Thursday, April 19, 2018

MELAYU TAK PERLU LAGI UMNO PAS...enough

Samada umno menang atau kalah pru,  ia tidak lagi begitu penting dan sudah tidak ada keperluan lagi untuk kita menjaga umno supaya terus kekal menang. 

Negara memerlukan seorang PM yang bagus,  berakhlak dan amanah,  faktor umur tidak penting,  dari parti manapun hanya soal kecil... .. Soal melayu dan Islam,  jagalah memasing. Sudah agak lama kita ditipu umno dan pas kononnya jaga melayu dan Islam... Semua itu helah akal mereka untuk survive. 

Hakikatnya kita beriman pada Al Quran bukan buku perlembagaan umno atau pas,  tidak jugA perlembagaan mana2 parti. 
Jika negara memiliki seorang PM yang amanah,  berakhlak,  melayu dan Islam - itu satu bonus bagi kita. 

Parti yang bercakap soal bangsa dan ugama hanya di hujung pilihanraya perlu dihumban jauh²...enough. 

Wednesday, April 18, 2018

ADAKAH BN PARTI YANG SAH DALAM PRU14 (?)

Sesuatu yang umno dan BN perlu ambil tahu bahawa selepas PRU14  samada mereka menang atau kalah.

Ada pihak tertentu yang akan mencabar ROS dan umno di mahkamah sebagai parti yang terbatal kerana melanggar perlembagaannya sendiri (?)..

Jika umno terbatal, dengan sendirinya BN bukanlah sebuah parti yang sah semasa bertanding di PRU14 (?)


Sekadar pengakuan ku nan  - ia akan dicabar di mahkamah

# Kini logo dan warna BN juga dipertikaikan - umno menang (?) atau kalah tetap berisiko tinggi.

PH KETANDUSAN CALON (?)

Dah tak ada isu, itulah yang dimainkan...

Minoriti calon PH tidak dinafikan kurang dikenali umum dan ada yang muncul dan bangkit berjuang apabila tidak boleh lagi berdiam di bawah kerajaan yang zalim, mereka bangkit menuruti tuntutan agama.

Majoriti mereka calon tempatan yang sudah pun dikenali setempat dan bertanding di kawasan sendiri sebagai anak tempatan adalah tepat.

Peluang ini lah mereka akan mula dikenali. Lebih penting bukan mengukir nama tetapi mengukir jasa kepada rakyat.

Hakikatnya dalam isu negara yang zalim dan huruhara ini, calon yang belum dikenali bukan isu utama tetapi calon ada nama yang kaki rompak, korup itu lebih merbahaya.

Mana satu nak pilih.

Peluang harus diberi kepada anakmuda sebegini untuk menjadi sebahagian pemimpin menguruskan negara....

MELAYU MINDA KORUP (?)

Dah banyak kali aku terbaca komen² kebanggaan bangsa Melayu terima brim.

Diulang cerita pagi petang malam walaupun brim hanya setahun sekali (Purata kasar RM3 sehari) tetapi dipecahkan kepada beberapa bayaran sehingga duit yang diterima boleh habis dalam beberapa minit selepas terima.

Bersyukur,  betul.
Terima kasih, betul.

Bangga..itu bangang.

Tuesday, April 17, 2018

RAKYAT MISKIN NAK MASUK KUBUR PUN MINAT MOHON DIKECUALIKAN GST (?)





Rakyat miskin dalam proses nak masuk kubur pun dikenakan GST tetapi kontraktor China ECRL dikecualikan berjuta-juta..

Tetapi biasa lah, takkan tuan punya badan nak jawab...

Untuk atasinya, ada pula kroni tabur duit..


# Kesah pesakit lupa daratan, datang tidak diundang, pergi tidak dihalang... Klik sini

AGAK² ADA TAK PEMIMPIN UMNO YANG SEHEBAT INI...TSRA..KALAU TAK ADA APA GUNA NAK PILIH SEMULA UMNO


Monday, April 16, 2018

MUKHRIZ DAN IR AMIRUDDIN KENAPA BEGITU TAMAK (?)

Pengumuman yang dibuat oleh Tun bahawa Mukhriz dan Ir Amiruddin akan bertanding di Parlimen dan DUN setiap seorang sangat mengecewakan.

Tindakan bertanding di dua² kerusi seolah olah menunjukan sikap mementingkan diri  tamak dan juga mungkin juga tiada keyakinan diri, desperate atau takut kalah.
Sikap ini sangat tidak baik.

Begitu juga ia menggambarkan ketandusan pemimpin BERSATU di peringkat negeri Kedah atau sekaligus menolak peluang pemimpin lain.

Jika inilah corak strategi Mukhriz sebagaj Pengerusi PH Kedah, mereka hanya akan menemui kegagalan kerana ahli di peringkat akar umbi dan pengundi yang  tidak berpuashati akan memprotesnya di peti undi.

Jika kedudukan ini tidak di ubah sebelum penamaan calon, PH di Kedah dan seluruh negara bakal KECUNDANG.

Jangan rasa diri sendiri gah dan hebat kerana ada nama dan over confident melihat sambutan hangat rakyat kerana pengundi sekadar masih dalam mode mendekati tetapi memerhati.

PH berdiri atas kesepakatan dan teamwork.
Tidak ada kekuatan tunggal pada parti atau pemimpin termasuk Tun.

Jika langkah bertanding dua kerusi juga turut diambil oleh Muhyiddin dan lain² pemimpin, nyata PH akan mati sebelum sampai masa.


6ANGKA