan ke atas Tun Dr Mahathir dan akhirnya Najib sendiri selaku Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan...

Semua komponen BN wajar mengikut langkah MCA, malah bakal rakankongsi UMNO, iaitu PAS harus mengambil peluang ini.

DAP dan PKR wajar menunjukkan sikap terbuka dan penyelesaian dengan mengambil langkah yang sama.

Dua faktor penilaian perlu dibuat ke atas keempat empat individu ini...
1. Penilaian penjelasan dan jawapan atas saolan.
2. Hadir atau tidak jika dijemput.

Dengan mudah, semua pihak boleh membuat kesimpulan. AG dan KPN wajar dijemput sebagai saksi untuk paksi bertindak.

Sepertikata Rafidah Aziz, sekarang bukan masa untuk selamatkan UMNO, tetapi masa untuk selamatkan Malaysia.

Apakata UMNO, Ku Nan !
Bila nak jemput Mahathir dan Muhyiddin ke depan Majlis Tertinggi (?)
Tentu banyak saolan....




KALAU RAJIN BACA INI...

Malaysiakini melaporkan:

Malaysiakini menemui 'berita buruk', dengan meneliti belanjawan yang dibentang kelmarin, berdasarkan kementerian-kementerian yang paling banyak dipotong peruntukannya. - Mkini.
Kementerian Kewangan dilihat paling banyak terjejas daripada belanjawan apabila peruntukannya dipotong daripada RM7 bilion (17.8 peratus) kepada RM32.247 bilion.

Bagaimanapun, dilihat lebih dekat, potongan besar itu dimungkinkan oleh pengurangan subsidi yang dijangka terus menurun sehingga 45 peratus ( RM8.707 bilion ) kepada RM10.633 bilion.

Potongan lain termasuk pengurangan 95 peratus peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta. - Ibid.
Potongan kedua terbanyak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Paling buruk melibatkan Universiti Malaya, diikuti Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang menyaksikan bajetnya masing-masing dipotong sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus. - Ibid.
Sebanyak 60.76 peratus, daripada RM1.659 bilion kepada RM651 juta, belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dipotong.

Ketika program kementerian di seluruh negara dipotong belanjawannya, pengguna mungkin menanggung beban sebenarnya.

Ini kerana, sebuah potongan terbesar daripada RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak tidak diteruskan sepenuhnya bawah bajet 2016.

Skim yang diperkenal pada 2007 itu itu bertujuan menentukan harga siling dan permintaan cukup dalam pasaran dengan memberi pampasan kepada pengeluar.

Justeru, pemansuhan skim itu tahun depan, pengguna mungkin terpaksa membayar lebih untuk harga minyak masak.  - Ibid.

Selain tu Malaysiakini juga senaraikan pengurangan bajet untuk 

  • Kementerian Pengangkutan sebanyak RM0.6billion, kemungkinannya tiada lagi subsidi train dan flight murah.
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebanyak RM0.6billion, kemungkinannya takdak lagi subsidi elektrik.
  • Kementerian Pertahanan sebanyak RM0.49billion, kemungkinannya akan banyak lagi pencerobohan negara lepas ni.
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM0.3billion yang akan menjejaskan pengurusan sisa pepejal.

Dan aku yakin, belum habih tahun depan, Najib akan bentangkan pulak Belanjawan Tambahan untuk tahun 2016, dengan PRN Sarawak nak kena buat tahun depan, kompom tak cukup punya la duit nak kena taboq...

Saturday, October 24, 2015

Salleh Said Keruak menguak lagi...

Masuk kandang kambing mengembek.....masuk kandang kerbau menguak...
Salleh Said Keruak tak perlu "demand" pengesahan dan penghormatan bab itu, dia memang layak "earned"...
Malah Salleh Said Keruak kalau dia masuk kandang harimau tidak boleh menafikan kemampuannya untuk mengaum...
Masuk kandang babi, dia boleh menyondol....

Inilah pemimpin yang sangat-sangat diperlukan...
Di kalangan boss, dia yang terbaik...
Di kalangan pemimpin...dia disegani
Di kalangan rakyat...itu tak tau lagi...itu tolak tepi, rakyat hanya penting 5 tahun sekali...
Yang penting boss, kena ngadap hari-hari.

Ahmad maselan, nazri, kj, shabery chik, rahman dahlan, malahan zahid pun no where untuk dibandingkan dengan Salleh...

Rakyat Sabah sangat berbangga mimiliki seorang Pemimpin dan Menteri yang bakal mencatat sejarah....

Bagus baa itu...

Apakah Muhyiddin Juga Menghasut (?)

 Minta cai tolong gembar gemburkan @ spin kerana keterbolehan mereka dalam bab ini cukup wahid...

Buatlah cerita Muhyiddin lupa sejarah....
Korek lah berlori lori cerita lama Muhyiddin....
Persoalkanlah kesetiaannya pada parti....
Cuba cari kot kot Muhyiddin pun sekongkol dengan media asing....

Cuba cari alasan kukuh kenapa Muhyiddin tidak tolol dan bangang setia membuta tuli...
Kalau Muhyiddin enggeh...kan dah senang lenang sekarang macam Zahid, bulan jatuh ke riba...

Sehati sejiwa yek !


MUHYIDDIN YASSIN DAN SHAFIE APDAL DIJEMPUT BELAJAR..


Cukupkah merayu atau mohon simpati......
Adakah sampai sekarang muhyiddin tidak pasti tentang 1MDB....
Berbanding dengan Tun Dr Mahathir yang very firm tentang wrong doing 1MDB.....

Elok bertandang ke
13 cawangan di
Teluk Kemang untuk belajar bagaimana jadi berani sedangkan ilmu lebih banyak di dada dan katanya sudah berjuang dalam umno melebihi 40 tahun...

NAJIB HARUS FIKIR 2 X...

Suara cawangan merupakan suara keramat dan yang paling dekat dengan akar umbi dan pengundi.

Boleh buat pekak dengan.Mahathir, boleh cipta fitnah kepadanya.
Boleh penjarakan Naib Ketua Bahagian dan lawyernya...

Tapi jangan main-main dengan suara cawangan.
Inilah golongan yang disembah KUB ketika bertanding diperingkat bahagian.
Inilah golongan yang dipeluk cium salam tak.lepas oleh setiap calon pilihanraya.

Jangan rasa kerusi Presiden tinggi atas sangat selamat dengan suara cawangan di bawah.

Harus rasa malu hila cawangan mula mencampuri urusan teryinggi parti dan Presiden sudah tidak dihormati dan dipercayai lagi.

Jangan ambil mudah, mencantas golongan ini, kelak makan diri.


Friday, October 23, 2015

BAJET ORANG BERSALAH !!!


Mungkin sudah boleh raikan kemenangan...

Dr M Kalah Akhirnya, Tak Mampu Singkir Najib...




Selepas ini Tun akan didakwa?
Tun akan jadi miskin?
Negara secara automatik aman dan harmoni?
PRU bukan esok ertinya UMNO masih banyak masa...
King Is Cash..ada kebenarannya
Rakyat terus dahulukan.....
semuanya, segalanya...semuanya fitnah (?)
Benarkah Najib yang menang atas kekalahan Tun ini...

6ANGKA