Saturday, April 7, 2018

KENAPA KERAJAAN 60 TAHUN MASIH BERJANJI JANJI SEPERTI PEMBANGKANG


Tugas dan tanggungjawab Kerajaan yang baik adalah melaksanakan,  jika ada sesuatu yang baik kepada rakyat,  segera umum segera laksana dan tidak perlu tunggu hujung nyawa?

BN baru bercakap soal keutamaan wanita.. 
PH dah namakan wanita Timbalan Perdana Menteri. 

PH dah sebut "0" GST...
BN membisu.. Malah mungkin perlu naik lagi ?





Setiap tahun ada bajet,  kenapa asyik pinda,  tambah dan kurangkan sana sini,  apakah perancangan bajet tidak berpandangan jauh,  tiada kajian,  sambil lewa, tangkap muat dan political move base dan bukannya atas kepentingan rakyat? 

Lagipun jika kerajaan itu kerajaan rakyat,  pencapaian itu sendiri adalah report card, ia sendirinya menjadi manifesto terbaik. Adalah lebih baik kerajaan membuka dan membentangkan semula manifesto PRU13, mana yang tunai mana yang tidak. 

Sebagai contoh,  jika sebuah pusat kesihatan yang dijanjikan belum terbina, tidak kah malu kalau mahu masih berjanji sebuah hospital moden di daerah yang sama? 
Ingatlah,  yang berjanji mungkin lupa tetapi rakyat tidak lupa.





Manifesto BN PRU14.. Langsung tidak memberansangkan seolah ia senasib RUU FAKE NEWS dan RUU PERSEMPADANAN SPR.. 

Pagi bentang.. 
Petang lulus.. 
Malam baca.. 

Masih di talian hayat yang sama, sekadar upgrade BRIM.  


Anak muda di mercu tanda.. Pengorbanan dan kesetiaannya berbaloi untuk meneruskan perjuangan.  PH melangkah ke depan dengan pengumuman calon² mereka mendahului BN. 



SUCCESFUL POLITICAL STAND UP COMEDY

To whom it may concern.. 

Yang terbaik biasanya depan cermin..
No juri
No audience
Yang penting, nobody there to laugh at you.. 






Seleberiti selalunya tidak membayar apa² pun kepada peminat dan penyokongnya kecuali keikhlasan...  
Ikhlas pada tempat,  masa dan cara yang betul...




"WILL YOU PLEASE SHUT UP" ELOK JUGA DILANJUTKAN KEPADA PIHAK² LAIN YANG CUBA MEMASUKAN JARUM..

Sejarah.. 
Dan pandai cakap
Tentulah berbeza.. 

Dari atas pokok
Dari bawah pokok
Dari dalam tanah
Dalam sebuah hutan
Akhirnya
Penghuni hutan yang akan buat keputusan.. 
Siapa akan jadi ketua belantara
Sang harimau
Sang singa
Sang buaya
Sang naga

Mereka gagah perkasa
Berkumpulan
Sesama bangsa
Berpakat sekata
Bijak mencari mangsa

Atau yang lebih baik
Si kancil tua





Ini isi nasihat yang baik,  kita tahu siapa dia,  mana parti yang disokongnya, tetapi isi nasihatnya win,  tidak menyebut nama,  tidak menyebut siapa,  tidak berpolitik dan tidak mengambil kesempatan walaupun duduk paling atas dari para makmum.. 

WILL YOU PLEASE SHUT UP. !!??

Bidangkuasa dan tugas SPR ada pada tempat dan masanya,  bukan pada semua tempat dan semua masa.

Pilihanraya adalah undang², so we talk about laws and regulations,  stop rubbish.













MENYANGGAH KOMEN, BELANJA DUA TAJUK..

Ada cai tegar buat provokasi lekeh dan  mengagak agak blog ini akan ditutup selepas PRU... Aku mulakan dengan prasangka baik,  dia sangat suka blog ini sebab boleh meluahkan isi benaknya walaupun huduh.

Keduanya,  dia sekadar buat fake news dan fitnah,  aku belum buat report polis,  kalau senang,  besok²nya lah.. Kikikiki

Apapun sebagai menguatkan hujah,  aku belanja dua tajuk di sini yang akan aku paparkan selepas PRU14 sebagai tanda blog ini akan terus ujud.

Tajuk pertama yang bakal muncul pada malam hari pengiraan undi adalah seperti berikut..

KEPUTUSAN PRU14:
PAS 0 KERUSI,  BN KALAH TERUK,  MAJORITI HILANG WANG DEPOSIT

atau

KEPUTUSAN PRU14:
SEPERTI DIJANGKA,  UNDI POS DI SAAT AKHIR MENYELAMATKAN BN UNTUK MENANG DENGAN SIMPLE MAJORITY.
BAGAIMANAPUN KEPUTUSAN BELUM MUKTAMAD - PENGIRAAN SEMULA MASIH DIBUAT DI BEBERAPA PUSAT KIRAAN UNDI BERIKUTAN ADA PULUHAN KAWASAN BN MENANG DENGAN MAJORITI TIDAK LEBIH DARI 100, ANTARANYA,  PEKAN.


