Thursday, March 1, 2018

APA JAWAPAN MENTERI SAMSENG...




Di mana 1MDB ditubuhkan dan milik siapa (?)


DUIT UNTUK PILIHANRAYA (???!!!)


13 comments:

  1. cerita hutan
    Apabila pemimpin bersikap bermaharajalela , ia menjadi angguh dan kepentingan rakyat bukan lagi menjadi kepentingan utama bagi nya, segala tindakan nya bersifat peribadi dan untuk kepentingannya sahaja dan pada masa yang sama mahu orang lain menunduk dan mematuhinya . Banyakkah bersifat dmikian dalam hutan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 3:20:00 AM

      Kerana percaya rakyat boleh dibodohkan mcm cai2 yg dapat ciput eksyen lebih...

      Delete
  2. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 3:34:00 AM

    Menteri samsing hilang samsing bila kena sergah dengan mca dan gerakan...

    Seblm ni garangjugak dengan Mca...tapi kes Robert Kuok tulur samsing kena tarik dengan cina Mca..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pondan padang rengas..kah kah kah

      Delete
  3. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 3:36:00 AM

    Nampaknye pru akhir mac ato awal april cancel...kapal kena rampas tak penting baginajib...tapi isi dlm kapal yg dirampas lebih penting bagi najib...

    ReplyDelete
  4. Woi samseng pondan!

    Cina kaya robert kuok difitnah oleh si pemfitnah bahawa dia mendanai parti politik kau bising mcm bontot ayam.

    Tu hah si cina kaya raya lagi bangsat ada bot mewah yg dah kena rampas apasal kau senyap? Tau pulak kau tutup mulut bontot ayam kau tu.. kah kah kah

    ReplyDelete
  5. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 4:15:00 AM

    Nazri: "PRU-13" Dulu MCA Boikot Saya, Mereka Bukan Kawan Saya !

    PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz berkata, MCA bukan kawannya kerana pada pilihan raya umum (PRU) 2013, MCA Bahagian Padang Rengas bertindak memboikotnya dan menyebabkan hubungannya dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi teruk.

    Ahli Parlimen Padang Rengas itu dalam wawancara khas bersama China Press percaya MCA Bahagian Padang Rengas akan terus memboikotnya kerana sehingga kini belum ada sidang media untuk menarik balik kenyataan mereka memboikotnya.

    “Seluruh jawatankuasa MCA Bahagian Padang Rengas memboikot saya, malah tidak menyokong saya secara terbuka, saya boleh buat apa? Jadi, MCA bukan kawan saya,” katanya kepada akhbar itu.

    Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, perkara itu jelas menunjukkan siapa yang tidak mengamalkan semangat BN.

    Katanya, pemimpin MCA perlu memahami dan memberi perhatian terhadap tindakan setiap bahagian kerana PRU14 akan diadakan tidak lama lagi.

    Difahamkan, dendam Nazri dan MCA bermula ketika Tan Sri Dr Chua Soi Lek menerajui parti itu. Nazri yang ketika itu mahu bertanding PRU13, bergaduh dengan Chua melalui akhbar berbahasa Cina.

    MCA Bahagian Padang Rengas yang merupakan penyokong Chua kemudiannya bertindak memboikot Nazri.

    Nazri mula mewakili BN pada PRU 1995 dan 1999 di kerusi Parlimen Chenderoh, Perak sebelum beralih ke kerusi Parlimen Padang Rengas pada 2004 dan berjaya mempertahankannya buat 3 penggal berturut-turut.

    Pada PRU13, beliau menewaskan calon PKR, Meor Ahmad Isharra Ishak dengan majoriti 2,230 undi.

    Sementara itu, Nazri bertegas tidak akan meminta maaf kepada Tan Sri Robert Kuok kerana menyerangnya disebabkan taikun itu mengkritik kerajaan BN menerusi memoirnya.

    Beliau turut mengingatkan MCA tidak menjadikan perkara itu isu perkauman kerana beliau ialah “menteri BN” yang mewakili kerajaan BN, jadi beliau akan membalas sebarang kritikan terhadap kerajaan, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    “MCA perlu tahu saya hanya bercakap mengenai perkara ini dan saya bukan sengaja mengkritik sesiapa pun dalam masyarakat Cina. Ketika saya komen isu Robert Kuok, saya tidak pernah sebut atau menyerang MCA, saya tidak faham kenapa MCA menyerang saya?”

    Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau tidak takut dan tidak akan meminta maaf walaupun berdepan seluruh jentera pilihan raya MCA secara bersendirian.

    “Sekarang mereka (MCA) mengecam saya, disebabkan mereka memilih untuk menyerang saya, maka saya akan melawan dan tidak mengelak.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 4:19:00 AM

      Nazri samsing ego bongkak kerana 3 kali menang walopun diboikot mca...

      Nazri samsing anggap robert kuok tak de kaitan dengan cina mca...

      Memang bongok samsing ni...nazri pon takut cina jho lo

      Delete
  6. Nazri tidak akan bertanding pru kelak, sebab itu dia samseng sana sini..

    Beban yang dia lakukan, najib tanggung.

    Naxri cuci tangan.

