Parlimen lebih berdisiplin. Bebas bertanya soalan termasuk 1MDB. siaran langsung menjadikan apa yang berlaku di parlimen telus untuk rakyat menilai...
Rembau tahu ke tak tahu? Air Hitam faham ke tak faham?
Najib disekolahkan..
Zahid lebih banyak diam, tangan sudah tidak merewang dan bergentayangan..
Lawak Ahmad Maselan pun sudah kurang..
Tajuddin pun dah jadi anak kucing..
Kepala bapak.. Pun dah tarik balik ungkapan...
Baguslah. .Kalau semua duduk dan tidak lari.
Tidak ada rusuhan kaum dan ugama..
Negara tidak muflis tanpa gst dan tanpa sst selama dua bulan.
Pengurusan kewangan yang cukup berhemah. Kombinasi lim guan eng/azmin menstabilkan ekonomi dan keadaan. Kerugian di bursa saham dialami di seluruh dunia.
Kapal mewah secara "strategi" dibawa balik ke Malaysia, jika tiada yang tampil menuntut, menjadi hak kerajaan untuk memperdagangkannya?
(Akan Diiklan ke seluruh dunia-TunDr.M)-satu lagi langkah berani, strategik dan diluar jangkaan.
Kalau emas rosmah yang dirampas polis, ada yang menuntut, kita tengok "akal mana" pula yang muncul untuk menuntut equaminity?
Rampasan Kapal Mewah AkuMenanti ini menunjukan betapa seriusnya kerajaan dalam isu 1MDB dan sekurang kurangnya melegakan rakyat.
Kebebasan suara makin tara, tangani secara hujah dan fakta
Lgbt sudah rosak.. Bukan bunuh mereka, perbaiki dan cuba bawa balik ke pangkal jalan.. Setakat melabel dan menghukum dengan mulut tidak selesaikan masalah..
Mujahid telah menunjukan pembuka jalan bagaimana Islam yang utama menguruskan pula kepelbagaian kepercayaan dan ugama. Pendekatan berbeza ini sudah tentu dipantau oleh Mufti dan Istana. Masih terlalu awal untuk menilai, dan masih terlalu awal untuk katakan Menteri terpesong?