Doa dan solat hajat masyarakat Thai di Kedah dan ahli PAS Kedah sebagai cubaan harapan Mukhriz kekal MB Kedah sangat logik dan praktikal.
Selebihnya ketentuan Illahi sebab Dia lebih megetahui apa yang terbaik.
Tidak pula diketahui apa usaha rakyat Kedah lain atau ahli UMNO yang "kononnya" suka dan sayang Mukhriz. Sudah tentu mereka lebih sayangkan Ketua Bahagian masing-masing.
Apapun sebahagian Ketua Cawangan Bahagian Merbok akan adakan satu perjumpaan menyatakan sokongan kepada Mukhriz.
Sayang, semuanya sudah terlambat
Mukhriz sewajarnya tidak perlu kecewa kerana dia gugur atas sebab tidak sefahaman dengan Najib, bukan pasal skandal kewangan, bukan pasal melanun, bukan pasal bebohong, bukan pasal takut masuk penjara, lebih cantik jika Mukhriz dari awal lagi meletak jawatan dari disingkir sebegini.
Yang patut kecewa ialah Ahmad Bashah dan Ahmad Lebai Sudin yang khabarnya tidak dicalonkan sedangkan merekalah "kepalanya".
Mukhriz juga jangan terlalu yakin UMNO kekal menang jika dia masih MB kerana UMNO akan ditolak oleh segelintir selagi Najib masih PM.
Segelintir tidaklah merbahaya kecuali di kawasan calon UMNO yang menang majoriti tipis.
Sewajarnya Mukhriz terus berehat panjang kerana perjuangan UMNO sekarang sudah tidak relevan sudah tidak jelas halatuju dan tidak ada untungnya kepada Melayu untuk kekal sokong.
Masa depan Negara sudah tidak menentu, pemimpin mengamalkan pariah politik untuk survive.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Blogger burui akhlak ini yg tak pernah takut pd Tuhan tiba2 mlm ni mimpi mukelis join nuar dlm jail agaknya..?, terus berlakon mcm tok alim.. munafik... munafiknya... ya Tuhan org ini siapalah ibu bapanya.
ReplyDeleteYa Allah mohon dgn Kudrat Mu Kau kalahkanlah munafiqun2 serangkai ini. Dgn Kudrat Mu gerakkanlah pihak agensi penguatkuasa, SKMM, PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap pemilik blog ini dn rakan2 subhatnya. Kami tidak redho negara ini hancur dek anjing2 pengkhianat yg menjadi suruhan tangan2 'ghaib'ini.
Kami tidak ada keupayaan melawan rangkaian jahat mereka, justeru Kau lah Ya Allah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana untuk menghalang kemunafikan dan khianat mereka ini terhadap negara dan pemimpin2 kami. Ya Robbana.. Amenn Amen Amenn..
Sejahteralah negara ini buat kami dan kusutkanlah musuh2 kami dr segala macam agenda, kata2 dan perancangan jahat mereka, khususnya pemilik blog munafik serangkai ini.. Kau Ya Allah Penolong Kami Yang Lemah ini..
Sejahtera ke negara sekarang? Siapa Yg berkata kata dan mempunyai perancangan jahat? Pemimpim dahulu atau sekarang? Jawab dgn jujur dgn nama Allah
ReplyDeleteJujur dengan nama Allah negara ini sejahtera bagi hamba2 NYA yang suci jiwa, iman yang benar pada yang Esa. Negara ini ibarat 'neraka'bagi para munafiqun, kuffar harbi dan pewaris2 dajjal yg makan minum mereka fitnah dan hasutan jahat.
DeleteJujur dengan nama Allah negara ini sejahtera kerana 24 jam masjid surau terbuka untuk kita hidupkan Agama, pemimpin yg ada tida sekat malah menyokong kuat kita berbuat kerja Islam.
Jujur dengan nama Allah Yang Maha Esa, negara ini Rahmat dan sejahtera buat si miskin dari Indonesia, Rohingya, Bangladesh, Nepal, India, etc bg mencari rezki Allah..
Wahsi pendusta 10.33am.. jawab jujur dengan nama Allah kamu boleh nafikan sekarang? Cakap bersumpah atas nama Allah sengsara apa yg kamu sedang bohong pd semua???
Tidak ada salahnya berbeza fahaman politik atau tidak menyokong UMNO.
DeleteTidak juga ada salahnya menyokong kerajaan dan kepimpinan sekarang.
Anon 9:53, hang kalut sangat kenapa?
Sejahtera je aku rasa, kecuali jiwa kacau manusia seperti kau yg tak reti bersyukur.
Deletekalau sejahtera, ayat pendek, rengkas cukup..
Deletetak perlu merapu panjang berjela.
Hari 'itu' akan datang jua...
DeleteSingsinglah lengan kalian.
Demi agamamu dan maruahmu...
Tanamkan di jiwamu semangat pejuang, bukan petualang.
Ajaklah anak pinak kamu sekelian bersamamu, jangan takut dan gentar.
Demi sebuah perjuangan & pembersihan dari tangan-tangan yang kotor.
Apakah hari yang demikian itu?
Maka hari semalam dan hari ini serta hari-hari mendatang, adalah ramuan pahit untuk umah ini telan (sehingga datang 'hari' itu). Bersabarlah. Allah semolek-molek perhitunganNya.
Berbeza politik hak masing2
DeleteTp mengatur gerakan jahat fitnah hasutan supaya berlaku kerosakan politik negara itu jahat namanya.
Jika rakyat rasa sejahtera kenapa nk sakit hati mengamuk sehari 3 ,4 kali posting mcm org sakit mental?
Suka hatilah org yg rasa sejahtera nk luah kesyukuran apahal puak makan dedak expired nkmmarah sgt?
Puak yg taksejahtera meroyan tulis meroyan panjang2 boleh pulak? Ini apa? Susah berhujah dgn pesakit mental separa waras.. nmpk mcm ok tp sbnrnya sakit.
Sejahtera Malaysia, selamatkan Malaysia dari fitnah. Kekalkan DS Najib sebagai PM. Hidup UMNO BN,
Kluang Mum oh Kluang Mum
ReplyDeleteYang beriman tidak bimbang tidak berdukacita
ReplyDeleteAl-Baqarah:277 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.