Kalau BN kalah,  penat buat manifesto gempak dan lain² strategies...





Friday, April 6, 2018

HANYA PKR YANG AKAN BERTANDING DI PRU...



Parti mana yang akan bertanding di pilihanraya? 
Mana² parti yang disahkan oleh ROS. 

Bagaimana untuk bertanding? 
Calon hadir mendaftar diri beserta dokumen lengkap di lokasi, tarikh dan masa yang ditetapkan oleh SPR. 

Apa kelayakan calon? 
Seperti yang ditetapkan oleh SPR dan undang² lain yang berkaitan. 

Apa situasi PRU14,  parti popular mana yang dijangka bertanding? 
BN,  PKR, PAS dan Bebas. 

Bagaimana dengan DAP,  BERSATU,  AMANAH apakah mereka turut bertanding? 
TIDAK


Soal siapa akan jadi calon PKR di PRU nanti bukan kuasa SPR untuk menyebok kecuali seperti yang dibenarkan.
Dari istilah undang²..kalau Tun bertanding ertinya Tun bertanding mewaki PKR,  pustop. 

Soal sefahaman dalaman,  bukan urusan pihak luar. 


PKR adalah sebuah pertubuhan politik yang sah dan akan bertanding di PRU14,  apa keperluan PKR memohon kebenaran menggunakan logonya sendiri dan apa keperluan SPR untuk ambil peduli siapa calon PKR.  Tunggu sajalah di hari penamaan calon. 
SPR tidak perlu mengambil langkah seperti ROS yang terlebih lajak... 





BACK TO ZERO



Wahai orang2 kampung!

Mulai jam 12.01 tgh malam ini, kawasan anda sudah tiada lagi insan bergelar YB. Tiada lagi Ahli Parlimen mahupun ADUN. 

Juga tiada lagi Ahli Majlis Perbandaran atau Ahli Majlis Daerah. Pendek kata, semua lantikan orang2 politik terputus sama sekali. 
Tiada juga Pegawai Khas YB, Peg Khas MB, Peg Khas Menteri, Pembantu YB, Menteri, MB atau Exco. 

Menteri dan Exco juga tidak boleh masuk kampung gunakan kereta kerajaan atau kereta peribadi dengan logo Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Majlis. Mereka tak boleh meluluskan apa2. 

Tak perlu melayan mereka persis raja dengan makan di meja VIP. Sebenarnya mereka bukan VIP atau boss tapi kamu, orang2 kampung juga rakyat Malaysia. Kamu boss mereka walau mereka bergelar MP atau ADUN. Kamu yang melantik mereka, kamu boss, kenapa boss layan pekerja? Sekarang mereka hendak cari kerja dgn kamu. Kamu berhak interview mereka satu persatu. 

Kamu berhak suruh mereka jalan itik atau lompat katak atau ketuk ketampi jika mereka mahu kamu pilih mereka. 

Tapi malangnya kamu dah diajar sejak zaman berzaman bahawa calon pilihanraya adalah boss dan bila jadi YB, mereka jadi raja kecil. Maka kamu diperhambakan pula sedangkan kerana kamu lah mereka dapat kerja, jawatan, kuasa dan harta.

Wahai orang kampung!

Sedarlah bahawa mereka lebih perlukan kamu dari kamu perlukan mereka. Maka, gunakan peluang ini sebaik2 nya. 

Tapis tiap patah percakapan mereka. Perhati kelaku mereka. Baca gerak hati mereka dan gelakkan janji2 mereka. Ini kerana ramai dari mereka hanya perlukan kamu dalam tempuh 60 hari dari hari ini. 

Selepas 60 hari ini (tempuh SPR wajib bentuk kerajaan melalui pilihanraya), percayalah, kamu akan dilupakan mereka. 

Mereka hendak kamu layan mcm raja. Jamuan perlu dihidang dimeja, jauh sekali beratur di buffet. Nak jumpa mereka macam nak jumpa Presiden Russia. 

Panggilan kamu tak akan dijawab. Salaman kamu hanya bagai air yg lalu. Kedai kopi kamu busuk buat mereka.

Gunalah kuasa kamu sbg boss sebaiknya. Wahai warga bandar dan terpelajar, tolong sampaikan kepada orang2 kampung anda atau kampung sebelah. Negara kita hak kita.





# tulisan di atas merupakan luahan rakyat yang sekian lama menunggu untuk diluahkan hasil dari pemerhatian mereka... Lahar gunung berapi. 

6ANGKA