Friday, November 6, 2009

Nik Aziz mengelak..

Kemaskini: 11/11/09
Isu taklik lafaz cerai talak 3 - Nik Aziz nafikan http://www.malaysiakini.com/news/117126
Sejauh mana kebenaran penafian itu, mungkin demi menyelamatkan maruah 'ularmak' dan parti PAS atau menafikan 'dia ' tahu.
Apakah isu ini sengaja untuk mengheret Hadi dalam keadaan hina dan tertekan dan akhirnya meletakkan jawatan. Sekaligus kerjasama dengan UMNO akan terrhapus !!!!
Ini politik beb...

Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang lepas, Tun Dr M masuk ke IJN sebagai alasan kebetulan untuk tidak hadir ke perhimpunan tersebut untuk bertembung dengan Presisen pada masa itu, Paklah.
http://us.asiancorrespondent.com/jeff-ooi-blog/2006/09/dr_m_pak_lah_bohong.php





Tun tidak dapat menjadi perwakilan kerana disabotaj dengan pembelian undi bernilai RM200 ke atas perwakilan Mesyaurat Agung Kubang Pasu semasa Det Khalid jadi MB - ingat lagi??





Apakah teknik dan alasan yang sama digunakan oleh Nik Aziz untuk mengelak dari berada di Seminar Memperkasakan Parti itu di markas Pas di Gombak dengan berada di IJN sejak semalam...http://www.malaysiakini.com/news/116878 dan hanya dibenarkan keluar besok.





Dengan tidak menghadirkan diri sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa yang lalu dan dengan tidak menghadirkan diri di seminar pagi ini, ia merupakan petanda Nik Aziz masih ego untuk mempertahankan cadangan EGMnya yang ditolak dalam Mesyuarat Jawatankuasa sekaligus mahu menutup kemaluannya yang gagal mendesak EGM di adakan.





Nik Aziz bukan sahaja sakit jantung tetapi juga 'sakit hati' !!! PAS oh PAS...

Tirulah macam saya...nyanyian Biduanita Saloma


Kerabat Arab beri Rosmah RM7 juta hargai kejujuran

06/11/2009 3:57pm

PUTRAJAYA 6 Nov. — Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan. - Bernama

Macamana pula dengan yang ini. http://mummyrokiah.blogspot.com/2009/11/saranan-rosmah-jangan-sampai-rakyat.htmlRakyat lantik siapa sebenarnya jadi wakil rakyat mereka di dewan undangan negeri dan parlimen, kenapa perlu ada pihak ketiga???

Tuesday, November 3, 2009

Asri ditangkap - masih ada kaitan politik


Cerita bekas Mufti Perlis ini walaupun dikatakan tidak bermotifkan politik tetapi ia tetap kembali kepada soal pokok, sikap perangai dan 'politik' Melayu yang cukup suka cari silap dan salah orang Melayu lain walaupun sebesar kuman.

Orang Melayu bab mereka dan membesarkan cerita, memang no1. Zaman dulu orang Melayu mereka pasal 'hantu' memang menakutkan, kalau hantu dengar, hantu sendiri pun takut..

Dulu segala penyakit, segala masalah..akan dikaitkan dengan 'buatan orang' atau hantu, polong dan pelesit.
Sekarang dah canggih, mereka fokus untuk 'politik'kan semua perkara.

Ulamak dengan ulamak, mufti dengan mufti, sultan dengan sultan, ustaz dengan ustaz, ustazah dengan ustazah, tok imam dengan tok imam, bilal dengan bilal, warong dengan warong, korporat dengan korporat, artis dengan artis asalkan mereka semua ini 'Melayu' pasti ada sok sek sok sek...

Ada saja yang tak kena ! dan penyakit 'politik melayu' ini sekarang sudah berjangkit dalam MCA.

Monday, November 2, 2009

Siapa Anwar sebenarnya....Azizah perlu jumpa Nik Aziz..







