Monday, June 21, 2010

Nasib baik mangkuk ni tak jadi PM Malaysia

Nasib baiklah mangkuk ini tak jadi PM Malaysia. Cakap poilitik memang hebat, cakap ekonomi "... ahli lembaga pengarahnya tidak mengetahui tentang kerugian " ... mbah dia

Kalau nak jaga Sime pun dah 'mati pucuk' apalagi nak jaga negara.

Mangkuk ini juga yang menumpahkan begitu banyak darah Melayu Islam di Memali ketika Mahathir berada di luar negara sedangkan ancaman alMaunah lebih besar dari itu dapat ditangani dengan sedikit pertumpahan darah.

Mangkuk ini jugalah anatara punahsihat Dolah sehingga mendapat gelaran Tun dan dilantik menjadi Pengerusi Sime.

Satu lagi mangkuk, bekas TPM di luar sana masih berusaha keras untuk jadi PM, memang sudah ditakdirkan Malaysia akan lebih selamat tanpa mangkuk2 ini.

Saturday, June 19, 2010

Melayu kahwin campur di PRU13

Paklah dan Najib berjaya kurangkan pengaruh majoriti Melayu di Malaysia, Melayu mahu dibawa ke mana?

Tun Dr Mahathir kata, Melayu ada majoriti 60% di Malaysia dan terbahagi 3, satu bahagian ada 20%. Kita namakan Melau PAS 20%, Melayu UMNO 20%, Melayu lain lain 20%.
(Melayu lain lain berpecah pula kepada Melayu PKR10%, Melayu Sabah 5% dan Sarawak 5%)

Cina ada 30% terbahagi kepada Cina MCA 5% dan Cina DAP 25%

India ada 10% terbahagi kepada India MIC 5%, India PPP 2% dan India lain lain 3%

Cina DAP 25% adalah majoriti di Malaysia dan sedang menguasai corak pemerintahan negara akan datang.

Pembangkang pula terdiri dari Cina DAP 25% + Melayu PAS 20% + Melayu PKR 10% dan India lain lain 3% menjadikan jumlah 58% untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

Sayugia diingatkan Melayu kini sudah tidak bersatu atas nama rumpun Melayu tetapi berumpun kepada kiblat parti mereka.

PKR melalui Anwar bergerak dan berjuang hanya untuk merealitikan impian DAP dan Anwar juga digunakan untuk 'penyedap' dan tarikan kepada PAS supaya turut bersekongkol dan bagi PAS, ia dapat tambahan undi !!!

Tuesday, June 15, 2010

Ke arah kerajaan popular..

Lewat kebelakangan ini sekurang kurangnya terdapat 2 kenyataan Menteri yang agak menganggu perasaan rakyat, satu dari Idris Jala tentang kemuflisan negara dan keduanya dari Nazri tentang pengurangan biasiswa. Kedua duanya mendapat reaksi dari pelbagai pihak hingga ada yang menuduh Menteri berkenaan memandai mandai atau seolah menikam Najib dari belakang.

Jangan salahkan Menteri2 yamg telah diberi tugas dan di amanahkan oleh Najib selaku PM, mereka mengeluarkan kenyataan jika bukan kebenaran dan realiti.

Menyatakan kebenaran dari kebiasaan dan mennyatakan sesuatu di luar kotak dari dalam kotak biasa memang sukar diterima.

Apa yang sedang dilalui oleh Menteri adalah kenyataan dan apa yang sedang diucapkan oleh Najib hanya satu retorik penyedap telinga dan sebahagian dari taburan janji pemanis kata.

Sandiwara ini dapat kita lihat bukan dari bibir Menteri sebagai menarik balik kenyataan atau memohon maaf atau membetulkan fakta tetapi dari mulut PM, keputusan belum muktamad.

Najib lebih mahu menjadi Perdana Menteri atau Kerajaan yang Popular, popular dengan pelbagai janji seperti yang dilakukan oleh Paklah sebelum ini, projek demi projek, peruntukkan demi peruntukkan tetapi hakikatnya 'duit' tak ada. Ambik dari bahagian ini untuk diperuntukkan di bahagian lain, bila ada Menteri berkaitan terjerit terlolong peruntukkan tiada, barulah disedari... jawapan yang pasti Keputusan belum Muktamad.

Pelik dan hairan beberapa projek seperti Istana Negara, cadangan bangunan Parlimen baru, projek Permata, lawatan luar negara sambil shopping dan sebagainya yang tidak menjadi terlalu keutamaan tetapi telah mendapat tempat utama untuk dilaksanakan sedangkan soal biasaiswa, pendidikan anak bangsa dipinggirkan.

Adalah agak pelik 2o tahun yang lalu, Malaysia yang baru membangun, miskin boleh memberi peruntukkan yang besar terutama kepada anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran tetapi di ambang sekarang kononnya negara telah maju, peruntukkan ini dikikis hingga begitu banyak cerdik pandai anak Melayu mendapat pendidikan yang tidak sempurna dan di IPTS yang lebih 'cekik darah' dan komersial.

Kerajaan UMNO hari ini sudah lari dari tanggungjawab sebenar.

Monday, June 14, 2010

PAS perlu di GONG GONG

Penubuhan sayap penyokong PAS yang terdiri dari bukan Islam dan cadangan supaya bukan Islam bertanding atas tiket dan menggunakan lambang PAS pada pilihanraya sangat menarik tetapi ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana di dalam PKR dan DAP sendiri, calonnya terdiri dari berbagai bangsa dan ugama.

