Saturday, May 7, 2016

SULTAN JOHOR BERTITAH...

Kembalikan kuasa Agong, Raja untuk perkenan RUU - Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU 7 Mei - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail berangkat pulang selepas merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa hari ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamad Aziz; Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim. - fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU 7 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Di era Mahathir, pindaan dibuat ketika didapati institusi keSultanan dan Raja mengatasi undang-undang, sesuai pada masa dan ketika itu.
Saranan Sultan Johor juga sangat sesuai pada masa dan ketika ini apabila pemimpin politik menyalahgunakan undang-undang dan lebih melampau dari Sultan dan Raja.
Kedua dua situasi menunjukkan bukan "salah perelembagaan" dan "bukan salah ibu mengandung" tetapi lebih kepada ditujukan kepada individu yang berkaitan pada ketika itu (?)
Saranan Sultan Johor sangat berketepatan supaya ia lebih adil kepada semua - rakyat, sultan dan pemimpin politik (parlimen)

#SAOLAN CEPUMAS YANG BARU DITERIMA PAGI INI DARI BEKAS NAIB KETUA BAHAGIAN:
APAKAH KEMENANGAN BN PRN SARAWAK SUDAH BOLEH MENGHAPUSKAN DOSA 1MDB...
AKU BELUM BALAS WASSAP TERSEBUT.

23 comments:

  1. Negara ini perlu meneruskan konsep Raja BerPerlembagaan.

    ReplyDelete
  2. Bila Sultan adil ok lah...pinda lah..esok kalau sultan tak adil pinda balik ..tak masaalah. .perlembagaan bukan al-quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, pada kau Perlembagaan boleh jadi bola sepak? Kau tak ada otak?

      Itu undang undang tertinggi negara. Takda Perlembagaan, nak ikut the laws of the jungle? Kau nak perkecilkan Perlembagaan hingga boleh di pinda pindu?

      Kau tak tahu ada Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan itu berkenaan Ketuanan Melayu, Hak Istimewa Melayu yang di lindungi dek Akta Hasutan? Tak boleh di bincang pun sebab boleh di anggap menghasut.

      Delete
    2. Pehal pulak ko kaitkan perlembagaan tu bola sepak pulak chai ooi...Perlembagaan walau pun ianya undang2 tertinggi namun sifat hakikinya adalah ALAT to govern smooth running of the Nation..omputeh kata TOOL..kalau dah sifatnya ALAT maka ianya bukan Statik atau Jumud..Tuanku Sultan Johor nampak perkara ini..aku pon nampak sebab tok nek aku Melayu ada yg jadi Sultan dulu dulu la..la ni dak la..Apabila Perlembagaan itu bersifat Alat maka ianya boleh dipinda bersesuaian dengan sesuatu keadaan itu demi maslahat umum..contoh mudah..ko beli basikal yang takda gear masa ko pokai..bila ko senang ada duit tuhan bagi lebih ko upgrade Le buboh gear untok keselesaan ko kan..begitu mudah pon ko tak faham..susah Le. .Cher buka minda sikit macham Tuanku Sultan Johor tu kan ke lapang dada..usahlah ko jadi bodoh bertingkat2 pulak..kesian Le pada mak ko..he he he

      Delete
    3. Wahai Mat Tonjol 8:30:00 PM,

      "tok nek aku Melayu ada yg jadi Sultan dulu dulu la..la ni dak la.."

      Sultan di mana? Di Pulau Jerjak?

      Apasal dah tak lagi? Sebab selalu tukar Perlembagaan?

      Delete
  3. Buat collective decision tapi bukannya satu orang banyak jawatan eg PM, Menteri Kewangan, etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat collective decision... Yg ini aku setuju. Hanya Majlis Raja2 yg boleh ambil tindakan utk bubarkan Parlimen jika dapat permintaan dari majoriti rakyat.

      Tapi utk ketahui majoriti rakyat itu, jalankan REFERENDUM. Majlis Raja2 boleh minta SPR laksanakannya.