Cabaran Ezam dan ramai lagi sebenarnya yang tertanya tanya dan ingin tahu dari Azizah supaya menceritakan dan memperjelaskan keadaan sebenar tentang tindak tanduk Anwar cukup menarik dan rakyat tertunggu tunggu hingga ke hujung dunia akan 'peristiwa bersejarah' tersebut.

Sudah banyak versi yang dipertontonkan bagaimana adanya krisis dalaman Anwar, Azizah dan Azmin dan bagaimana mereka menjual diri masing2 dan berlakon untuk berada di pentas politik sejauh ini. Hanya mereka bertiga mengetahui titik noda hitam yang terjadi dan perlu disimpan selamanya.
Bukan setakat persepsi Anwar bersama isteri Azmin, bagaimana pula dengan Azizah... Banyak rahsia peribadi yang perlu disingkap tetapi Azizah dan Azmin bukanlah lakon layar utama yang mencorakkan politik negara untuk diperhebohkan.
Menjadi hak peribadi Azizah untuk tidak menceritakan hal peribadi 'dalam kain mereka' tetapi merendam sesuatu yang lama dari pengetahuan rakyat adalah bebanan berat apatah lagi jika yang direndam itu satu 'dosa'.


Azizah mengambil pendekatan menutup aib suami adalah satu kewajipannya, sesuatu yang mesti dilakukan demi tidak melukakan hati dan perasaan anak2 dan ibubapa tentang kisah sebenar Anwar. Baginya itu antara Anwar dengan Tuhannya.

Azizah mengambil masa yang terlalu lama atau sebenarnya tidak mempunyai kekuatan..bagaimana dengan Nurul?

Tindakan rasional yang perlu di ambil oleh Azizah ialah berjumpa dengan Nik Aziz untuk mendapat pandangan politik... dan Dato Seri Dr Haji Harussani untuk mendapat pandangan ugama.

Sunday, November 1, 2009

Najib goyah..

http://kedahku.blogspot.com/2009/11/najib-hak-saya-lantik-tee-keat-koh-tsu.html
Tak ada siapapun yang mempertikaikan kuasa PM untuk melantik Menteri kecuali PM sendiri yang merasa goyah keputusannya itu lalu mempertahankan dan mengingatkan rakyat. Tetapi siapa pula yang memberi kuasa kepada PM untuk menjadi PM dan mempunyai kuasa tersebut.


Rakyat telah bersuara melalui wakil mereka dan hari ini suara wakil mereka dibakultongsampahkan PM dengan kata kata bahawa 'itu kuasa PM melantik Menteri'.


Najib mesti ingat bahawa bukan semua Melayu dan kaum kaum lain mahu Najib jadi Presiden UMNO dan PM dan Najib mesti sedar dia belum dipilih oleh rakyat secara mutlak tetapi sekadar melalui peralihan kuasa.


Najib jangan terlalu sombong untuk mempertahankan Menterinya yang sudah terbukti ditolak rakyat di kawasannya sendiri dan Presiden yang sudah dihalau keluar oleh partinya sendiri.


Najib perlu mempertimbangkan kehendak rakyat melalui suara wakil mereka. Najib kena sedar gelombang penolakan rakyat terhadap Bee End masih ujud walaupun kelihatan PAS dan PKR sedang bermasalah. Najib kena sedar UMNO dan BeeEnd belum banyak berubah sebaliknya kenyataan Najib tersebut adalah tanda tanda BeeEnd kembali kepada sikap awal, tidak memperdulikan sekali lagi suara rakyat.

Saturday, October 31, 2009

Diskriminasi wanita dalam PAS..


Petikan dari blog amokpang5

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.
Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS,maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

http://amokpang5.blogspot.com/2009/10/adun-mp-pas-ikrar-lafaz-taklik.html#comment-form
Bukan sesuatu yang baru, mengkafirkan orang Islam adalah perkara yang lebih terkutuk dan teruk pun pernah mereka lakukan apatah lagi mencerai beraikan hak peribadi masing2.

Kepada Muslimah PAS dan Sharizat, bangunlah menetang diskriminasi ini, ia sama seperti membunuh anak perempuan di zaman jahiliyah.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...