Wednesday, May 11, 2016

APA BENARKAH INI... ARAHAN SIAPA (?) DARI ORANG SAMA (?) BERTUGAS TETAPI BERPOLITIK (?)

JEMAAH MENTERI HARUS MEMINTA MAAF KEPADA KERABAT DIRAJA JOHOR DARUL TAKZIM

1. Amat mengejutkan apabila saya terbaca kenyataan dari DYAM TMJ baru-baru ini tentang pantauan/"Special file"/"Wiretapping" Special Branch ke atas baginda dan baginda Sultan.

2. Bagi saya perkara ini sangat keji dan memalukan. Pantauan dari special branch sepatutnya hanya dibuat kepada mereka yang merbahaya dan dianggap sebagai ancaman. Adakah TMJ dan Sultan satu ancaman kepada keselamatan dan keharmonian negara?
Most pertinently, who gave out the order for this despicable act to be carried out?

2. As a Johorean,  saya tak dapat mengelak dari perasaan marah apabila kerabat diraja yang telah banyak membantu dalam membangunkan negeri tercinta kami diperlakukan sedemikian rupa. Malahan TMJ dan baginda Sultan merupakan antara pemimpin yg paling berkaliber dan berjiwa rakyat! Mereka membela nasib rakyat dan sentiasa memperjuangkan suara rakyat menentang ketidakadilan yg sedang berlaku. Namun sebagai balasan, mereka dipantau seperti penjenayah!
Some of our elected officials should be ashamed of themselves. When the unelected speak for the rakyat while the elected don't, you know there's a clear error in the system.

3. Saya sedar bahawa kedudukan saya amat rendah sekiranya ingin dibandingkan dgn DYAM TMJ, tetapi saya juga turut faham perasaan apabila dipantau sebegitu rupa. Semenjak saya mula bersuara, saya tlh dipanggil berjumpa SB hampir setiap minggu. Bila HP dicuri dengar dan pergerakan diekori, ini semua merupakan satu pelanggaran privasi!
I wonder what triggered this sudden breach of Privacy.
Is it because the Johor Royalty has been vocal of the administration's wrongdoings? Especially in the case of 1MDB.

4.  DYAM TMJ, patik sudah berjumpa dgn beberapa org ahli SB sendiri and they are exceptionally nice & professional people. Patik pasti Special Branch tidak akan bertindak sedemikian rupa sekiranya mereka tidak memiliki apa apa arahan dari pihak atasan.
The question is, Who gave the order?

5. Ramai yg mungkin akan berkata yg saya masih mentah dan belum kenal selok belok pemerintahan dgn betul. Tetapi apa yg terang dan pasti, sekiranya kabinet atau mereka yg berkuasa mempunyai masa dan sumber yang banyak, Janganlah gunakan untuk mengekori dan memantau rakyat biasa seperti saya dan pemerintah negeri yg sudah terang lg bersuluh tidak mungkin akan membawa nahas kepada negara.

6. Mungkin sudah tiba masa pentadbiran negara dijalankan degan lebih baik dan masalah-masalah yg sedang dihadapi rakyat diselesaikan secepat mungkin. Jgn terlalu taksub ingin terus berkuasa sampai rasa hormat pada pemimpin diraja pun hilang.

7. I therefore, strongly urge for-

a) Identify and hold the culprit who gave the order to "spy" on the Johor Royalty accountable.

b) An Apology by the members of the cabinet to the Johor Royalty.

Kalau mahu rakyat berhenti menentang,
Kepimpinan negara perlu lebih matang.

-Syed Saddiq-
A proud Johorean


Assalamualaikum WBKT & Salam Sejahtera.

Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan dijemput ke Program

✨✳ Bicara Tokoh ✳✨
"BERANI KERANA BENAR"

Tarikh : 16 Mei 2016 - Isnin
Masa : 8:00 Malam
Tempat : Grand Ballroom, Aras 2, Hotel The Katerina, Batu Pahat, Johor
GPS : *102.93589 , 1.85362*

Panel Penceramah :-

✨Tan Sri Muhyiddin Yasin -
Timbalan Presiden UMNO

✨Datuk Abdul Kadir Jasin -
Tokoh Wartawan Negara

✨Syed Sadiq Syed Abdul Rahman - Juara Debat Asia

✨Hj.Solihan Badri - Naib Presiden GKCM Pusat merangkal Pengerusi GKCM Johor

#BicaraTokoh
#DeklarasiRakyat
#BeraniKeranaBenar

πŸ™πŸ™πŸ™πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’VIRALKAN❤❤❤

Monday, May 9, 2016

UCAPAN TAKZIAH MALAYSIA TODAY

MALAYSIA TODAY IS THALATHA

Sangat bersimpati dan turut sedih kepada rakan dan sahabat handai yang kecewa kerana boss mereka masih belum saman walaupun dah janji.


Sunday, May 8, 2016

JAMAL IKAN BAKAR DAPAT SOKONGAN JIKA DICALONKAN...

Sebelum apa-apa aku cadangkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar elok ditiadakan kerana ia sekadar menyusahkan rakyat. Pejabat MP yang sedia ada boleh uruskan apa sahaja masalah rakyat.
Image result for pak tongkol
TIDAK SESUAI DI ADAKAN PADA RAMADHAN DAN PADA KETIKA MOOD RAKYAT UNTUK BERHARI RAYA.

Zahid Hamidi boleh jadi Bapa Angkat Kuala Kangsar dan Noh Omar jadi bapa angkat di Sungai Besar...

KAN ITU LEBIH SELAMAT.

Tapi ada pula yang sokong Jamal dan ali tinju jadi calon...adoiiii



roslan othman8 May 2016 at 17:26

dI sarawak terutama dikawasan luar bandar nampak senario begitu ,tapi ada faktor lain yang buat BN menang besar.terutama kawasan cina yang melibatkan faktor pendidikan cina dimana Adnan telah memberi pengiktirafan sijil sekolah cina sama dengan sijil SPM dan STPM ini buat orang cina terpengaruh .

Selain itu isu murtad dimana sesiapa yang ingin murtad balik keagama asal tiada halangan boleh tukar status dengan mudah contoh kes rooney dengan PPN ini diluluskan oleh Najib sendiri dan disokong oleh gereja jadi orang Dayak kristian memberi sambutan . 

selain itu Adnan sendiri membuat beberapa perubahan pentadbiran terutama dalam cegah rasuah melibat kroni dan keluarga dan berjanji mendapat lebih autonami bagi sarawak dan berkara ini najib akan tunai untuk panjang hayat politiknya ini juga mempegaruhi orang sarawak selain itu biasa la hampir RM 300 juta lebih ditabur dikawasan luar bandar untuk raih undi.

Kemudian orang sarawak memang dah mindset tak terima parti diluar sarawak , terutama kawasan luar bandar dan yang banyak kerusi ditanding ,

SPR juga membantu BN dengan kawasan baru yang diujudkan dibawah penilian semula pada tahun lepas dan sebelumnya terutama di luar bandar lebih kepada BN . 

Malangnya SPR langsung tak umum peratus keluar undi kelmarin sebenar hanya sekitar 57% sahaja nampak banyak yang boikot mengundi.selain itu maslah dengan pembangkang yang pemimpin tempatan tiada keliber terutama PKR serta pertindihan kawasan bertanding antara DAP dan PKR semua menyebabkan BN menang .

Tapi kita tunggu PRU 14 dimana sekiranya apa yang dijanji Najib seperti autonomi dan lain tidak berlaku segera termasuk kebebasan untuk murtad untuk balik keagama asal didapati dengan mudah mungkin kali ini rakyat Sarawak tiada segan silu untuk mengundi parti lain kerana suasana berbeza PRU 14 peringkat parlimen bukan lagi isu isu sarawak dan kali ini kurang berkait dengan hal ehwal sarawak .