      Selepas referendum buktikan MAJORITI rakyat mahu parlimen dibubarkan, barulah DYMM Agong dgn persetujuan Majlis Raja2 bubarkan Parlimen utk proses PILIHANRAYA. Majlis Raja2 perlu perkenan kehendak majoriti rakyat, bukan majoriti raja2, atau kuasa parti pemerintah. Dalam situasi sebegini Perdana Menteri Sementara haruslah dilantik dari kalangan ahli parlimen bukan parti pemerintah.

      Delete
    2. PM dari DAP sesuai ke Qabut Kelam?

      Delete
    3. TIDAK SEKALI-KALI. OVER MY DEAD BODY. Heh heh heh... Walaupun aku orang dap, tapi tak pernah undi Democratic Action Party kepunyaan dinasti Lim nih...

      Delete
  4. 1MDB bukanlah satu dosa pun. Tapi lebih kepada strategi perniagaan yang berorientasikan hutang yang jika berjaya sepenuhnya akan amat dicemburui oleh kawan dan lawan. Dan yang paling penting jika berjaya akan menjadikan keuntungan yang terhasil akan jadi milik kerajaan sepenuhnya dan bukan milik mana2 kroni atau taikun tertentu seperti yang telah dianugerahkan oleh PM yang terdahulu. Apabila persepsi yang dimainkan secara berulang-ulang secara konsisten akhirnya menyebabkan keuntungan yang sepatutnya akan dihasilkan pada jangka masa panjang terpaksa ditukar kepada misi membayar hutang untuk jangka masa pendek dengan menjual pelaburan yang sedia ada yang secara langsung menghapuskan jangkaan keuntungan ysng sepatutnya diterima untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setaip pemerintah , persatuan apapun melebihi 3 org pasti ada kroni

      Persaolan sekarang onemdb- beban kerugian-jgn cerita UNTUNG now rugi

      untung Apa Ada problem RUGI AND UTANG jadi problem

      Delete
    2. Siapa cakap bukan satu dosa? Panggil 1MDB sebagai Sovereign Wealth Fund tapi masuk duit gomen ha nya RM1 juta, yang lain pinjam, macam Tun Dr mahathir kata. mana soverign wealth akalu duit pinjam? Sekarang dah terhutang RM50 bilion.

      Takda duit, kenakan GST. Dah membebankan rakyat. Apa takda doa nya macam tuh?

      Mana keuntungan 1MDB? Hutang RM50 bilion, aset lk RM50 bilion juga. Kalau suruh Mat Jendul aje pun jual tanah 500 ekar bekas Lapangan terbang Sg besi tuh kelulusan pembangunan, Mat tuh boleh untung berpuluh bilion.

      Delete
    3. Halal ke cara urus niaga 1MdB kalau dikatanya bukan satu dosa. Apa productnya? Mana productnya? Jual beli apa? Ada sesiapa boleh bagitahu? Yg paling nampak "rompak" tanah rakyat dengan beli murah dan sebahagiannya jual balik kat rakyat (tabung haji) dengan harga teramat mahal dengan "overnight" deal.

      Sekarang rakyat terpaksa menanggung hutang yg teramat banyak.

      Delete
    4. 1MDB sebuah Perniagaan utk Jual Aset Negara dan Duit drp hasil Jualan jadi DERMA utk PM anak beranak Berjoli Sakan..
      Untung hanya utk PM & The Gang shj..Negara & Rakyat hanya dapat HUTANG keliling pinggangggg...
      Ini bukan MENIAGA Tapi MENIPU Secara Terang,Jelas & NYATA..

      Delete
  5. Maaf...............saya tak setuju.
    Ada udang disebalik mee.
    Dia bukan berjiwa rakyat sangat.
    Tanya penduduk di sekitar Selat Teberau yang bakal
    jadi Forest City untuk orang-orang kaya, terutama
    nelayan yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang
    makan petang di Sg.Melayu, mana mereka sekarang....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul. Sokong sokong sokong apa Cik Minah cakap.

