Saturday, August 11, 2018

LELONG JE ANAKONDA UNTUK DAPATKAN SEMULA 5 JUTA



Selepas kerajaan Indonesia pulangkan kapal layar mewah EQUANIMINITY.

Kerajaan Singapore, selepas selesai proses dokumentasi,  juga turut akan serah semula Jet persendirian Jho Low yg yang dibeli menggunakan dana 1MDB bernilai SD50 juta yang di rampas..


Inilah bukti kerajaan PH, kerajaan peduli rakyat. Dana awam yang diseleweng dibawa pulang. Pencuri dan perompak dana awam satu persatu didakwa!

Cuba anda bayangkan jika BN masih memerintah, maka akan semakin banyak dana awam dicuri. 

Segala tipu daya dibuat demi untuk menghalalkan cara mereka menyamun wang rakyat ini.

Nak bayangkan kalau lebai Pas memerintah? Tak payah la, puak tu bukan fikir kat rakyat pun. Kerja nak kenyangkan perut dan puak mereka sahaja. 

Lagi satu puak lebai bukan cerdik sangat pun, kes 1MDB pun hidup hidup kena kencing dengan Arul Kanda. 

Isu orang asal Gua Musang yang dah bertahun pun masih tak selesai, nak harap puak lebai selesai isu 1MDB? Bab sembang boleh bagi kat puak lebai, kerja buat memang GAGAL! *

32 comments:

  1. Inilah intipati perjuangan umno yg membela nasib bangsa melayu dan raja melayu.

    Jet dan kapal persendirian milik tokoh maal hijrah, syeikh al-jho low adalah bukti perjuangan demi agama bangsa dan tanah air yg berjaya yg selama ini lantang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan.

    ReplyDelete
  2. Kalau kapal jho low pun apa masalahnya?
    Hapejadah nak dicanang propaganda?
    Memekak tak habis2, abok pun tak ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibodoh dungu tak tahu ape jadahnye najib dan jho lo rompak wang 1 mdb..

      Delete
    2. Bila?
      Ada bukti?
      Main cakap je, siapa pun boleh...

      Delete
    3. Malaun mangkok 1122 pm tu yg bebal dungu...cakap taraf bebudak tadika je...

      Delete
    4. Ko yg otak taraf bebudok...tak tau amenda pon...satu dunia dah tahu bukti yg di laporkan fbi tapi masih tanye bukti....bebal dungu nak bela prompak..

      Delete
  3. Hallo semua. Harga barang kenapa tak turun ada yg turun hanya 6%je bermakna kerajaan he yg rugi. Penjual cina tetap untung besar kerana dulu harga barang naik 20-40% kerana kata mereka GST berantai makin banyak pembekal dari kilang makin tinggi harga barang kerana setiap magin dan perbelajaan modal di tambah 6%. sewa lori, minyak, harga kedai naik' stor dan Mcm mcm lagi krn GST. Tapi yg peliknya barang tak turun berantai tapi klu ada yg turun pun hanya 6% dari harga jualan akhir yg rugi rakyat dan kerajaan pembekal cina tetap lagi untung..
    Satu malaya kena tipu lagi...
    Yg paling istimewa ada harga barang yg naik..

    Jual lah kapal Jho Lo dan 1MDB dan rampas lah semua harta yg najib samun nescaya harga barang dan cost of living takan turun. Cina akan kaya sekali lagi..

    Kita semua jadi bidoh hari hari layan pondan.layan kapal Jho lo lawan duit najib layan PH layang sjil sekolah cina layan raja layan jantan dgn jantan nak kawin layan polis sebat duit najib layan menteri kasut sekolah lim guan eng temberang sehingga kita semua lupa siapa nak layan hidup rakyat dan kita semua sebagai pembayar cukai..

    Percaya lah kita tangkap satu penyamun akan hadir 1000 lagi penyamun baru yg lebih cerdik

    Baik kita kita berbaik dgn penyamun dan minta jasa baik penyamun jangan samun habis habis tinggal kan sikit untuk org belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik najib dan umno tewas pru 14... Ikut tradisi lepas pru harga barang melambong bila BN menang...harga barang sekarang stabil...aku jimat dari bayar gst...ramai yg berbelanja sakan di pasaraya...

