Saturday, May 14, 2016

SURAT TERBUKA MUKHRIZ

# Awat depa dok rasa kalut...abaq kat anggg

# Undurkan Najib bererti Selamatkan Malaysia dari DAP dan martabatkan semula UMNO.

SURAT TERBUKA YB DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
KOTA KINABALU – 14 MEI, 2016

Pada hari ini saya berada di Kota Kinabalu, Sabah atas jemputan sebuah NGO untuk bercakap mengenai ekonomi dan isu-isu semasa disebuah majlis. Apabila menerima jemputan tersebut, saya teruja untuk kembali ke negeri di bawah bayu ini kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang dari dulu telah bawa saya jelajah keseluruh pelusuk negeri Sabah.

Pesisiran pantai Sabah juga menjadi destinasi tumpuan saya untuk sukan menyelam yang sangat saya gemari. Keindahan alam di dasar laut Sabah antara yang terbaik didunia, dan perkara ini diiktiraf oleh saya sendiri.

Salah satu sebab saya mempunyai ramai kawan di Sabah ialah kerana kami semua ahli dalam keluarga besar UMNO. Pemilihan parti memberi peluang dan ruang untuk berkenalan dan berkawan sehingga mengikat ukhuwah yang begitu kukuh dikalangan ahli. Demokrasi yang diamal dalam UMNO yang membenarkan ini berlaku.

Malangnya kebelakangan ini ada unsur-unsur sekatan kepada demokrasi parti. Pihak seperti saya yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO diperlakukan lebih dari pembangkang. Kalau pemimpin Pakatan Harapan boleh dibenarkan berucap dimajlis-majlis ceramah dikhalayak umum, kebebasan itu tidak lagi saya nikmati walhal saya masih pemimpin UMNO diperingkat bahagian.

Pelbagai cara digunakan untuk menyekat segala usaha untuk saya berucap dimajlis walaupun ianya tertutup. Saya dimaklumkan penganjur dan lain-lain pihak yang terlibat diugut akan diambil tindakan jika majlis bersama saya diteruskan. Inilah sambutan yang saya terima apabila saya bersuara membangkitkan isu-isu yang dekat dihati Rakyat. Kali terakhir saya di Kota Kinabalu sewaktu menawarkan diri bertanding Naib Presiden UMNO (ketika masih berjawatan Menteri Besar Kedah), saya dijemput makan tengahari bersama YAB Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya. Syukur, sambutan lebih mesra kini masih saya nikmati dari kalangan Rakyat biasa.

Saya tertanya-tanya adakah semua tindakan untuk menidakkan demokrasi dalam UMNO akan menguatkan atau melemahkan parti. Pada pandangan saya, kalaupun tindakan yang diambil oleh pemimpin pelbagai peringkat adalah semata-mata untuk melindungi Presiden dari perkara sebenar terdedah, peluang bersuara dalam sistem demokrasi mesti dipertahankan tanpa sekatan.

Antara intipati yang hendak saya sentuh jika dibenarkan berucap ialah tentang keresahan Rakyat mengenai keadaan ekonomi negara yang terkesan dengan GST dan kes-kes penyelewengan 1MDB seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Kehidupan Rakyat yang terjejas dan ditambah dengan bebanan hutang yang akan terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai perlu saya berikan perhatian dan pembelaan.

Amatlah malang sekali apabila usaha untuk membela nasib Rakyat telah disekat. Namun, perkara ini tidak melemahkan semangat saya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan setiap sesuatu ada hikmahnya.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Pusat akan terus berdepan dengan suatu bebanan hutang 1MDB. Mahu atau tidak, Rakyat akan terheret sama dengan bebanan yang amat besar ini. Perdana Menteri sedang mengalami defisit kepercayaan yang amat meruncing dengan pengakuan terimaan  derma RM2.6 Bilion. Kepercayaan Rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional semakin terhakis. Apakah setiap dari kita hanya akan berpeluk tubuh apabila menyedari perkara-perkara ini.

Dengan izin Allah SWT, saya berharap saya dapat kembali berkunjung ke negeri yang indah ini. Saya ingin memohon maaf kepada para jemputan diatas pembatalan majlis pada hari ini. Saya dimaklumkan ada yang telah memulakan perjalanan dari jauh untuk berjumpa dengan saya di Kota Kinabalu. Saya amat kagum dengan semangat yang saudara-saudari tunjukkan.

Teruskanlah usaha kita untuk Selamatkan Malaysia.

MUSUH NAK PROVOKE TAK KENA MASA DAN GAYA, KESIAN SANGAT....


15 comments:

  1. Awat KD hang cakap "Undurkan Najib bererti Selamatkan Malaysia dari DAP dan martabatkan semula UMNO."? Aku tak faham.

    Hang maksudkan DAP dah kawal atau pengaruh UMNO? Melalui Najib ke?

