Saturday, September 24, 2016

YANG PECAH BUKAN MELAYU TETAPI TEMBELANG UMNO (2)

Apabila sebahagian ahli PAS kepimpinan Mat Sabu keluar menubuhkan AMANAH - apa kata puak hara(@()?si($@jad$:: .. Bukankah meteka bertepuk tangan kerana berjaya memainkan peranan sehingga PAS keluar pakatan rakyat pada masa itu dan melabelkan kumpulan mat sabu sebagai anwarinas dan menuduh mat sabu sebagai syiah yang tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

Ada dengar atau tidak pecacai dan pendedak si$@((hara(()#": ini kesal kerana penubuhan AMANAH itu menjadi Melayu dan Islam B. E. R. P. E. C. A. H (????)
Yang ada mereka berseronok,  tepuk tangan dan padan muka kepada PAS dan AMANAH.

Tetapi hari ini apabila kena batang hidung sendiri, penubuhan BERSATU dikatakan sebagai pemecahan Melayu  !!! Inilah hipokriknya puak UMNO dalam mendefinasikan dan cuba melindungi diri mereka yang semakin busuk.

Tembelang takut hilang kuasa dan kemewahan peribadi dan kroni menjadikan mereka sanggup tinggal dan bersekongkol dalam satu parti yang makin hanyir.

Terimalah hakikat itu,  walau pahit.

PAS KELANTAN DIMAKAN ANAI ANAI




SEPINTAS LALU

Aku di bumi Kelantan sekarang ini, berjumpa dengan orang kuat Husam Musa pasal bisnes dan meleret cerita politik..

Semalam dari airport, dalam perjalanan berteksi ke Kota Bharu,  pemandunya penyokong umno menceritakan PAS semakin lemah sejak pemergian Nik Aziz, jangkaan menguntungkan umno meleset,  penyokong PAS berhijrah ke AMANAH,  tak ada hati nak jamah umno.

Dari orang kuat Husam Musa,   dia menceritakan kesebokannya sebagai tenaga penting penubuhan ranting seluruh Kelantan, fokus penghijrahan ahli PAS ke AMANAH,  lebih mudah bila ahli PAS marah dengan Hadi berbaik dengan Najib.

Bagi ahli UMNO yang menolak kepimpinan Najib,  mereka tidak akan join AMANAH,  mereka lebih selesa dengan BERSATU,  walaupun dijangka tak ramai tetapi cukup untuk memudaratkan umno.

Ada ahli umno Kelantan akan lebih suka tidak lagi berparti (dah penat dan sakut hati bila dikhianati pemimpin) menjauhkan diri dari umno,  atas pagar,  pemerhati.

Tun akan ke Tunjung,  Kelantan hujung September ini,  tarikh sebenar aku dah lupa.

Sudah pasti Anwar Musa akan susun strategi baru (?) Jangan sampai kena soal dengan Boss, guano mu ni...

Jika PAS gagal di Kelantan, faktornya Hadi Awang - amanat Nik Aziz diengkari.

CATATAN INI DIBUAT PADA 24/6/16 6PM RENAISANCE


KEMASKINI: salleh keruak MERADANG DENGAN MEDIA BARAT



24 September 2016

Aku turut simpati pada Menteri ini,  siang malam mempertahankan Najib,  akhirnya ada berita gembira,  tetapi malangnya tidak dihebohkan...

Silapnya mungkin pada Menteri ini juga,  dia ada tawarkan WSJ letak calon di PRU,  hilang akal agaknya....

Mungkin sebab itu WSJ buat dunno saja sekarang ini.... Apapun admin berharap Menteri ini terus berusaha mencari kebenaran.. Bila terjumpa walaupun pahit kena le hebohkan juga.
Bila kita adil pada orang,  orang lain akan adil pada kita.




1. Saman bersama yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB dan lain-lain pihak oleh setiausaha politik Tun Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan Husam Musa mencetuskan kontroversi di peringkat global. Ia dibuat semata-mata berasaskan dakwaan yang terkandung dalam aduan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dan cerita palsu bertujuan memburuk-burukkan pihak tertentu yang disiarkan Wall Street Journal.

2. Saman oleh konco-konco Tun Mahathir ini menjadi berita dan mengundang kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos. Tetapi, anehnya, Wall Street Journal dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa saman itu telah ditolak semalam.

3. Realitinya, ia memang tidak berasas sejak mula lagi, semata-mata merupakan suatu langkah mencari publisiti untuk memanipulasikan persepsi orang ramai. Ia adalah sebahagian daripada rancangan Tun Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Dan semua ini dilakukan atas sebab politik peribadi, yang semata-mata bertujuan untuk memberi manfaat kepada anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

4. Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam.

5. Rekod sebenar Perdana Menteri baru sahaja dinyatakan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova. Kata beliau: “Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap ekstremisme ganas melalui keterangkuman dan pendidikan, yang dianggap UNESCO sebagai pencegahan jangka panjang paling berkesan terhadap pihak yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat”. Beliau juga memuji Malaysia sebagai “contoh bagi negara daripada semua peringkat pendapatan”; dan katanya, “negara ini menjadi bukti bahawa menghormati kepelbagaian merupakan suatu sumber kekuatan”; dan bahawa kita menjadi peneraju dalam usaha menggalakkan “mengajar agama bagi memupuk toleransi serta sikap saling hormat-menghormati dan saling faham memahami”.

6. Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun Mahathir yang semakin terdesak. Perdana Menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi keutaman terhadap keselamatan dan kemakmuran mereka.

Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Malaysia

sumber : Bernama

BAGIMANA PULA DENGAN TUDUHAN AWAL AMERIKA SYARIKAT CAMPURTANGAN DALAM NEGARA DAN KONONNYA INI PENGARUH MAHATHIR (?)

KEMASKINI: KEIMANAN BUKAN BERASAS PARTI..




Pulau pandan so far ke tengah,
Gunung daik bercabang triple,
Benda mungkar together we tegah!,
Dosa maksiat jangan ambil simple.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang closed together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever,
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari, Never be the
same to kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you
..Sembahyang ;)


Mustapha.kamal6796@gmail.com


JAWAPAN KEPADA TAJUK
Melayu dan Islam akan bertambah kuat tanpa UMNO,  kerana MO1 kelak berteraskan amanah dan akhlak Islam biarpun mungkin ianya datang dari parti BERSATU. AMANAH, PKR atau PAS (ABU) .. DAP boleh bekerjasama dengan UMNO sebagai pembangkang.

Friday, September 23, 2016

MELAYU TAK PECAH, YANG PECAH ADALAH TEMBELANG UMNO

Penubuhan BERSATU didakwa memecahbelahkan lagi Melayu!
Setakat mana benarnya...

jika dilihat kepada kaum cina. Apakah boleh didefinasikan perpecahan kaum tersebut jika dilihat kepada beberapa parti politik berasaskan kaum cina?  Sekadar menyebut MCA,  DAP,  Gerakan dan sedikit di PKR.
Apakah kita lihat ada perpecahan kaum cina di situ?

Malahan NGO kaum Cina adalah yang terbanyak bilangannya kerana mempunyai puluhan mengikut dialek atau keturunan.  Begitu juga dengan persatian perniagaan dan boleh dikatakan kaum cina mempunyai persatuan dalam semua aktiviti mereka termasuk ugama.

Apakah mereka berpecah?  Jika dihalusi, semua itu saling menguatkan mereka malah dalam hal tertentu persatuan digunakan oleh MCA untuk mengugut kerajaan UMNO.

Oleh itu setakat penubuhan BERSATU,  ia tidak boleh dianggap perpecahan Melayu.

Lebih tepat ia hanya sekadar mekemahkan umno,  mengurangkan pengaruh umno dan risikonya umno akan tewas di pilihanraya. HILANG KUASA.

Atas faktor itulah umno cukup panik dan meroyan mendakwa penubuhan BERSATU membawa perpecahan.

Ada sesiapa yang percaya lagi pada dongeng umno ini.

Thursday, September 22, 2016

KENAPA ADA JUGA ORANG JOIN BERSATU...

Mulanya kata tak ada siapa nak join,  paling ramai 100, tapi sekarang adalah kot dalam 120 orang,  agak agak apalah sangat nak join BERSATU, parti bunga...

Pasal dedak kot macam parti xkeris beryoga tu?
Pasal tak ada akal kot?
Suka suka ikut ikut?
Pasal kecewa?
Nak jawatan?

Fikirlah sendiri...
Cuma pada aku,  kalau diajak bersatu menentang satu kabilah lanun,  walau sebesar, segah,  sekuat mana sekalipun, kena lah sahut seruan tu..
Walau kecil,  walau sedikit...
Niat kerana Allah...



Selesai..


# Kalau niat kerana Allah,  tak ada sebab untuk ragu perjuangan ini,  jika ianya bersalahan,  sudah tentu Allah bagi perunjuk dan hidayah. Kepada Allah kita berserah.


Selesai.


Jauhari juga mengenal manikam.. BERSATU berkembang di akar umbi...


APA BEZA PERJUANGAN UMNO DAN BERSATU @ RAKYAT JOHOR MASIH WARAS

Jika sama,  apa yang membezakannya...

Kenapa tidak pembangkang diberi peluang untuk memerintah dan umno yang berpengalaman menjadi pembangkang..

Bukankah itu lebih baik kepada rakyat..

Lim Kit Siang,  Mahathir,  Muhyiddin tidak menongkat dunia...
Lim Guan Eng pun tak lama lagi sayonara..
Najib *berehat selepas BN tewas..
Zahid boleh meneruskan sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan...

Senario ini lebih baik untuk Malaysia.

Pembangkang sudah menunjukan kemampuan mentadbir negeri, Kelantan berpuluh tahun di tangan pembangkang,  Pulau Pinang dan Selangor dua penggal.


SEMAKIN DICEMUH ORANG TUA HILANG AKAL TERHADAP TUN DR MAHATHIR, BERSATU TERUS MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKYAT JOHOR.. RAKYAT JOHOR MASIH TAK HILANG AKAL...






Pegawai War Room Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia, Romikoronaldo.

Isi borang bersatu, tamparan buat MB Johor!!!!

6ANGKA