    ReplyDelete
  7. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 5:55:00 AM

    The Coverage

    NEWS Latest World Bank Report Shows That Malaysia Is Growing Weaker – Najib Falsifying Economic Data ?
    BythecoveragePosted on October 9, 2017

    THE latest World Bank report shows that Malaysia’s economy is growing weaker. Out of the 15 Asian economies analysed in the report, Malaysia and a few others are the only ones expected to worsen. The World Bank forecasts that under current conditions, in 2018, Malaysia’s growth rate will lower to 5% and in 2019, decrease further to 4.8%. There are less than three months to go until 2018.

    As the new World Bank report describes Malaysia’s economy: “The main risks to growth arise from the policy uncertainty in the major economies, geopolitical developments and commodity price volatility.”
    While most Asian economies are rising, Malaysia’s is in decline, because it has not adapted to both global and domestic economic conditions.

    The report also singled out Malaysia as one of only two Asian economies where household debt “exceeds 70% of GDP”. Many economists have concluded that Malaysia’s debt bubble is about to explode.
    As others have correctly noted, the gross domestic product numbers and global economic rankings with which Najib is obsessed haven’t benefited Malaysians

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakFriday, March 02, 2018 5:57:00 AM

      Kalo pasal klentong melentong serahkan kpd bapak klentong kapla prompak..

      Delete
  8. KENAPA UMNO LEBIH SAYANG JHO LOW BERBANDING ROBERT KUOK?

    Robert Kuok dan Jho Low adalah dua nama yang cukup popular dan menjadi sebutan sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.

    Robert Kuok, taikun terkenal dan orang terkaya di Malaysia tiba-tiba menjadi sebutan akhir-akhir ini berikutan penyebaran berita palsu oleh seorang blogger yang menuduhnya mendanai DAP serta merancang menggulingkan kerajaan yang ada.

    Berita palsu itu kemudian mendapat reaksi pantas daripada Najib Razak sendiri yang mengingatkan bahawa Robert Kuok berjaya kerana adanya bantuan daripada kerajaan.

    Berikutan reaksi yang berupa sokongan Najib terhadap berita palsu itu, ia seterusnya mengundang beberapa serangan daripada menteri dan pemimpin UMNO lain yang turut memperlekeh serta menggelar Robert Kuok dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan.

    Tanpa memperdulikan jasa dan sumbangannya kepada ekonomi negara selama ini, hanya kerana suatu berita palsu, Robert Kuok akhirnya dikecam seolah-olah beliau tidak pernah berjasa dan kini musuh baru kepada UMNO dan kerajaan.

    Tidak dinafikan bahawa Robert Kuok adalah ikon masyarakat Cina dan didapati ramai yang tersinggung dengan serangan terhadapnya itu. Mungkin ada yang boleh menerima jika serangan itu dilakukan berasaskan fakta dan bukti sahih yang memang mendapati Robert Kuok terlibat dalam usaha mahu menggulingkan kerajaan.

    Tetapi, sehingga ini semuanya adalah berita palsu belaka. Di ketika BN bersiap sedia menghadapi PRU 14 dan agak ketandusan sokongan pengundi kaum Cina, serangan terhadap taikun tersebut tentu saja melemahkan lagi kedudukan yang sedia ada.

    Sejak dua hari lalu pula, apabila kapal mewah Equanimity dirampas oleh polis Indonesia dengan kerjasama FBI di perairan Bali, nama Jho Low yang sejak kebelakangan ini agak suam-suam suku, dengan sesingkatnya kembali menjadi sebutan ramai.

    Ini kerana kapal yang dirampas itu sudah lama dicari oleh DOJ dan FBI sejak mereka menyenaraikannya sebagai sebahagian aset yang dibeli oleh Jho Low dengan menggunakan wang curi 1MDB.

    Penemuan kapal mewah itu pastinya suatu berita gembira bagi DOJ kerana di dalamnya barangkali tersimpan banyak bukti dan dokumen lain yang yang boleh mengukuhkan lagi saman sivil dan siasatan jenayah berkaitan pencurian wang 1MDB.

    Berbeza dengan dakwaan terhadap Robert Kuok yang hanya satu berita palsu, malah taikun itu juga sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebarnya, sebaliknya berita mengenai Jho Low dan kapal Equanimity itu adalah berita yang benar dan sahih.

    Tidak itu saja, penglibatan Jho Low dalam pencurian wang 1MDB juga adalah benar dan sahih kerana sebelum adanya 1MDB, beliau bukan saja tidak pernah dikenali, bahkan apa perniagaan dan harta yang pernah dibelinya turut tidak diketahui.

    Tetapi, berita benar dan sahih ini tidak menarik perhatian pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyerang dan menghentam Jho Low. Selain Najib, Nazri Aziz, Tengku Adnan dan lain-lain pemimpin UNNO tidak bersuara mengenai Jho Low, terdapat juga yang tidak malu-malu mempertahankannya, meskipun dengan hujah setaraf lawak jenaka dan bahan ketawa.

    Namun, kenapakah pemimpin UMNO lebih membela atau diam terhadap berita benar yang tersebar mengenai kemungkaran Jho Low?

    Antara berita palsu mengenai Robert Kuok dan berita benar mengenai Jho Low, mengapa UMNO lebih terarah menyokong kepalsuan?

    Apakah sumbangan Jho Low kepada negara lebih besar berbanding Robert Kuok?

    Apakah ini cerminan bahawa UMNO dan para pemimpinnya sudah tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata, antara racun dengan air gula? (ShahbudinHusin 02/03/2018).

    ReplyDelete

6ANGKA