    Sebab Najib buang ISA ikut kata DAP Kit Siang dan Guan Eng yng dua dua nya dah kena tahanan ISA dan bencikan ISA ke?

    Atau Najib buat keputusan buang AKta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif berkenaan Ketuanan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu dll dalam Perlembagaan negara yang DAP tak suka dan coba ungkit hingga menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika UMNO masih kekalkan Najib..harapan tipis untuk BN menang PRU.
      DAP paling kuat dan berpengaruh dalam Pembangkang, meletakan calon Melayu untuk parlimen.
      Calon Melayu DAP, contoh Prof Bari akan dilantik sebagai PM secara tidak langsung DAP sudah menguasai kerajaan.

      Harapan utk UMNOBN menang PRU adalah UMNO tanpa Najib.

      Delete
    2. Jika UMNO masih kekalkan Najib..harapan tipis untuk BN menang PRU.
      DAP paling kuat dan berpengaruh dalam Pembangkang, meletakan calon Melayu untuk parlimen.
      Calon Melayu DAP, contoh Prof Bari akan dilantik sebagai PM secara tidak langsung DAP sudah menguasai kerajaan.

      Harapan utk UMNOBN menang PRU adalah UMNO tanpa Najib.

      Delete
    3. TK penerangan tu, KD.

      Tapi Aziz Bari calon PM DAP? Si Mongkol Arif Sabri melompat le. Dia akan tuntut lebih senior dalam DAP, ada pengalaman ADUN masa dengan UMNO Pahang, ni pengalaman MP dengan DAP pulak.

      Aku nak tengok depa bertembong dan bersabong pulak. Mat Sabu mesti tersengeh menengok nya, hehe. Geram lah dia, takda harapan jadi calon PM lagi.

      Delete
  2. Itu tak penting...yg penting jangan undi BN sbb undi BN bermakna setuju dengan penyamun Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk le UMNO. Tapi untuk dapatkan Jibo di ganti sabelom PRU14, aku sokong.

      Delete
  3. "Teruskanlah usaha kita untuk Selamatkan Malaysia".....he..he..he..
    satu seruan yang cukup mengharukan....keluar dari mulut BOBOI @ ex MB selfie....
    hoi boboi...!!! bapak ko songlap duit rakyat berbilion bilion ringgit melalui syarikat kroni dan projek mega nya macam mana pulak...??
    hanya rakyat jenis makan tahik jer percaya auta ko dan bapak ko nih....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba tiba ada pulak sikaki ketum bersuara membela kepala penyamun. Udahlah buat tabiat buruk ko dulu sebelum nak beri komen bodoh macam bos ko Najib tu

      Delete
    2. Dia bukan kaki ketum, Labu. Dia kaki toddy. Minum banyak sangat, mabuk, selalu baring atas jalan kat estet, kekadang masuk blog, macam di ataih ni.

      Yang dah berpuluh tahun takda hal, dia alih alih keluorkan tuduhan, nak coba kenen atau deflect yang orang hentam boss dia Najib bertalu talu, tiap hari. Sian dia, tapi kalau dia mampos di lenyek lori sawit di estet pun, aku tak kisah.

      Delete
    3. Bukan ketum bujan toddy...dia mabok makan dedak cap badakkkk..

      Delete
  4. Lama dah Mukriz tak pergi Sabah. Jadi apa yang dia faham tentang permasalahan dan potensi rakyat Sabah terkini?

    ReplyDelete
  5. yg belum dan masih liat .. bila madey nak sampai ajal. tak guna hidup kalau jadi pengkhianat. 22 Tahun jadi PM, UMNO dan BN jadi tunggak menyokong dia walau apa pun masaalah dan kesilapan dia hadapi. Bila kepentingan dia dan kroni tergugat dan PM tak turut kemahuan dia ... dia khianati UMNO dan BN !!

    saya buat deklarasi disini pada madey dan protun .. bahawa madey dan protun wajar ditentang oleh semua ahli UMNO, ahli parti dalam BN, rakyat jelata yg sayangkan UMNO dan BN.

    Go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 11:07, aguslah kalau kau rasa takut dan gelisah dengan seorang tua berusia 91 tahun.

      Pendedak pecacai dah mati kutu, bankrap idea untuk menentang Mahathir hingga ketahap minta Tun mati.

      kesian sangat dengan mereka yang sedang dikejar hantu altantuya.

      Delete
    2. Silap haribulan ko yang mamposs dulu. Nak mati ni tak tunggu tua. Macamla ko tau tempoh umor ko.....tah-tah 2 jumaat jer lagi.

      Go fly your shittt !!!

      Delete
  6. itu utk kebaikan madey sendiri... tak perlu kumpul dosa menghancur UMNO dan BN..... mmg dia dah tua 91 tahun dan itu fakta ... mmg patut go fly kite !!

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...