Sunday, October 25, 2015

BOLEHKAH MCA DAN KOMPONEN BN MENANG PRU14 JIKA RAPAT DENGAN NAJIB (?)


Akhirnya MCA menunjukkan dan memulakan langkah bijak membebaskan diri mereka dari belengu 1MDB dan 2.6B yang menjerebu politik Malaysia.

Arul Kanda dijemput, lebih tepat dipanggil tanpa menandakan restu untuk memberi penjelasan tentang 1MDB dan menjawab beberapa saolan tanpa had lebih lebih lagi ini majlis tertutup.

Langkah seterusnya MCA wajar memanggil Timbalan Presiden BN merangkap Timbalan Presiden UMNO untuk hadir bagi kondisi yang sama.

Diikuti dengan jemputan ke atas Tun Dr Mahathir dan akhirnya Najib sendiri selaku Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan...

Semua komponen BN wajar mengikut langkah MCA, malah bakal rakankongsi UMNO, iaitu PAS harus mengambil peluang ini.

DAP dan PKR wajar menunjukkan sikap terbuka dan penyelesaian dengan mengambil langkah yang sama.

Dua faktor penilaian perlu dibuat ke atas keempat empat individu ini...
1. Penilaian penjelasan dan jawapan atas saolan.
2. Hadir atau tidak jika dijemput.

Dengan mudah, semua pihak boleh membuat kesimpulan. AG dan KPN wajar dijemput sebagai saksi untuk paksi bertindak.

Sepertikata Rafidah Aziz, sekarang bukan masa untuk selamatkan UMNO, tetapi masa untuk selamatkan Malaysia.

Apakata UMNO, Ku Nan !
Bila nak jemput Mahathir dan Muhyiddin ke depan Majlis Tertinggi (?)
Tentu banyak saolan....




KALAU RAJIN BACA INI...

Malaysiakini melaporkan:

Malaysiakini menemui 'berita buruk', dengan meneliti belanjawan yang dibentang kelmarin, berdasarkan kementerian-kementerian yang paling banyak dipotong peruntukannya. - Mkini.
Kementerian Kewangan dilihat paling banyak terjejas daripada belanjawan apabila peruntukannya dipotong daripada RM7 bilion (17.8 peratus) kepada RM32.247 bilion.

Bagaimanapun, dilihat lebih dekat, potongan besar itu dimungkinkan oleh pengurangan subsidi yang dijangka terus menurun sehingga 45 peratus ( RM8.707 bilion ) kepada RM10.633 bilion.

Potongan lain termasuk pengurangan 95 peratus peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta. - Ibid.
Potongan kedua terbanyak melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Paling buruk melibatkan Universiti Malaya, diikuti Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang menyaksikan bajetnya masing-masing dipotong sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus. - Ibid.
Sebanyak 60.76 peratus, daripada RM1.659 bilion kepada RM651 juta, belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dipotong.

Ketika program kementerian di seluruh negara dipotong belanjawannya, pengguna mungkin menanggung beban sebenarnya.

Ini kerana, sebuah potongan terbesar daripada RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak tidak diteruskan sepenuhnya bawah bajet 2016.

Skim yang diperkenal pada 2007 itu itu bertujuan menentukan harga siling dan permintaan cukup dalam pasaran dengan memberi pampasan kepada pengeluar.

Justeru, pemansuhan skim itu tahun depan, pengguna mungkin terpaksa membayar lebih untuk harga minyak masak.  - Ibid.

Selain tu Malaysiakini juga senaraikan pengurangan bajet untuk 

  • Kementerian Pengangkutan sebanyak RM0.6billion, kemungkinannya tiada lagi subsidi train dan flight murah.
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebanyak RM0.6billion, kemungkinannya takdak lagi subsidi elektrik.
  • Kementerian Pertahanan sebanyak RM0.49billion, kemungkinannya akan banyak lagi pencerobohan negara lepas ni.
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM0.3billion yang akan menjejaskan pengurusan sisa pepejal.

Dan aku yakin, belum habih tahun depan, Najib akan bentangkan pulak Belanjawan Tambahan untuk tahun 2016, dengan PRN Sarawak nak kena buat tahun depan, kompom tak cukup punya la duit nak kena taboq...

1 comment:

  1. Cina mca pun ada otak.
    tak macam cai umno bangang, otak ada tp tarak pakai.
    walaupun cina tu otaknya menipu (kalau tak, mana mungkin najib boleh bg jota jota peruntukkan pd cina) tp kita sbg org melayu islam patut tahu dan elakkan dr bersubahat dgn keburukkan cina. Bukannya kutuk cina tp dlm masa yg sama berperangai perompak duit negara. Menyokong pulak tu..
    cai umno, cina mca jauh ada otak jika dibandingkan dgn engkau.

    ReplyDelete

6ANGKA