      Harga minyak kekal 2.20 seliter..ikut formula najib harga minyak sepatutnye 2.50 seliter.....dapatlah aku round malaysia...

      tak sangka cai najib pon tak bayar gst dan beli.minyak 2.20 ...

      Delete
  4. Mujurlah ramai rakyat malaysia yg cedik memilih PH untuk mendapatkann kembali aset 1 mdb yg dirompak oleh pakatan najib...

    Sayangnye masih ramai melayu yg dungu yg menyokong ketua jumaah prompak 1 mdb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hnya kau seorg shja yg tak cerdik, taek dua muka yg berpura pura sokpng PH, pasal tu nama pun bodo.

      Delete
    2. KBB tomato, ko sokong ketua jemaah perompak tak apa pulak...

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Sokong kerana najib takut siasat dan dakwa tun di mahkamah...hanye fitnah dan rekaan saja...

      Delete
    5. Tak kan Ust Mat Sabu nak fitnah & reka pulak... boleh tahan lawak ko ni KBB tomato...
      Ki kik kik..

      Delete
    6. Apa main dekete2 ni KD. Itu bahan petikan ada sumber rujukan, sekali dgn video.

      Memang Mat Sabu kata Mahathir kepala perompak.

      Takut ke bhai...

      Delete
    7. Mat sabu ade bagi bukti ker?...kenape polis relax jeer...takkan polis takut...

      Delete
  5. Kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kos penyelengaraan kapal Equanimity mencecah RM 2 juta sebulan dan oleh sebab itu kerajaan bercadang menjualnya secepat mungkin.

    Tambah beliau lagi, kapal mewah itu perlu dijaga dengan baik dan tidak dibuka kepada umum supaya ia dapat dijual kepada pembeli yang berminat.


    Kapal Equanimity yang didakwa milik Jho Low yang dibeli dengan menggunakan duit 1MDB diserahkan kepada Malaysia oleh pihak Indonesia pada 7 Ogos lalu setelah kapal itu disita oleh pihak polis negara jiran itu pada 26 Februari 2018 atas permohonan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

    Ini bermakna sudah 5 bulan kapal itu berada di bawah jagaan kerajaan Indonesia sebelum diserahkan kepada kerajaan Malaysia. Tidak diketahui siapakah yang membiayai kos penyelengaraan Equanimity selama 5 bulan yang lepas sejak ia disita oleh kerajaan Indonesia.

    Terdapat juga ura-ura yang menyatakan kerajaan Indonesia tidak sanggup membelanjakan duit untuk menyelenggara Equanimity lalu diserahkan kapal mewah ini kepada Malaysia untuk dijaga. Namun perkara ini tidak dapat disahkan.

    Apapun kini Equanimity sudah berada di tangan Malaysia dan sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjaganya dengan perbelanjaan RM2 juta sebulan.

    Persoalannya apakah Equanimity dapat dijual dengan mudah?

    Pada bulan April lalu, hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan mendapati kapal layar berkenaan merupakan milik sah Equanimity (Cayman) Ltd dan memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon (Equanimity Cayman) selaku pemiliknya.

    Tiga bulan kemudian, polis Indonesia sekali lagi merampas Equanimity pada bulan Julai yang lalu juga atas permohonan DOJ sebelum diserahkan pada Malaysia pada 7 Ogos yang lalu.

    Persoalannya, bolehkah kerajaan Malaysia menjual Equanimity sebelum proses mahkamah menentukan siapa pemilik sebenar Equanimity selesai?

    Jika Equanimity (Cayman) Ltd terus menfailkan tuntutan balas terhadap hasil jualan Equanimity, berapa lamakah proses ini akan berlangsung dan siapakah yang akan membiayai kos penyelenggaraan kapal mewah itu yang kini berada di Pulau Indah sepanjang waktu tuntutan ini? Apakah duit rakyat akan digunakan untuk membiayai kos tersebut?

    Persoalan lebih besar ialah dengan latar belakang proses undang-undang yang sebegitu rumit, dan nama Equanimity yang sudah diburukkan seluruh pelosok dunia bersama skandal 1MDB, maka siapakah yang sanggup memiliki kapal mewah yang terlalu sensasi beritanya itu meskipun ia ditawarkan pada harga yang sangat murah?