Sebagai parti yang berteraskan Islam, membuka peluang kepda bukan Islam untuk dipayungi sesuatu yang menarik, lebih menarik dari BN kerana mereka akan terus ditadbir secara langsung oleh pengurusan kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa mutlak. Tidak seperti BN, Presiden BN tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas ahli komponennya.

Jika ADUN dan MP PAS diikat dengan 'sumpah perceraian', maka ADUN dan MP yang bernaung di bawah PAS juga perlu akujanji seperti tersebut atau yang lebih 'ketat' lagi.

Dalam hal ini, jika UMNO dilihat sudah lemah dan PAS pula mendapat kepercayaan bukan Islam maka sekali lagi proses "ala BN" akan berlaku, malah konsep yang di amalkan PAS lebih sempurna dan kelansungannya.
Bukan Islam juga boleh memeluk ugama Islam untuk terus berada di dalam PAS dengan lebih sempurna dan terjamin masa depan politik untuk memperjuang bangsanya.
Islam akan lebih berkembang dan dihormati atas nama saksama dan keadilan. Krisis perkauman juga dapat diminimakan malah mungkin kita sudah tidak punya masa untuk 'bertikai' tentang bangsa kerana Islam 'melayan' semuanya secara adil. Islam tidak pernah mengadili sekumpulan atau seseorang itu berdasarkan etniknya.


Semua ini tidak mudah tercapai oleh PAS malah ia menambah tentangan dan saingan.
UMNO yang sedang kehilangan undi Melayu dan kaum2 lain kali ini betul2 tersepit. UMNO yang begitu yakin orang Melayu akan tetap menyokongnya semata mata kerana PAS sudah mendukong DAP akan terkejut besar dengan perubahan ini.
DAP dan PKR sendiri akan merasa bahang tindakan PAS ini kerana PAS lebih boleh berdiri tanpa mereka.

PAS akan mula dilihat sebagai 'musuh' yang terang nyata bagi BN dan 'musuh dalam selimut' bagi Pakatan Pembangkang.

DAP terlalu perkauman, PKR hanya dengan perjuangan peribadi Anwar dan bagi yang sudah lama hilang kepercayaan kepada UMNO, bagi yang masih kecewa dengan tindakan2 UMNO sekarang, bagi yang duduk di atas pagar dan bagi yang belum berparti dan belum berpihak, jom kita ramai ramai masuk PAS.

Ahli ahli PERKASA patut mendahului...

Saturday, June 12, 2010

Hanya judi sukan haram bagi PAS, judi lain?

posted by null at Malaysiakini - 48 minutes ago
*PAS MUKTAMAR *100,000 members of the Islamic party will march through the streets of KL on July 3 to press their point.

Kenapa nak buat bantahan terhadap judi sukan sahaja, bagaimana lesen judi lain dan termasuk lesen arak, apakah itu halal bagi PAS.

Alang alang berdemo, buatlah desakan juga kepada kerajaan untuk laksanakan hukum hudud???

Friday, June 11, 2010

Perwakilan PAS tanpa penginapan..

Hari pertama di PUTIK, ketika sedang meninjau ninjau tapak jualan, bertembung pula dengan perwakilan PAS dari satu Bahagian dari Johor, sembang punya sembang, rupa rupanya nya mereka tidak disediakan penginapan atau apa apa tambang untuk perwakilan, semuanya sendiri tanggung. Itulah jihad namanya - kata mereka.

Ana bersetuju dengan pengorbanan mereka, sejauhmana samarata dengan perwakilan dari negeri2 lain?

Lalu anak tumpangkan mereka di ofis ana cawangan Kelantan, depan Renai Hotel - ofis tapi lengkap untuk segala keperluan penginapan untuk sekadar satu atau dua famili (ala homestay), kepada sesiapa yang tak ada penginapan di Kota Bahru, hello hello lah ana di sini. Tanggung bereh.

Malamnya pula ana bertemu seorang Setiausaha Pemuda satu bahagian UMNO Kelantan, dia mengakui itulah kehebatannya perwakilan PAS, mereka guna duit sendiri tapi kalau UMNO, jangankan perwakilan, pemerhati pun 'demand' hotel. Itu baru Perwakilan Pemuda, belum lagi Wanita, Puteri dan Bahagian itu sendiri. Puluhan ribu ringgit hanya habis untuk penginapan dan kos pengangkutan sahaja.

Jadi kedua dua pihak (UMNO dan PAS) fikir fikirkanlah supaya keadaan lebih seimbang.

Monday, June 7, 2010

promosi Utusan Malaysia

Utusan Malaysia hari ini memberi promosi hebat kepada kerajaan Barisan Nasional sebagai Kerajaan BELUM MUKTAMAD di muka depannya.
KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.... Berita Penuh

Jika keputusan pun perlu ambil masa sebelum di muktmadkan, bila pula perlaksanaannya akan bermula.

Kerajaan harus senaraikan semua projek atau perancangannya yang Sudah Dimuktmadkan dan Yang Belum Muktamadkan untuk rakyat mengetahui kedudukan sebenar.

Kenapa pula beberapa faktor kerajaan menunggu reaksi rakyat sedangkan dalam beberapa perkara lain, kerajaan terus buat keputusan muktamad. MECD kenapa dihapuskan dan sampai kini apa gantiannya yang jelas dan jitu???

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...