Melihat Mahathir secara negatif memerlukan fakta untuk berhujah dengannya.
Menghormatinya dan meletakannya di tempat yang paling tinggi tidak akan mengurangkan sedikitpun keberkesanan kerajaan untuk mengurus negara.
Nasihat dan teguran awalnya jika diterima, ditangani secara berhemah tidak akan menjadi kudis api yang merebak seperti sekarang.
Suara Mahathir awalnya tidak lebih dari seekor nyamuk pencen tetapi apabila tidak dirawat umpama aedes membawa denggi yang mampu membunuh seekor gajah.
Memerangi Mahathir dengan sekadar berlandaskan 3.85 CGPA hingus meleleh dan Menteri yang dilantik sekadar Yang Kuat Bodek (YKB) tidak akan sampai ke mana berbanding dengan Mahathir, 22 tahun sebagai PM bukan kecik anak.
Serangan semborono sekadar meningkatkan pengaruh dan kebenaran Mahathir.
Ketika Mahathir PM, di kabinetnya belasan dan puuhan Menteri yang handal seperti Samy Vellu, lee liong sik, Anwar ibrahim, musa hitam, lim kheng yaik termasuk paklah dan termasuk Najib yang pada masa itu masih mentah.
Negatifnya Mahathir bukan sahaja dia tidak mesra barat, tidak pandai main golf, tidak pandai bisnes tetapi masih dapat memajukan negara dengan pelbagai projek mega yang kini menjadi landmark dan keuntungan negara.
Negatifnya Mahathir dia mendahului laporan Audit Negara dan Laporan PAC.
Hari ini, sesiapa yang boleh acces Sarawak Report Akan mengetahui apa yang ditulis dalam Laporan Audit Negara yang dulunya secara sombong dan angkuh rakyat disuruh tunggu untuk penjelasan 1MDB, sampai masa di OSA... pariah punya janji.
Samada Sarawak Report berbohong atau tidak, saman memanglah sudah tiada keberanian...jadi buka sajalah laporan tersebut kepada public untuk dinilai dan dibandingkan.
Jadi janganlah pecacai asyik terjerit terpekik melolong pasal bukti, bapa segala bukti dah terlopong dibaca satu dunia.
Apa yang negatif kepada Mahathir, dia kehilangan segalanya tetapi kebenarannya, keikhlasannya kepada bangsa Malaysia tidak boleh "dibeli", negatifnya itu "yang mahal".