Bagaimana 13 Ketua Cawangan di Teluk Kemang, bagaimana dengan Mukhriz (?)
Jamal Sekincan tak perlu siasat sebab dia tak penting kata Nazri. Mungkin juga sampah macam Saifuddin.
PENCUCIAN ini patut dilakukan secara besar-besaran, tanpa pilih bulu. Bukan sekadar untuk takut takutkan atau ugutan.
Dan untuk betul2 bersih dan selamat 3 juta ahli wajar disiasat satu persatu. Masa masih ada sebelum PRU14.
7 pemimpin atau lebih ini patut disingkir sebelum PAU kerana ia boleh mengecohkan keadaan. Kalau boleh bersidang dengan dewan kosong lebih selamat.
7 pemimpin yang perlu disiasat dari kacamata siapa (?) Mereka menggugat individu kerana salahlaku individu tersebut atau mereka mahu menggandaikan perjuangan dan merosakan nama baik parti (?)
Jangan salah pilih pemimpin untuk disiasat sedangkan dalang, petualang, pengkhianat, si bangsat seperti gunting dan duri masih bebas dan kekal.
Tentu sekali Teuku Nan bukan salah seorang darinya !