Thursday, December 10, 2015

Temberangnya Tak Menjadi..

Kita lupakan cerita politik, PAU memang aku langsung tutup buku....

Banyak cakap, banyak silap, banyak bohongnya....

Kata orang tua kalau bercakap sampai mulut berbueh itu tandanya dia cemas, tekanan, gelabah puyuh, terkejut berok,  bagai dikejar sesuatu atau dia sedar di depannya ada orang lebih berilmu...

Kalau bercakap satu jam tapi kerap minum air macam cakap 5 jam petanda buntotnya panas, panas dalam, cakapnya bohong dan cuba menyejuk dan mengawal diri.

Selepas ucapan dia berharap ramai yang datang memujinya tetapi apapun malam nya dia tidak dapat tidor lena kerana isteri membebel kesilapan ucapannya.

Dia masih tertanya tanya, agak agaknya temberangnya itu berapa ramai yang percaya...


# Dengar cerita ada Menteri Kanan kena maki dengan Muhyiddin (?) Kita yang tak tahu elok tak masuk campur.
Lagipun dalam keadaan ekonomi dan politik hari ini, memang hari hari Menteri Zalim kena sumpah dan maki, biasanya tak lama, berangkut le tu....

Wednesday, December 9, 2015

PEMIMPIN ANDA...

Tunai bertukar jadi unit
Derma jadi derma derma

Pembohong dah jadi munafik..

Kj demam !!,

Aku memang tak ikuti PAU kali ini sebab aku tak jangka apa apa yang ajaib akan berlaku.

Takkan diluar PAU menikus, masuk dalam PAU boleh tukar jadi incredible hulk...

Tema kali inipun aku tak ingat, cuma term and condition masih sama, cash is king.

Takkan nak tunggu tengok depan tv muka ku nan, najib dan zahid - buang current.

Macam kalau kita dah terkena kali pertama beli pau kaya atau pau kacang yang sudah tidak ori, palsu dan basi...takkan ulang nak beli di tempat yang sama penjual yang sama.

Tapi terbaca juga katanya Kj dalam perasmian pemuda marah mengamuk gila dan warning kerajaan (ye ke?) supaya jangan lagi naikkan barang !!!!
Berasap ucapannya, keluar api !!!
Ye ke?

Apapun ucapan bersemangat tu sebenarnya sudah biasa, apalagi kali ini..nak tunjuk bebas bersuara dan demokrasi !!!

Bagi aku, mungkin Kj demam dan perlu banyak rehat.

Kalau dia berikrar akan letak jawatan jika barang naik lagi, itu baru aku anggap Kj original cucu menantu Badawi.

Tuesday, December 8, 2015

NAJIB SIA SIAKAN.PELUANG...

Najib mengaku pahlawan bugis, tapi aku tengok selalu miss the boat...

1) Program N2H patutnya masa tu Najib dah jawab kaw kaw tentang isu 1MDB dan 2.6B... tentu Dr Mahathir ternganga dengan penjelasan memukau Najib.
Tapi Najib pilih lari.

2) Di Parlimen 3hb Disember kata nak jelas dan jawab...tapi last minute tolak tukang cuci tolong jawab...tak boleh tanya, pendekar punya order.
Kalau jawab dah tentu pembangkang dah tak ada isu...

3) PAU 2015 sepatutnya ada pemilihan, dengan kekuatan yang ada sudah pasti pro Mahathir semua bungkus..kan senang cerita, senang kerja.
Tapi nasihat kawan kawan, pemilihan tangguh.
Kenalah guna kuasa pecat kalau agak terancam..kan tak best tu.

Apakah Najib ada peluang, tapi miss the boat lagi akan datang.

Jangan sampai boat karam...

MENJELANG PAU, ADA MENTERI TUNJUK BODOH SENDIRI...

Kata Nazri Muhyiddin memang patut rasa tunggul sebab dia tidak ada Kementerian, tak ada benda yang nak digulung...

Tahap Menteri bodoh, ini perhimpunan parti politik, dengarlah apa yang Timbalan Presiden nak bercakap pasal politik, pasal pilihanraya, pasal imej parti yang hancur.

Tentulah Timbalan Presiden tak akan bercakap siapa yang paling rajin bawa masuk pelacur dari negara Cina yang menyalahguna visa pelacongan.

Era Mahathir, Tun Musa tanpa jawatan kabinet masih diberi peluang merasmikan sayap dan ucapan penggulungan - itulah negarawan yang jantan namanya.


Muhyiddin tak faham, Najib?

Sebelum aku berangkat gosok gigi, sempat juga aku terbaca skrip blogger paling telus...



Aku setuju pelik juga kalau Muhyiddin tak hadam 1MDB walaupun dah lapan kali bagi taklimat...

Betul ke dan kenapa, tunggu penjelasan Muhyiddin.

Tapi aku lagi lah pelik kalau yang berusan langsung dengan 1MDB selaku Penasihat 1MDB dan Menteri  Kewangan dan PM pun tak boleh jawab sendiri sejak dari awal Mahathir tanya.

N2H lari, di parlimen pun tak muncul, tak faham juga ke?

ZAHID KENA JADI PENYELAMAT...

Zahid walaupun bukan Timbalan Presiden, sekadar bidan terjun TPM tetapi jika keadaan terdesak bolehlah dianggap lulus dan layak untuk jadi Pemangku Perdana Menteri jika Najib ada berani sahut cabaran Muhyiddin untuk berehat.

Dalam berehat, cuba Najib buat talk, betapa ramai yang datang? Itu kita sembang lain kali...

Lebih molek, Zahid lantik pula Shafie jadi Pemangku TPM bagi mengimbangi seluruh sokongan kepadanya.

You all ingat, Muhyiddin dan Mahathir nak bersuara lagi !!!
Semua settle beb...

Melayu akan lebih bersatu, PAS lebih mudah didampingi... pembangkang bagai kapal tenggelam...


6ANGKA