Jadi Najib kalau nak buktikan rakyat masih menyokong beliau segera la diadakan PRK Sg besar dan Kuala kangsar jangan berlengah lengah sehingga PRU ini tidak diadakan kerana masalah teknikal tarikh yang terliwat dan melepasi 3 tahun, 

Rakyat akan bertambah marah sekiranya najib dan kuncu kuncu cuba mengelak dari PRK ini diadakan malah lebih baik najib untuk mengukur diri beliau dan menteri menteri yang bersama beriman dengannya kerana mengukur PRN sarawak tidak tepat dan tak relevan disebabkan hal hal yang diutarakan diatas malah seperti  kata blog Shahbudin sebutkan kejayaan sarawak lebih kepada Adnan bukan najib dan kuncu kuncunya.

Berkenaan pengundi macam lembu kambing bila diberi dedak semua akan beri undi ,

Sekiranya ini terus berlaku di PRU 14 dengan najib masih PM atau penganti pun dari pemimpin umno yang lemah dan masalah maka malapetaka la jawapnya kerana Allah swt dah tonjolkan bermacam macam skandal dan isu sah dan jelas dengan gelagat najib yang jahat semata mata untuk menutup skandalnya yang menjelaskan najib seorang tak berAMANAH kemudian rakyat masih memberi sokongan bermakna rakyat telah membenarkan mungkar penyelwengan berlaku dan rakyat pula membenarkan penyelewengan ini ditanggung oleh generasi akan datang yang akhirnya negara akan melahirkan sebuah negara yang dipanggil "THE PARIAH STATE". 

Saya sokong di Sg Besar najib calonkan Jamal Ikan bakar atau ali Tinju dan di kuala kangsar dicalonkan..... baru namapak popularitinya dan peminat yang ramai maklumlah selibriti abad ini.

CINA PENANG PUN MAI MAU DENGAQ MAHATHIR

iNI AKU TERJUMPA DALAM SATU BLOG...COPY PASTE UNTUK HIBURKAN HATI PUAK PENDEDAK YANG DOK MAI LAWAT BLOG AKU, SESEKALI KENA BAGI MUKA JUGA KAT DEPA...

AKU TAK NAK KOMEN PANJANG, TAPI BAGI AKU KALAU CINA PUN MAU MAI DENGAQ, AWAT YANG MELAYU BESAQ KEPALA, MAI DENGAQ, LOGIK AMBIK, TAK LOGIK TOLAK..

UNTUK SEORANG 91 TAHUN BERUCAP, TANPA OUTRIDER, TANPA DUIT SAKU, TSHIRT DAN ANGPOW...DEPA MAU DENGAQ JUGA, KENA RESPECT !!!

UNTUK HIBURAN, AKU BOH GAMBAQ NI...


#RespectMyPM




JAMAL MOHD YUNUS KALAU TAK DICALONKAN OLEH UMNO UNTUK MP SUNGAI BESAR AKU RASA SATU DUNIA AKAN RASA KERUGIAN...
BELUM APA APA DAH PANDAI BAGI BRIM BURGER PERCUMA !!!

JOM PI MAKAN RAMAI RAMAI PADA 14/5/16 - MAKAN SEBIJI KENYANG SETAHUN......





BUKAN SENANG NAK MENANG, MAHATHIR PUN TAK SANGGUP DAN SEGIGIH PM TERCINTA...

MAY 8, 2016


15Cina DAP Tidak Hairan Dengan Kehadiran Tun Dr Mahathir Ke Penang

Mereka hanya mempergunakan Mantan Perdana Menteri untuk keuntungan politik mereka. Mereka tidak berminat dengan cita-cita Tun Dr Mahathir sama ada melalui agenda Selamatkan Malaysia atau Selamatkan Zimbabwe. Mereka telah diasuh untuk membenci Tun Dr Mahathir sekian lama.

Buktinya, walaupun forum Selamatkan Malaysia diadakan di Straits Quay, Pulau Pinang dengan menggunakan fasiliti Kerajaan Negeri, sambutan yang diberikan oleh Cina-Cina DAP Pulau Pinang ternyata hambar. Kehadiran Ketua Menteri yang tinggal di banglo tanpa kolam renang, Lim Guan Eng dan Zairil Khir Johari masih juga gagal untuk menarik penonton.





Sementara itu malam ini di lokasi yang berlainan di Kepala Batas, Pulau Pinang, kerusi yang tersusun lebih banyak dari penonton yang hadir. Apalah nasib Tun Dr Mahathir. Fanpage berjuta-juta. Pro Tun gagal untuk menzahirkan kedatangan penonton ke sini.







Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/05/cina-dap-tidak-hairan-dengan-kehadiran.html#JijWuAfkVo8wipkA.99













Saturday, May 7, 2016

FAKTOR KEMENANGAN BN SAPU BERSIH PRN SARAWAK



AKU KIRA LOGIK, PEMIMPIN POLITIK MAMPU LAKUKAN APA SAHAJA DEMI RAKYAT DAN SURVIVAL DIRINYA...

"Sarawak for Sarawakians...  (??????)




Kemenangan PRN Sarawak kredit kepada Adenan Satem kerana bagi Najib, dia terpaksa lalui satu lagi PRK yang lebih menguji dan mencabar.
Jika ini dapat di atasi dan dilalui secara jayanya, peluang UMNO di PRU lebih cerah...


Berlaku kekosongan kerusi MP di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak. Di Pilihanraya Umum lalu,Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calun PAS  hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru di Kuala Kangsar.


Satu bonus, jika PAS tidak meletakan calon.

SULTAN JOHOR BERTITAH...

Kembalikan kuasa Agong, Raja untuk perkenan RUU - Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU 7 Mei - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail berangkat pulang selepas merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa hari ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamad Aziz; Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim. - fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU 7 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Di era Mahathir, pindaan dibuat ketika didapati institusi keSultanan dan Raja mengatasi undang-undang, sesuai pada masa dan ketika itu.
Saranan Sultan Johor juga sangat sesuai pada masa dan ketika ini apabila pemimpin politik menyalahgunakan undang-undang dan lebih melampau dari Sultan dan Raja.
Kedua dua situasi menunjukkan bukan "salah perelembagaan" dan "bukan salah ibu mengandung" tetapi lebih kepada ditujukan kepada individu yang berkaitan pada ketika itu (?)
Saranan Sultan Johor sangat berketepatan supaya ia lebih adil kepada semua - rakyat, sultan dan pemimpin politik (parlimen)

#SAOLAN CEPUMAS YANG BARU DITERIMA PAGI INI DARI BEKAS NAIB KETUA BAHAGIAN:
APAKAH KEMENANGAN BN PRN SARAWAK SUDAH BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA 1MDB...
AKU BELUM BALAS WASSAP TERSEBUT.

PRN SARAWAK, BN SAPU BERSIH

TAHNIAH...Azmin Ali Dihalau

Alangkah manisnya kemenangan itu jika tiada sekatan dikenakan kepada mereka yang ingin masuk Sarawak.

Nyata kempen mereka sebelum ini pun tidak berkesan.

Adnan Satem harus lebih matang.
Nyata kemenangan ini tidak terpengaruh dengan Pusat dan personaliti dan integriti Adenan lebih diambilkira.

Dari Pusat yang turun sebok kempen sekadar nak tumpang tui, tumpang glamour, tiada kaitan langsung mereka mempengaruhi undian rakyat Sarawak.

Fly kite, pemakan dedak, main longkang jangan tunjuk bodoh meraikan kemenangan ini kerana tidak ada kena mengena.
( putrajaya banjir, ini yang kena fikir lebih)




DAN

KEMBALI KEPADA

Isu 1MDB belum terjawab sepenuhnya, lebih baik tumpu dan belajar dengan fakta bagaimana untuk menjawabnya.

Jangan bimbang, Deklarasi Rakyat juga tidak akan berjaya, tidak perlu tindakan drastik dan emosi ke atas Tun.

Tak perlu maki hamun, belajar terima pandangan orang lain.




Jangan cakap abang tak payung !!!

Image result for nazeri disokong jadi PM


Aku turut sokong !!!

Zahid Hamidi harus belajar sesuatu dari Adenan Satem jika mahu mewarisi kerusi PM, bagaimana dia sangat cool di belakang Taib Mahmud tetapi apabila diberi peluang sebagai KM menunjukkan kehebatan di luar jangkaan.

Zahid harus kurangkan penonjolan jika tidak mahu dicantas lebih awal !!!


6ANGKA