    Ini kerana pembeli kapal mewah juga bakal berhadapan dengan kes tuntutan terhadap kapal ini oleh Equanimity (Cayman) Ltd yang mungkin panjang proses undang-undangnya.

    Lebih teruk, peribadi pembeli dan sumber duit yang digunakan untuk membeli kapal mewah ini juga terdedah kepada perhatian media yang tidak perlu.



    Diharap Equanimity tidak menjadi bangkai biawak yang perlu dipikul rakyat Malaysia buat satu tempoh yang panjang hanya kerana ada pihak yang ingin terus meraih mata politik terhadap BN dan Datuk Seri Najib Razak secara berpanjangan bagi menutup kegagalan menunaikan janji-janji manifesto pilihanraya dulu.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/08/12/siapa-sanggup-beli-equanimity/

    ReplyDelete
  6. Bila baca bab kutuk mengutuk, terserlah banyak 'budak kampung' berkokok & tak tahu menda sgt pun. Kokok kuat tapi tahi yang keluar bersepah² kat blog sini.
    Ilmu takdak, lulusan tahap darjah 6 (tak bawak fakta) kalau mau temberang lebih.
    Samdol² didikan BN yg kejanye tau makan suap je.
    Dah dekat 2020 masih gagal jadi bangsa yg sepatutnya bukan saja dah merdeka jiwanya, tetapi merdeka dari segi ekonomi dan pendidikan.
    Kata orang, dibuang ke hulu mana pun, tarak goyanglah, boleh cipta duit. Tapi kesian, masih byk melayu jiwa haprak, jiwa dijajah.
    Gerenti 2020 & ke atas, umat sifat macam ni, jadi pengemis lah.
    Bangla dan indo pun lagi bergaya
    dari melayu pengemis 1 satu hari nanti.
    Ingat²lah bro, ubah minda dan kuatkan daya usaha jika hdk diri sama tegak, duduk sama rendah dgn bangsa cina, India, Benggali, Bangla, indo tahun 2020 ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contohnya kaum India (cina tak sesuai buat perbandingan sebab mereka sangat jauh ke depan dan lebih advance) di tempat aku duduk ni (jb), dulu susah nak tgk Dorang masuk plaza @ tgk wayang anak beranak, berkereta @ maju berniaga, sekarang mengejutkan. Kereta Kokak pun, byk pakai Toyota Vios dan ada pakai kereta lagi advance. Suatu pemandangan yg tak dapat kita lihat 10 20 tahun lepas.
      Rahsianya? Kerja kuat beb. Sanggup masuk Singapore anak beranak keje, balik bawak duit, beli rumah and kete. Ada yg meniaga sbb Dorang macam ada persatuan (bagi pinjam duit) dan berantai dgn group² bangsa mereka.
      Memang kental lah ikrar dan azam mereka nak maju.
      Tapi aku tgk budak² melayu kat tempat aku atau, aduhai. Setakat bangga preng2 moto kapcai je. Jiwa masih kecik. Asal cukup makan sudah.

      Delete
  7. Bila jho lo nak saman kerajaan dan tuntut balik kapal ini?...ada brani ker?....PM tak boleh halang kalo jho lo nak saman...

    Indon tak peduli maintainance kapal kerana bukan hakmilik mereka...malaysia kena buat maintainance kerana nak jual...kalo tak dijaga harga jatuh...penjagaan kapal pon nak dipersoalkan...

    Ade jugak orang malaysia yg tak genbira mcm jho lo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr M nak percaya Equanimity bukan milik Jho Low, tapi...

      Anne Muhammad
      2 Mac 2018, 8:58 malam (Dikemaskini 2 Mac 2018, 9:05 malam)


      A A
      Tun Dr Mahathir Mohamad ingin mempercayai kapal layar mewah Equanimity bukan milik Low Taek Jho tetapi perlulah ditunjukkan bukti terlebih dulu.

      Beliau mengulas kenyataan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam yang mengatakan berita mengaitkan rampasan kapal itu di Bali dua hari lalu dengan ahli perniagaan itu adalah "berita palsu" kerana tiada bukti yang menunjukkan demikian.

