Anuar Musa dikembalikan ke persada politik nasional sebagai Ketua Penerangan UMNO tidak mengejutkan kerana dari awal lagi sudah dijangkakan cuma isu hartanah MARA di Australia menyebabkan langkah itu digostan.
Bekas setiausaha sulit kanan Anuar Musa sendiri mendapat tempat strategik sebagai Pengerusi SPR.
Sejak Pandi orang Kelante tunjuk kesetiaan world class, Tok Pa yang sudah pandai berkata-kata diikuti u-turn Ku Li yang serba sokong, pemimpin Kelantan dilihat cukup senang dipelihara.
Jika Mukhriz terkucil, pemimpin Kedah tidak kurang hebatnya menjadi koleksi contoh.
Next... (?)
Anuar Musa yang kekal Parlimen Ketereh berulangkali menunjukkan kehebatan peribadinya.
Kebangkitan bolasepak Kelantan juga semasa Anuar Musa memegang tampok tertinggi, hebat bukan sahaja kerana juara trible, tetapi juara penuh stadium dan juara KFA wang tak ada (?) Mana perginya (?)
Kemuncaknya apabila Ku Putih menjadi penaja KFA untuk atasi masalah tersebut, kontrak dua penggal dengan beberapa syarat...
Apakah UMNO juga akan dikuputihkan dan warna merah UMNO bertukar pink sebagai syarat keghairahan Dato' Vida (?)
Apapun kehadiran Anuar Musa di peringkat tertinggi di alukan, belum ada bukti memiliki ciri ahmadmaselan atau hassanmalek tetapi kelancaranya mengkritik Tun Dr Mahathir merupakan aset dan ciri terpuji.
Tidak juga terlalu awal untuk diramalkan Anuar Musa lebih sesuai sebagai MB Kelantan selepas PRU.
# Kita dah dengar version Salleh Kruak, Ahmad Maselan, Rahman Dahlan, Shahrir, Ku Nan dan Zahid tentang 1MDB dan 2.6B. Kenapa semua diam sekarang (?) Samada version makan diri atau kenyang dah dapat habuan (?)
Kita dengar pula nanti Version Anuar (!!!)