Kena cara, kena gaya, hasil muafakat DAP mungkin akan sokong calon PAS melalui Pakatan Harapan - begitulah lebih kurang bunyinya.
Ertinya UMNO akan berdepan dengan PAS, satu lawan satu di KK dan SB dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen.
Apakah PAS akan tolak tawaran tersebut.
# Ada juga sindir Mukhriz bertanding sebagai calon Pakatan.
1) Aku cadangkan supaya UMNO pecat Mukhriz terlebih dahulu.
2) Jika Mukhriz menang, ia akan jadi favourate calon PM, tidak kah itu backfire bigboss (?)
# ANALISA PRK SG BESAR
PRU 12 (2008)
Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Dato Noriah Kasnon menang dengan majoriti 5,009 undi
Dr Mohamad Khir di DUN Sungai Panjang menang dengan majoriti 5,828 undi.
Ng Sue Lim (DAP) menang dengan majoriti 190 di DUN Sekinchan.
PRU13 (2013)
Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Dato Noriah Kasnon menang dengan majoriti 399 undi
YB Budiman Zohdi sahabat saya di DUN Sungai Panjang menang dengan majoriti 2,183 undi.
Ng Sue Lim (DAP) menang dengan majoriti 2,239 di DUN Sekinchan.
Baik...ini yang penting!!!!! Mari kita tumpukan apa akan jadi PRK Sg Besar akan datang
Dengan penurunan kerusi Parlimen dari 5,009 (2008) kepada 399 (2013) apakah PRK kerusi Parlimen kali ini akan jatuh ketangan pihak lain?
Calon parti manakah yang berpotensi akan memenangi hati pengundi?
Bagaimanakah pakar2 strategi akan menyusun dan menentukan formula menang - menang kedua2 belah pihak (BN & PR semasa 2013)
Apakah pihak pasukan DEKLARASI RAKYAT yang julung - julung kali dalam sejarah negara dimana Negarawan Ulang Tun Mahathir dapat bersama2 dengan lawannya (PKR+DAP+AMANAH) dalam satu matlamat dan satu nada "Undur Najib" tidak mahu mengambil ini sebagai peluang?
Pasukan Deklarasi Rakyat boleh sahaja bersama dalam PRK kali ini untuk memberi pilihan dan jalan kepada pengundi Parlimen Sg Besar membuat pilihan.
Pasukan Deklarasi Rakyat boleh memikirkan sesuatu disini.Mereka perlu mengadakan perbincangan dan perlu menerima satu calon sahaja yang selari dengan agenda Deklarasi Rakyat.
Pasukan Deklarasi Rakyat elak bawa lain2 agenda dan sifat ingin memenuhi kehendak setiap parti bawaan masing2
Jika pasukan Deklarasi Rakyat melayan kehendak setiap parti mereka untuk meletakkan calon kehendak mereka nescaya usaha dan mesej "Undur Najib" di Parlimen Sg Besar akan gagal dan berkubur.
Ayuh tunjukkanlah calon Deklarasi Rakyat dalam 2 PRK kali ini.
Selamat berjuang.....
Kejayaan akan menjadi milik pasukan yang dapat bersatu dalam mencapai satu matlamat dan satu nada "Undur Najib"
Nizam Adham
Pengundi Sg Besar