Saturday, May 7, 2016

PRN SARAWAK, BN SAPU BERSIH

TAHNIAH...Azmin Ali Dihalau

Alangkah manisnya kemenangan itu jika tiada sekatan dikenakan kepada mereka yang ingin masuk Sarawak.

Nyata kempen mereka sebelum ini pun tidak berkesan.

Adnan Satem harus lebih matang.
Nyata kemenangan ini tidak terpengaruh dengan Pusat dan personaliti dan integriti Adenan lebih diambilkira.

Dari Pusat yang turun sebok kempen sekadar nak tumpang tui, tumpang glamour, tiada kaitan langsung mereka mempengaruhi undian rakyat Sarawak.

Fly kite, pemakan dedak, main longkang jangan tunjuk bodoh meraikan kemenangan ini kerana tidak ada kena mengena.
( putrajaya banjir, ini yang kena fikir lebih)




DAN

KEMBALI KEPADA

Isu 1MDB belum terjawab sepenuhnya, lebih baik tumpu dan belajar dengan fakta bagaimana untuk menjawabnya.

Jangan bimbang, Deklarasi Rakyat juga tidak akan berjaya, tidak perlu tindakan drastik dan emosi ke atas Tun.

Tak perlu maki hamun, belajar terima pandangan orang lain.




Jangan cakap abang tak payung !!!

Image result for nazeri disokong jadi PM


Aku turut sokong !!!

Zahid Hamidi harus belajar sesuatu dari Adenan Satem jika mahu mewarisi kerusi PM, bagaimana dia sangat cool di belakang Taib Mahmud tetapi apabila diberi peluang sebagai KM menunjukkan kehebatan di luar jangkaan.

Zahid harus kurangkan penonjolan jika tidak mahu dicantas lebih awal !!!


6 comments:

  1. Lancho lu lah Kluang Man. ..belajarlah menerima kemenangan orang lain..ni ngomel ngomelan macham mak nenek pehal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemenangan siapa, Mamat? Kemenagan Adenan Satem sudah tentu le semua orang akui sebab nyata dia popular. Jangan plak Najib nak ngendeng kemenang tuh. BN menang di Sarawak bukan sebab Naib pun.

      Psst, ko orang tua, ye? Eja cara lama lagi - macham?

      Delete
    2. Memang aku orang tua 6 series dah. Jenggot Puteh..jangan kutuk orang lama...Chara lama tu masih terpakai...seluruh dunia eja negara China as China bukan Cina...Dewan Bahasa dan Pustaka yang bongok, ketinggalan zaman dan tak sejajar dengan praktis dunia masa kini..memualkan..

      Delete
  2. BN kasi KO kpd DAP, PKR dll sebab pembangkang bergaduh antara depa dan tonggang langgang - btw, depa ada pakatan lagi ke sekarang? Kalau ada, apa nama? Paling menghiris hati PKR lawan DAP di 6 kawasan tuh, memudahkan BN menang di situ.

    Jugak sebab Ketua Menteri Adenan Satem amat popular. Bukan kerana Najib sikit pun. Najib tak boleh tuntut kemenangan BN di Sarawak menandakan pengundi ok dengan dia. Berita mengatakan kempen BN di PRN Sarawak takda langsung mengeluarkan gambar Najib di sepandok2, dsb nya.

    Bagi PRU14, tetap perlu Najib di gantikan dek UMNO. isu isu berkenaan GST, 1MDB, RM2.6 billion / RM4.2 bilion dalam ekaun2 bank dia tak boleh lari punya. Kalau Najib tak di gantikan, akan lingkup UMNO/BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pulak Najib claim kredit? Usah fitnah lah Mamat ooi. .dalam uchapan dia dia puji jasa dan usaha Adnan..nak apa lagi..nak Najib kata saya tak buat apa2 pon dalam kempen ini? Tak bahalol pasti tongong la lu ni..

      Delete
  3. Najib memang tak claim credit sbb dia bisu...akibat penyakit 1MdB. Tapi pencacai dan pemakan dedak kuat spin yg claim.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...