Salleh dan AG ada memberi alasan, Jho Low bukan pemilik tetapi itu tidak melepaskan pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa kerana ia turut dikaitkan dengan 1MDB. Kecuali sesuatu usaha membersihkan 1MDB secara telus dibuat oleh kerajaan, pihak antarabangsa sudah pasti terus memburu dan membongkar atas sikap kita sendiri..
Equanimity dikatakan hanya salah satu milik Jho Low. Di mana Jho Low semasa kapal itu dirampas (?)
Rampasan ini masih atas tindakan sivil DOJ dan tindakan di bawah undang² jenayah dan sebutan nama² yang terlibat masih menunggu masa yang sesuai (?)
Tidak mungkin rampasan kapal mewah ini (sivil) hanya berakhir di situ sahaja dan merosakan kredibiliti DOJ itu sendiri..
"Jho low sendiri mencabar supaya DOJ bertindak lebih jauh dan berani."
# MCA, Gerakan dan Nazri sanggup bertekak sesama sendiri pasal Robert Kuok tetapi kepada isu negara yang lebih substance, besar dan penting seperti Jho Low mereka bersatu hati menjadi tikus dan menggadai maruah.
Hanya mungkin dapat berharap PH berpecah. Robert Kuok yang dipanggil pondan oleh Nazri tak perlu pulang untuk bertanding di PRU, dia sudah pun menang. Nazri digasak pemimpin MCA dan Gerakan untuk mohon maaf. Dan selepas ini tiada siapa lagi yang berani angkat suara pada Robert Kuok. Kapal mewah Jho Low disita oleh kerajaan Indonesia atas kerjasama interpol dengan pihak DOJ yang mendakwa kapal mewah tersebut dibeli dan ada hubungkait dengan 1MDB. Satu dunia percaya, selepas ini tindakan dibawah akta jenayah akan diambil ke atas Jho Low dan sekutu-sekutunya oleh DOJ. Jelajah PH atas dasar Selamatkan Malaysia terus mendapat sambutan hebat di kawasan pendalaman dan atas iltizam kerusi² yang bergantung kepada Felda akan berpihak kepada PH sekurang-kurangnya 30.
Anwar Musa sedang bergelut di Kelantan dan modal basinya, penerima brim dikerah mendengar bebelan bosannya sebelum baucer² brim diserahkan - melalui group wassap public Parlimen Ketereh, pengundi menempelak strategi umno yang menyusahkan rakyat, beratur panjang, buang masa, terpaksa ambil cuti dan membebankan golongan miskin dengan tambahan kos pengangkutab. Pendedahan rakaman suara, Nik Abduh turut songlap. Biasalah siapa yang nak mengaku berak tengah jalan.. Heh..
Apakah duta besar negara di Indonesia tidak melakukan sesuatu atas rampasan kapal mewah milik rakyat malaysia jika kerajaan tahu ia bukan milik dari duit curi 1mdb. Kenapa berpeluk tubuh atau ada usaha bantahan. Apa yang AG buat..senyap? No case juga? Apakah rakyat malaysia ingin diam dan tengok sahaja, jom kita bising² depan kedutaan indon dan amerika. Lupakan persengkataan politik, semua parti harus bersatu menentang campurtangan kuasa asing. Jangan delete isu 1mdb..amaran keras.
Kalau belum, segerakan...jangan sampai muflis bahan putus idea. Boleh juga recyle.. Segala fitnah dan tohmahan membuatkan Tun kembali muda, bertenaga dan semakin relevan sebagai PM kerajaan baru.