Friday, January 29, 2016

Masih Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah tetapi sudah kena halau..



"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.



Thursday, January 28, 2016

SEKAT BLOG PRO TUN TANDA KEGAGALAN BLOGGER PREPAID

apa yang paling seronok bila tengok ada orang syok sendiri..blognya tak seberapa, gempaq lebih...ramalannya, ramalan taik kucing...konon nak tunjuk diri dekat sangat dengan Najib, serba tahu, tapi akhirnya meleset.

Keputusan AG, rasanya sebelum orang tua tu buka mulut, semua dah boleh agak... tapi tak lah pula sangka "alasan" tu yang dia bagi...  bukan kecewa, tapi nak tergelak

Pro Tun sebenarnya dah relax, apa yang akan terjadi kepada Mukhriz pun sudah dijangka bukan sejak minggu lepas tapi dari tahun lepas... cuma kesian, sampai la belum berani buat keputusan, pasai apa !

Relax sebab nak lihat sejauh mana pembohongan itu berterusan, berapa lama boleh berbohong dan apa lagi yang nak dibohongkan... Adakah semua itu akan menjadi masalah dan bala kepada pro Tun, jawabnya tentulah tidak sama sekali.

Tindakan menyekat blog seperti OTB dan Din Turtle sekadar memalukan blogger pemakan dedak, mereka gagal menguasai audience, gagal berhujah, syok sendiri dan tidak mampu bertindakbalas menjawab apa yang OTB dan Din Turtle ulas.

kegagalan itu menyebabkan kerajaan campurtangan dan bertindak. sepatutnya blogger pemakan dedak terjun saja bangunan kerana gagal.

halikatnya siapa yang meroyan apabila hujah tidak berkesan !!!


# Blog ini tidaklah perlu disekat, akan tamat dengan sendiri cuma nak tunggu Mukhriz disingkir, ada sikit pesanan..


Dah penat menunggu bila Mukhriz nak di singkirkan. .

Serius...

sebab aku nak umumkan sesuatu selepas Mukhriz disingkirkan...

Malu juga sebab kelewatan ini sedangkan hari tu gegak gempita, riuh sekampung, kata semua Ketua Bahagian dah setuju, exco dah setuju, ADUN pun dah setuju, istana pun dah perkenan ..awat tak selesai lagi.

Mungkin sebab Mukhriz tak ada file...

# Khabarnya MT yang turut dihadiri Mukhriz akan bermesyuarat besok untuk membuat keputusan ?
Apakah Muhyiddin dan Shafie Apdal akan turut memberi pandangan dua kupang !!!

Sunday, January 17, 2016

Sekadar persepsi atau sejujurnya realiti

Dari baby yang baru dilahirkan hinggalah usia emas yang baru selamat dikebumikan, tidak ada kebaikan Najib yang diceritakan, semuanya buruk belaka.

Buruk sangatkah Najib !!!

Wednesday, January 13, 2016

BILA ADA YANG LEBIH SAMSENG DARI ...

1MDB dan pandai cakap Arul serta kerajaan khususnya Najib kini berdepan dengan"satu cabaran" yang cukup berani...

Rakyat diluar pengetahuan untuk tahu siapa benar atau salah tapi mahu melihat bagaimana diuruskan ..

Penyelesaian yang diwar warkan sebelum ini diragui, kini muncul pula cabaran baru....

Cabaran untuk 1MDB bawa ke mahkamah merupakan sindiran yang cukup tajam...


Tuesday, January 12, 2016

Melayukan DAP

Since org melayu teramat fobia dgn cina DAP, pe kata pakat ramai2 melayu / mamak joinT partai DAP?
Nanti melayu boleh take over laa DAP....... 


Ada branie? 


Bagaimana jika ada yang mencadangkan supaya orang Melayu secara ramai-ramai jadi ahli DAP hingga membolehkan Melayu jadi majoriti dalam DAP dan seterusnya dapat berada di kerusi tertinggi.

Bukankah lebih mudah jika semua ahli PERKASA dan AMANAH diserap terus ke dalam DAP !!!

Apakah ini satu yang mustahil atau lebih kepada satu ketakutan kepada pihak tertentu dalam dan luar DAP.

Jika ini terjadi, bukankah ia lebih menguntungkan dan menghidupkan semula MCA, rakan BN.

Bukankah dengan ini orang cina sudah tidak akan mengundi lagi DAP (?)

Penghujung Politik Mustapa Mohamed Musnah Dengan TPPA

Harapan untuk melihat Mustapa sebagai MB Kelantan mewaKili UMNO semakin tipis dan hampir mustahil.

Lafaz dan keghairahan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS hanya lebih membayangkan MB Kelantan milik PAS selamanya makin kukuh.

Adalah kurang sopan untuk UMNO merampas kerusu MB Kelantan dari PAS walau sebanyak mana UMNO menang kerusi DUN atas dasar setiakawan.

Jika UMNO serah kerusi KM Pulau Pinang kepada Gerakan dan MCA walau UMNO majoriti, kenapa tidak lakukan perkara yang sama, berkorban di Kelantan.

Demi survival kuasa UMNO di pusat, kompromi seumpama ini adalah wajar.

Anwar Musa antara contoh terbaik "melepas" jawaTan MB Kelantan dan kini giliran Mustapa yang setakat mencapai tahap "mampu tengok".

Dengan di belengu isu TPPA, Mustapa akan menempah titik hitam hujung politiknya. Rakyat Kelantan pasti menolaknya dan kerusi Jeli bukan jadi semudah dulu untuk dimenangi.

# BRIM, 1MDB, GST dan kini TPPA - setakat mana rakyat anggap kerajaan bijak dan tidak tipah tertipu (?) dan lebih teruk memang kalau pemimpin terdesak nak menipu rakyat untuk kepentingan mereka !!!!


Apa sebab utama Tun tidak menyokong perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS)?

AS ini terlalu besar. Mereka ada kuasa penekanan yang lebih termasuk dalam bidang perundingan dan apabila berlaku perbalahan, apabila dirujuk kepada mahkamah, kita akan hadapi banyak masalah untuk dapatkan kemenangan bagi pihak kita.

AS punya eksport dan barangan lebih banyak daripada kita. Sebaliknya kita di Malaysia ini, ekonomi kita dalam proses pertumbuhan dan juga kita telah cuba guna ekonomi untuk perbetulkan keadaan sosial dalam negara. Umpamanya, kita mempunyai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Walaupun banyak kita sudah hentikan tetapi kita masih perlu cuba imbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Ini sudah tentu bercanggah dengan cara-cara perdagangan bebas di mana kita tidak boleh diskriminasi terhadap rakan dagang.
Lagipun kita dapati segala dasar-dasar ekonomi dalam negara kita ini akan dikaji oleh AS dan mereka nak kita sesuaikan ekonomi Malaysia bukan dengan keadaan dalam negara kita tetapi dengan keadaan dagangan mereka.

6ANGKA