      "Macam mana dia tahu, saya nak minta surat daripadanya. Saya nak tahu siapa pemilik kapal itu, tunjuk (dokumen pemilikan kapal)," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri doa selamat di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

      Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa tidak akan ada tuntutan terhadap kapal itu kerana ia bukan milik kerajaan.

      Dengan nada menyindir, Mahathir mempersoalkan sama ada Apandi sendiri telah memeriksa kapal tersebut.

      "Mana dia tahu, adakah dia pergi periksa kapal itu?

      "Setiap kapal mesti ada certificate of ownership (sijil pemilikan) dan dokumen lain, seperti dibeli di mana dan daripada siapa. Tunjuk dokumen itu dan saya percayalah," katanya lagi.

      Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

      Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada pelucuthakan aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana yang disalah guna daripada 1MDB.

      'Nak perah Jho Low'

      Delete
  8. Usah sibuk nak jual Equanimity, bayar hutang 1MDB dulu

    JANATUL FIRDAUS YAACOB
    7 OGOS 2018
    Najib Razak
    Najib Razak
    A- A+ (Ubah saiz teks)
    KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengetahui pembelian kapal persiaran mewah, The Equanimity menggunakan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika pentadbirannya sebelum ini.

    Malah, Ahli Parlimen Pekan itu juga menyatakan beliau tidak tahu siapa pemilik sebenar kapal mewah berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aneh bin ajaib.

      Najib tak tahu siape pemilik kapal mewah tapi najib boleh bergambar dengan anak beranak bersama jumaah prompak atas kapal ni...

      Delete
    2. Kbb kalau tak silap najib bergambar diatas kapal tatoosh dan pada masa tu akunakmati belom diorder lagi oleh sidekick lanun tu.

      Delete
  9. Jho Low Keluar Belayar Dalam Kapal Mewahnya Ke Timur Untuk Mengadakan Pesta Berbillion Dollarnya MALAM INI –

    EKSKLUSIF!
    16 November 2015 0 English Iban
    Tetamu undangan ke pesta – Jamie Foxx pernah berikrar untuk berahsia, tetapi dia pergi menaiki jet peribadinya untuk menghadiri pesta Jho Low ke Korea Selatan
    Tetamu undangan ke pesta – Jamie Foxx pernah berikrar untuk berahsia, tetapi dia pergi menaiki jet peribadinya untuk menghadiri pesta Jho Low ke Korea Selatan

    Salah sebuah kapal mewah terbesar di dunia, Equanimity, telah didapati belayar secara senyap-senyap dari pelabuhan Incheon Korea Selatan selepas jam 5 petang hari Jumaat ini, menandakan permulaan pesta berbillion-billion dollar terkini anjuran Jho Low, yang dijadualkan untuk berlarutan sepanjang malam di luar pantai.

    Turut sama dalam pelayaran itu adalah para tetamu khas atas undangan seorang pengubah wang paling dikehendaki di Malaysia, Jutawan Muda, Jho Low.

    Ini membuktikan bahawa kapal layar mewah, yang dia sering nafikan sebagai miliknya, telah dikeluarkannya untuk sama digunakan bagi tujuan penganjuran pesta anjurannya.

    Sarawak Report telah difahamkan bahawa Jho Low telah menjemput kenalan-kenalan Hollywoodnya untuk diupah menghadiri pestanya – sekali lagi untuk meraikan hari jadinya pada awal bulan November ini.

    Tetamu undangan yang diupah termasuk Psy
    Tetamu undangan yang diupah termasuk Psy

    Jho Low dipercayai telah mengupah tidak kurang dari 24 orang ‘tetamu selebriti’ untuk menghadiri pestanya, termasuk dua orang pemenang Anugerah Grammy dan dua orang pemenang Anugerah Oscar.

    Bintang tempatan Korea Psy, yang pernah diupah oleh BN Pulau Pinang sempena kempen pilihanraya dahulu, dijangka turut disenaraika sebagai tetamu Jho Low itu.

    Namun teman berhibur Jho Low paling rapat, Leonardo di Caprio dijangka tidak akan hadir kali ini. Hubungan kedua-dua anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang alam sekitar dan dermawan ini dikatakan telah menjadi renggang sejak timbulnya persoalan mengenai punca kewangan berbillion-billion dollar Jho Low semakin meningkat dan menjadi umum.