      Bila hampir 60% penduduk Melayu di negara ini nak boleh kurangkan jurang ekonomi depa dengan 23% penduduk Cina? Jibbor ada pernah kira ke? Mengapa ketepikan DEB? Mengapa kasi biasiswa kpd kaum Cina yang dah terkaya di negara ini berpuluh tahun, ada beratus jutawan Cina yang kasi derma hingga UTAR tolak RM30 juta derma dari seorang jurutera jutawan Cina sabelom PRU13?

      Dasar dasar Najib mengarut. Gantikan Najib awal sebelom PRU14. Kalau tak, lingkup UMNO dan hak serta kepentingan Melayu.

      Delete
    2. Kita usah dengki dengan orang kaya Chik Minah. .baik sultan ke, kerabat ke, PM ke, Menteri ke, pegawai Kanan Kerajaan ke, CEO glc dan sharikat ke, ulama ke, ustaz dan ustazah ke, rakyat marhaen sampai tukang sapu sampah tepi jalan ke bila masok liang esok semua sama..baik amalan Selamat Le. .tak baik amalan kena besit Le dlm kuboq...kita doakan yg kaya tu usah lah berlagak dan lupa..itu saja .

      Delete
    3. Anon 8.46......bukan dengki dengan orang kaya.
      Cuma memikirkan apa nasib kerajaan BN di masa
      depan bila Johor Baharu ends jadi DUBAI. Forest
      city penuh dengna orang kaya dari Singapura, Korea,
      Jepun, PRC. Orang Melayu di[pindahkan jauh ke kawasan
      yang belum membangun. Bila pilihanraya, bartulah
      cari mereka.
      Apakah mereka hanya diperlukan untuk mengundi BN...???

      Delete
  6. "Saranan Sultan Johor juga sangat sesuai pada masa dan ketika ini apabila pemimpin politik menyalahgunakan undang-undang dan lebih melampau dari Sultan dan Raja."

    Pencacai Najib juga yang cakap Tun melucutkan kuasa Raja Dan sultan.

    Nah sekarang pencacai sekalian, sokong le titah tuanku sultan?

    ReplyDelete
  7. anon 9:12, apabila kamu sokong dan bertuhankan manusia, kamu mempunyai fikiran yang sangat jijik, jadi pontianak mengamuk bila nama individu disenntuh.

    Bagi yang rasional, kita sokong kebenaran.
    Mahathir adcalah betul dan benar dan pada masa itu.
    Sultan Johor juga betul dan benar dalam keadaan sekarang.
    Kita berharap Najib sambut saranan Sultan Johor untuk membetulkan keadaan (bukan tujuan untuk menyalahkan mahathir.
    Jika Najib lakukan, kita sokong kerana dia lakukan sesuatu yang betul dan benar dalam keadaan sekarang.

    Saolannya, apakah Najib akan ikut saranan tersebut (?)
    Sudah tentu sebelum keputusan dibuat ianya harus diperbincangkan secara lebih akademik.

    Janganlah pula keputusan nanti hanya bersandarkan kepada keputusan AG Pandi atau PAC Hassan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu teruskan sistem Raja BerPerlembagaan. Macam di Britain. Pahal pun, sistem di negara ini telah di adakan dek Bretes kolonial dulu secara runding dgn Raja Raja Melayu dan politikus Melayu di masa itu.

      Delete
  8. kd, selit sikit prn sarawak dimana bn menang besar dan dap hilang hampir separuh kerusi. faktor undang2 zalim yg ko sebut2 sebelum ini rupanya tak memberi kesan negatif malah rakyat sarawak majoriti sukakannya. sampai cina2 sarawak dh twist undi kepada bn. tak nak ulas sikit ke, asyik cari idea lari isu je. titah sultan johor tu minggu depan boleh ulas apa....haha

    #good job sarawakians

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ulas terus titah tu betui ke boleh kena tulah? He he he

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...