Tuesday, December 8, 2009

Muhyiddin, TPM yang tiada pengaruh..



Tidak seperti Najib menjadi TPM di zaman Paklah, dia kelihatan begitu dihormati dan digeruni...
Tidak seperti Anwar sebagai TPM di zaman Mahathir, berpengaruh, bertenaga, berwibawa dan berkuasa...

Tidak seperti Paklah sebagai TPM di zaman Mahathir...masih dilayan dan dihormati

Tidak seperti Ghafar sebagai TPM di zaman Mahathir...masih berpengaruh dan disegani lawan dan kawan...

Musa Hitam walaupun singkat sebagai TPM masih mampu mengukir nama...

Kenapa Muhyiddin sebagai TPM kini kelihatan sayu, lemah, keseorangan, terpinggir, kurang kuasa, tidak diharapkan, tidak digeruni...Pendapat dan saranannya juga sering disanggah oleh Menteri yang lebih bawah seperti Nazri.

Apakah kerana dia dijangka tidak akan dan tidak mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan PM untuk mengganti Najib !!??
Apakah sudah ada usaha usaha untuk menyingkirkan....

Apakah Zahid yang menarik diri dari pencalonan jawatan Timbalan Presiden meneruskan impiannya, sedang berkira kira membawa masuk KJ sebagai Timbalan Menteri untuk memperkuatkan jenteranya...

Dengan Razak Baginda yang sudah bebas dan JJ di London ...semuanya bereh.


http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/12/najib-minum-arak-secara-terbuka.html



AnaK Menteri malaun mana ni...

http://khairulryezal.blogspot.com/2009/12/siapa-nazri-hendak-memanggil-tun-dr.html

Kenapa Najib masih kekalkannya, UMNO sengaja mencari nahas..belum memadaikah jika ada yang menggelar UMNO sudah busuk sampai ke usus..

You belong to a racist party: Dr M to Nazri
Dec 8, 09 6:32PM
BREAKING NEWS The former premier calls on the minister to resign from Umno if the latter is against racism. Without mincing his words, Mahathir says Umno is a racist party.

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz - senjata makan tuan


Nik Aziz yang dulunya gagah, disanjung dan menjadi harapan dan sandaran kini lemah, longlai dan perlu dipimpin dan terpaksa 'disandiwarakan' untuk dilihat masih gagah.


Segelintir penyokong PAS yang dibantu sepenuhnya dari parti pembangkang lain akan meneruskan 'sokongan' kepada Nik Aziz yang kini mula hilang sokongan dari kepimpinan partinya sendiri, hilang sokongan dari ahli luar PAS Kelantan dan hilang sokongan dari segelintir ahli PAS Kelantan.


Nik Aziz yang cuba menggagalkan usaha kerajaan perpaduan atau kerjasama UMNOPAS yang diketuai Hadi Awang kini bersendirian dalam cuba menyelamatkan maruahnya yang tercalar dengan isu penajaan haji dan doa laknat yang tidak kena tempatnya.


Senjata makan tuan..


Thousands rally for Nik Aziz in KL
posted by Abdul Rahim Sabri at
Malaysiakini - 35 minutes ago
The rally was held to support PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat who is under fire from Umno.

KB Mall - kebakaran? kematian? runtuh?




Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya
06/12/2009 8:26pm
KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.
Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.
— BERNAMA


Terkini: 7.00 petang




Sesuatu terjadi di KB Mall petang tadi, dijangka melibatkan kematian..di luar KB Mall, jalanraya sesak dan lautan manusia..


Siapa yang boleh sahkan...




Saturday, December 5, 2009

Isu Royalti Minyak Kelantan...mantan PM lebih layak


Isunya: Nik Aziz kesal kerana wang ehsan tidak disalurkan terus kepadanya.




Tengku Razaleigh masih impikan jawatan PM secara datang bergolek...

Sunday, November 29, 2009

Nik Aziz - renungkanlah..


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.

Monday, November 23, 2009

Nik Aziz cuci tangan... Jawatan MB, penawar sakit belakang Husam.

Kecelaruan politik Kelantan, apakah perlepasan dan perletakan jawatan Ariffahmi akan menyebabkan Nik Aziz 'cuci tangan' dan dilepaskan dari tuduhan rasuah. Nik Aziz berada di dalam mesyuarat ketika perlantikan menantunya dibuat dan alasan Legal Adviser tidak memberi apa apa pendapat halangan tidak boleh dijadikan alasan.

Logiknya siapa yang berani menghalang 'keputusan' Nik Aziz seorang MB dan Ulamak Tersohor Maksum, Hadi Awang pun tunduk inikan pula exco dan pegawai kerajaan.
Jika ia terjadi di kalangan MB UMNO, agaknya goncang dunia ini dihinggut puak pembangkang siang dan malam, entah berapa demonstrasi jalanan yang akan dibuat atas nama 'keadilan untuk rakyat'.

Apa UMNO Kelantan buat? Memerhati dari jauh...

Benarlah kata Ibrahim Ali, sudah sampai masanya Nik Aziz yang tidaklah sebersih mana untuk mengundur diri.. biarlah Husam yang selama ini berkuasa dan mempengaruhi di belakang tabir menjadi pengganti dan menjadi pemain realiti.

Hanya jawatan MB mampu jadi penawar sakit sakit belakang Husam !

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...