Sunday, February 7, 2016

Anuar Musa Harapan Baru...

Status:Penyewa


Perlantikan Anuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO dilihat tepat dan signifikan.

Ada aura perubahan dan sedikit harapan jika pandai jaga mulut dan bahasa badan. Ketua Penerangan parti bukan Ketua Penerangan Peribadi Presiden.

Walau dilantik oleh Presiden seharusnya ia bukan Ketua Pecacai yang melindung dan menepis segala bentuk kritikan ke atas Presiden terutama kritikan hal hal peribadi.

Presiden mempunyai mulut dan seharusnya menjawab sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung.

Langkah seterusnya berganding dengan Timbalan Presiden untuk mantapkan parti yang sudah koyak integritinya.

Sudahkah Anuar Musa mengadap Timbalan Presiden untuk berganding bahu !

Muhyiddin jangan dilihat musuh UMNO.

Saturday, February 6, 2016

DERMA DATANGNYA DARI ANAK SETAN.

Status: Penyewa

KEDAH PENGELUAQ DEDAK NUMBER ONE

Status: Penyewa

Mokata nak habaq kat hampa, Kedah bukan sahaja pengeluaq padi terbesaq tapi tak lama lagi, dah koi koi jadi pengeluaq dan pengedaq tunggal dedak yang sedang demand dalam pasaran, toke dia dok putrajaya.

Mat Bechah telah mengujudkan peluang pekerjaan dan perusahaan sekam dedak yang sangat luas walau belum seminggu jadi Menteri Besaq pada Ketua Ketua UMNO Bahagian Kedah.

Menteri Besaq di hati rakyat Kedah masih Mukhriz.

Monday, February 1, 2016

ON THE MOVE









Krisis politik UMNO Kedah, Muhyiddin menikus...

Krisis MB Kedah sama dengan krisis MB Selangor - krisis politik dan tidak sangat kena mengena dengan krisis pengurusan

Ertinya pengurusan kerajaan dengan rakyat berjalan lancar.

Ia lebih berkisar kepada suasana tak puas hati sesama mereka dan di gerakan oleh dalang.

Di mana peranan Timbalan Presiden dan Shafie Apdal sebagai Naib Presiden, di mana suara mereka dalam krisis politik UMNO Kedah.

Apakah mereka menyokong !
Apakah sekadar menjaga tembolok masing-masing !
Atau ada file besar di Putrajaya !

SIAPA YANG AKAN JOIN MAHATHIR MAKAN LIMAU...

Raya cina dah dekat, tak macam dulu, tak perlu tunggu kawan atau jiran cina bagi limau, sekarang orang melayu lebih awal dari cina beli limau ....

Mahathir mungkin sudah menyambut saranan supaya jaga cucu atau pi masjid. ..elok sangat tu.

Sekarang ni tak perlu banyak cakap, dah lebih dari cukup..elok Tun lebih memerhati, kebenaran satu demi satu mula muncul.
Tun tak perlu risau sangat pada negara samada akan lingkup atau terlungkup sebab yang patut bersuara dan berjuang telah memilih untuk diam dan ikut.

Usia emas sebegini elok Tun tidor awal dengan aman walaupun mungkin ada sesetengah orang sudah lama tidak dapat tidor nyenyak, resah dan bimbang.

Tak lama lagi Mukhrij akan join Tun makan limau sambil tengok naga menari dan pada masa yang sama ada orang sedang bersilat dalam dan luar negeri sedang memburu dan menghantui.

Sudah tentu Tun tidak terfikir, Tuhan pun depa nak tipu.. NFA !









Nak Pecat Mukhriz Pun Terkemut Kemut...

Aku pun pelik dengan UMNO ni, apalagi yang nak ditunggunya, pecat je lah Mukhriz tu..

Hakikat yang sudah tidak boleh disembunyikan, memang itu tujuan asal desakan ahmad bashah and the gang dengan restu Pusat. Tak perlulah nak selindung, nak malu-malu ..

Simpan Mukhriz dalam UMNO sangat bahaya...

Mukhriz dipecat pun, bukan siapa nak ikut, dia bukan ada pengaruhpun, bukan ada siapapun yang nak pengsan.. Mukhriz sendiripun sudah tahu risiko dipecat jika tidak letak jawatan...

Mukhriz tidak boleh salahkan parti, salahkan Najib...kalau salah pun , salah bapanya kritik Najib...yang salah Mukhriz, sebab senada bapanya...

Jadi, tunggu apa lagi.

6ANGKA