    Namun seorang dari tetamu Jho Low yang disenaraikan adalah Jamie Foxx telah dikatakan datang menaiki pesawat peribadinya ke Korea Selatan, menurut rakan-rakan tweeternya menerusi pasukan radio peribadi yang turut dibawa dalam pelayaran itu.

    Kate Upton – tarikan berambut perang terkini, dengan Paris Hilton yang akan turut serta juga?
    Kate Upton – tarikan berambut perang terkini, dengan Paris Hilton yang akan turut serta juga?

    Kami juga mendapati bahawa model bikini dan bintang filem, Kate Upton turut disenaraikan sebagai tetamu selebriti Jho Low.

    Upton pernah menghadiri pesta-pesta Jho Low dahulu, bersama rakan niaganya dalam 1MDB, yang juga bekas CEO dalam Aabar, Khadem Al-Qubaisi.

    Para tetamu di kalangan selebriti ini dihiburkan di atas kapal layar mewah ini yang boleh memuatkan sehingga 26 orang (di samping memuatkan 28 anak kapal).

    Kapal layar mewah itu turut dilengkapkan sebuah kolam renang 20 meter dan dek seluas 91 meter, yang akan digunakan oleh Kate Upton memperagakan tarikannya.

    Bila malam berlabuh, kapal layar mewah Equanimity telah meninggalkan pantai Korea dengan selamat, menurut pemantauan kami, dijangka bersedia menyambut hos pesta itu, jutawan Jho Low sendiri, yang dijangka datang dengan sebuah pesawat helicopter dari kubu anti-ekstradisinya di Taiwan.

    Kapal layar mewah itu merupakan salah sebuah dari beberapa buah kapal layar mewah di dunia yang dilengkapkan dengan kemudahan pendaratan pesawat helicopter untuk pendaratan Jho Low. Kapal layar itu juga dilengkapkan dengan sebuah jimnasium, spa, bilik mandi Turki, salon kecantikan dan ‘kelab pantai’ peribadi

    ReplyDelete
  10. Sekarang jerit pun tak ada hal, tdm pm, kerajaan bukan bn atau pas. Buatlah ikut mana pun. 4 tahun lagi aku pangkah parti politik yg boleh kerja dan bukan banyak cakap

    ReplyDelete
  11. Jho Low: Tindakan Dr M rampas prosiding undang-undang memalukan

    12 Ogs 2018, 11:51 tengahari (Dikemaskini 12 Ogs 2018, 12:01 tengahari)

    A A
    Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan menuduh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 'merampas' prosiding undang-undang negara lain untuk mendapatkan kapal layar Equanimity yang dikaitkan dengan 1MDB.

    Dalam kenyataan dari peguamnya, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today (FMT), Jho Low bertegas bahawa penyitaan Equanimity oleh kerajaan Malaysia adalah tidak sah.

    Kenyataan itu dibuat selapas Dr Mahathir semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo bukan milik sendiri buat ape bising2...

      Kalo tuan punye kapal sila saman kerajaan malaysia..

      Delete
  12. 'Umno sekarang kena dengar suara rakyat'

    Anne Muhammad
    12 Ogs 2018, 1:32 tengahari (Dikemaskini 12 Ogs 2018, 1:46 tengahari)

    A A
    WAWANCARA | Selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), BN kini sedar bahawa gabungan itu perlu mengubah cara dalam berkempen.

    Umno juga perlu menerima kekalahan itu dan melihat apa sebenarnya yang diinginkan rakyat tanpa mengira pegangan parti, kata calon Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail.

    “Dulu kita nak rakyat ikut kita tapi (sekarang) kena (ikut) apa yang rakyat nak. Itu pembaharuan yang perlu dibawa, maksudnya Umno kena dengar suara di luar Umno, bukan hanya dalam Umno walaupun kadang-kadang perkara tu dilihat bukan yang Umno nak tapi itulah suara rakyat Malaysia,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

    Selain itu, Rizam berkata Umno perlu mengetengahkan calon muda yang demi memberi nafas baru kepada parti itu.

    “Inilah masa kita perlu bangkit dan Umno perlu ketengahkan pemimpin muda, yang berpotensi bawa masa depan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo umno nak diterima rakyat buang dulu prompak2 penipu2 dan dungu2 dari umno ...

      Delete

6ANGKA