Thursday, August 30, 2018

AMANAH PARTI YANG PALING KUAT KENA FITNAH..

Nasib AMANAH lebih kurang BERSATU,  paling kuat kena fitnah,  diperleceh kerana ia sebuah parti kecil,  parti miskin.

Berbanding PKR,  ada nama besar seperti Anwar dan dari segi penajaan,  tidak ada masalah malah banyak mendapat sokongan dari dunia antarabangsa.

BERSATU pun bernasib baik,  Mahathir tahan badannya untuk segala fitnah dan tohmahan,  melantun lantun musuh makan kaki sendiri.

Parti  seperti umno,  memang yang paling banyak disebut, tetapi sukar untuk dikatakan fitnah kerana hari ini satu demi satu terlondeh.

Isu lgbt dan syiah antara isu yang dilibatkan kepada pemimpin AMANAH, isu hanya sekadar desperado keugamaan yang disalut missi politik. Isu yang sudah lama menapak,  isu yang gagal ditangani sebelum ini dan isu ini akan gagal juga ditangani akan datang kerana sikap kita sendiri.

Kalau AMANAH,  paling kuat kena firnah tentulah kerana keberadaannya,  keistimewaannya yang tidak dapat diukur pada asset dan nama tetapi pada keikhlasan perjuangan mereka.

Seperti DAP,  parti AMANAH akan muncul sebagai parti yang tersusun,  disiplin dan paling padu akar umbi dan gerakerja yang mantap. Setakat ini tidak ada yang gopoh,  tamak haloba dan tikam belakang sesama mereka.

Hari ini penat lelah mereka berbaloi,  semua ahli parlimennya ada jawatan,  melimpah hingga kepada Speaker Parlimen,  Senator seperti Husam Musa yang kesemunya berperanan utama dan penting dalam mencorakan negara.

Bagaimana pula nasib dan imej kaki kutuk AMANAH?  apakah mereka lebih baik,  lebih beriman,  lebih bertaqwa. Siapa kawan² mereka.









Wednesday, August 29, 2018

ANWAR LEBIH SESUAI MENJADI PM SECARA KERJASAMA DAN PAKATAN DENGAN UMNO, DAN PAS..

Selera pemimpin ketiga-tiga parti ini lebih cocok,  sama perangai. Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun sebagai PM berbanding dengan pemimpin² lain. 

Pengalaman malu² kucing kerjasama umno PAS di PRU14 akhirnya makan diri, gagal membentuk kerajaan.  

Kerjasama di Sungai Kandis dan Seri Setia telah dijadikan titik permulaan dan apapun keputusannya selepas ini, PKR jangan berlengah lagi untuk berbincang dengan umno pas jika sangat berhajat segera menobatkan Anwar. 


Dua tahun atau lebih adalah tempoh yang sangat lama untuk seseorang seperti Anwar yang sudah menanti terlalu lama dan mengidam menjadi seorang PM. Begitu juga dengan orang kiri kanannya yang berhajat sesuatu.  
Johari sendiri tanpa segan silu mengidam sebagai MB Kedah.. Dia ada tongkat ajaib membangunkan Kedah tanpa ingin kongsikan rahsia tersebut. 

Lagipun Hishamuddin Rais sudahpun membuka pekung dan songel PKR satu demi satu sebelum dan sesudah Tun angkat sumpah sebagai PM?

Apakah Anwar teragak agak dan tidak yakin boleh membentuk kerajaan bersama umno dan pas sekaligus menyingkirkan Mahathir? 

Cubalah... 

Mahathir pun dah 93, baling kaca pun tak pecah. 


PERNAH TENGOK, MONYET NAK AJAR ITIK BERENANG???

Aku siarkan satu komen "win"...



Cuma,  Tun seorang uang cukup tenang menerima kritikan lebih lebih lagi berhadapan dengan ular lidi yang cuba nak telan naga. 


Dan satu lagi kelebihan Tun,  dia tak pernah mengamuk dengan wartawan bila ditanya dalam apa jua bentuk soalan...  Itu baru betul,  gaya seorang PM. 





AZMIN BOLEH TAWARKAN KERUSI PARLIMEN KEPADA ANWAR KALAU ABDULLAH SANI, NURUL IZZAH DAN WAN AZIZAH ENGGAN...


Kasih mereka kepada Anwar hanya manis dibibir,  masing² tunggu habuan menanti Anwar jadi PM (?)

Kalau bukan,  kenapa liat sangat? 

Anwar,  desperado kamu sedang dibogelkan oleh kerabat PKR kamu sendiri? 

Tuesday, August 28, 2018

PERTANDINGAN DI PKR TIDAK SAH..

Pertandingan tidak sah bukan kerana layak atau tidaknya Rafizi. .katanya dia sudah mendapat kelulusan dari ROS dan tiada halangan dari Presiden?

Kalau Abdullah Sani Ahli Parlimen Kapar,  calon Naib Presiden (?) tidak bersuara,  ertinya semua betul semua suci..

Team Rafizi bertanding 100% guna banner Anwar (?), tak mungkin kalau mengaku atas tiket Presiden boleh kalah (?) dont drop my waterface.

Azmin,  Zuraidah jadi sasaran..
Team Azmin belum kempen belum serang balas sebab ada jawatan,  ada tugas.. Air di sana masih tenang!!!

Jadi, apa yang tidak sahnya?
Tak sah kalau tak sebut dan kaitkan Tun.

Itulah dotdotnya ahli² PKR, bergaduh hal atas katil dalam kelambu nak dilibatkan ipar duai jiran dan sekampong.

Anwar?  Kelemahan dan desperado kamu dilondehkan..


BAPA BOREK ANAK RINTIK...

 ðŸ‡²ðŸ‡¾ PEGAWAI SPRM membawa tujuh pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang bertugas di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk ditahan reman berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.



Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Sumber:
#beritaharianonline





HARI INI TAK ADA TOPIK, TAK ADA ISU, CUMA NAK NYATAKAN KESAL UNDI..







Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...