Sudah banyak kali cubaan dibuat bagi menggambarkan susunan struktur organisasi tidak ikhlas dan tidak hormoni, bukan sahaja tidak berjaya malah perkuatkannya lagi.
Begitu juga sebuah forum Mahathir Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah turut di adakan, bermula dengan luahan yang kurang senang tetapi berakhir dengan pemahaman berkesimpulan antaranya kehadiran Mahathir, pembangkang telah berjaya menembusi kubu kuat umno dan diterima oleh masyarakat luar bandar yang selama ini gagal dilakukan oleh pembangkang.
54 kerusi parlimen yang datang dari felda bukan lagi selamat untuk umno, sebagai tindak balas, pelbagai insentif diumumkan oleh kerajaan, damage has been done, saham fgv merudum, felda rugi, elaun penerola lewat... sayang semuanya sudah terlambat..
Bagai serba tak kena, setiap tindakan dan kenyataan umno dibalas semula dengan hujah yang menimbulkan lagi banyak persaolan..
Senjata tradisi, menakutkan melayu dengan DAP tidak lagi berkesan. Bukan orang Melayu sudah percaya pada DAP tetapi orang Melayu lebih mengutamakan musuh yang lebih dasyat dan paling merbahaya untuk kemajuan orang Melayu masa hadapan iaitu umno.
Membenarkan umno terus memerintah akan mendedahkan kepada keberhutangan yang lebih besar kepada lintah darat, mengakibatkan langsung atau tidak langsung penjajahan bentuk baru dari kuasa ekonomi dunia. Akan ujud kerajaan boneka.
Bolehkah Melayu dan Islam bersuara dan menerajui negara pada masa itu (?) Bukankah itu lebih merbahaya dari DAP yang sekadar menggugat secara domestik dan boleh ditangani.
Umno pada zahirnya dilihat kuat tetapi hakikatnya sedang nazar, icu.. Peti nyawa pada PAS.
Umno sudah mengorat PAS bukan rahsia lagi.. Dalam alam bercinta.. Tersepak tunggul pun...PAS ditatangi.. Sayang sungguh..
Tetapi untuk melamar.. Umno tahu banyak karenah dan masalah.. PAS ADALAH SEBUAH PARTI YANG BERMASALAH, BANYAK TERMA DAN SYARAT, BERUBAH UBAH, BERDOLAK DALIK, SIMPANG SIUR.. Jalan terbaik, terus sahaja intim, bermesra, ringan-ringan..
Tidak ada kepastian kerjasama yang macamana akan terbentuk di ambang PRU.. Hadi dan Tuan Ibrahim ada calon dan pengaruh masing-masing.
PAS Negeri akan punya pendirian tidak seiring keputusan ibupejabat PAS bukan suatu yang terasing.. Masing2 mengutamakan periuk sendiri.. Parti boleh hidup sendiri secara sesumpah.
Umno juga akan berdepan dengan pemimpin yang dikekalkan, calon yang digugurkan, calon yang dipilih dan calon yang tidak dipilih..
Ulasan zahid supaya tidak ada pemimpin yang melobi sebagai calon kerana dia dan PM sudah mempunyai senarai, sangat meragukan..
Keputusan dan senarai pasti ada di tangan Najib, yang mungkin dirujuk sudah tentu Hishamuddin, bukan zahid secara total.
Usaha ikrar setia zahid berulangkali kepada najib agak keterlaluan kecuali zahid merasakan kedudukannya bagai telur dihujung tanduk atau sudah diberi katadua.
Serangan zahid kepada Tun dengan melibatkan keturunan sangat tidak baik untuk imej TPM, tapi peduli apa, jawatan TPM bukan boleh dipecat oleh rakyat.
Hishamuddin sendiri walaupun sudah terjamin dan dalam proses bersedia untuk peralihan perlu juga serang Mahathir walaupun dangkal dan tumpul.
Untuk minta pemimpin umno angkat bendera putih tentu tidak masuk akal, tetapi hakikatnya satu demi satu pemimpun umno gugur dengan membunuh diri sendiri sebelum pun perang sebenar berlaku.
Sudah banyak pemimpin umno kini jadi "bundle" dan arkib, tidak terkecuali, next adalah zahid hamidi.












