Saturday, August 17, 2013

Anak Nazri - Nedim kena tendang..

Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak .

Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," (gambar)  katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar, Pekan hari ini.

"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me. You must
know, I'm a trained lawyer and I know what I am doing”

"I don't please anybody but myself. If making him a special officer makes me happy then that's it. He (Nedim) is happy working for his father”.

"Today I am still a minister appointed by a bigger majority in my constituency, so what do they have to say?" (gambar)


Friday, August 16, 2013

ada menteri lantik bini jadi pegawai khas kenapa tak terkejut pun?

budaya melantik kroni, keluarga sebagai pembantu khas adalah budaya pemimpin politik malaysia yg sudah lama bertapak samada rasmi ataupun tidak.
budaya ini sama tuanya dengan budaya bagi projek kepada anak bini menantu ipar duai sepupu sepipit.

oleh itu apabila nazri melantik anaknya sendiri sebagai pembantu khas tanpa melibatkan duit rakyat (?) sepertimana juga di lakukan oleh exco dap maka wajar jangan ada yg buat2 terkejut atau naik histeria.

najib sendiri kata 'ok' dan kita pun dah terbiasa rosmah gantikan najib sekali sekala - jangan pelik !!!!





mukhriz dalam bahaya

keazaman mukhriz sebagai menteri besar untuk tidak membenarkan keluarga mendapat projek dan perniagaan kerajaan negeri dilihat seperti janji manis atau kata2 biasa mana2 pemimpin politik yg sedang berkuasa. hairan pula apabila sprm mengambil serius dan memuji keazaman itu, adakah kerana ianya keluar dari mulut mukhriz dan bukannya dari mulut kj ? !

bukankah keazaman mukhriz itu satu sindiran pedas kpd ketua menteri pulau pinang?
bukankah keazaman mukhriz itu petanda amalan kroni berleluasa di negeri yg dikuasai bn hingga perlu mukhriz mengistiharkan keazaman berasingan?

apakah sprm bersetuju di negeri lain amalan kroni kpd keluarga sedang berlaku sehingga perlu memuji mukhriz? bagaimana di peringkat pusat? di jabatan perdana menteri itu sendiri?

dan sudah tentu mukhriz tidak akan melantik anaknya sendiri sebagai 'pegawai khas' di pejabat menteri besar seperti apa yg dilakukan oleh nazri, menteri kabinet kesayangan najib!

bukankah azam mukhriz itu sesuatu yg menempelak rakan sejawatnya? membayangkan juga pemimpin pas terdahulu spt azizan dan nik aziz juga tidak telus!

azam sebegitu sangat merbahaya di dalam politik malaysia. anwar ibrahim sendiri tidak mampu berazam spt itu !!!!

Thursday, August 15, 2013

pengaman pbb - idea geliga kepala hotak lge

aku setuju sangat2 dengan lim guan eng supaya menjemput pasukan pengaman pbb untuk membantu pdrm dan atm malaysia menghapuskan ahli penjenayah yg mencecah 300 ribu orang. alang2 dah datang elok pantau dan musnahkan sekali talibarut dan sakibaki komunis yg berada di new village dan bandar2 besar, musnahkan juga pendatang haram, pelacur2 dari negara cina dan bapa2 ayam dari malaysia. kepakaran pbb juga boleh digunakan untuk menggeledah dan mendedakan cybertrooper2 spt redbean.

untuk membuktikan cadangan dap itu adalah yg terbaik, genius sewajarnya dap mulakan dulu dng menjemput pengaman pbb, wakil kerajaan australia, cia, fbi dan pemerhati2 dunia dalam pemilihan semula cec-nya.

amacam!

# akû terkejut beruk bila mengetahui akhirnya sebuah parti yg besar kepala spt dap terpaksa melutut dan akur dng ros - ingatkan tera sangat !!!!

dan aku nak berpesan kpd dunia, pesan orang tua melayu dulu untuk ingatan anak cucu - cina kalau tak tipu bukan cina namanya.

ada lagi ke org nak masuk umno...

menjelang dan semasa pilihanraya media perdana tak cukup ruang saban masa menyiarkan berita kemasukan beramai-ramai, setaman, secabang, sekampung terutama ahli pembangkang yg menyertai umno.


selepas pilihanraya, keghairahan itu menyepi???? apa yg tak kena?

tidak pula kpd pas...kemasukan keahlian pas dilihat tidak bermusim, tak ada angin pun pokok bergoyang !!!!
terbaharu bekas lagenda  pemain bolasepak kebangsaan dan beberapa rakannya, abdullah ali, juga bekas eksekutif petronas menyerahkan borang keahlian pas seumur hidup kpd nik aziz dalam satu majlis di kota bharu.

abdulah ali dan rakan2 nya bukanlah orang yg sangat berpengaruh tetapi kemasukannya ke dalam pas bukan pada musim pilihanraya atau musim2 berkepentingan sekadar menunjukkan pas masih laku, umno ada?

dengar apa pula alasannya memilih pas?

rasuh dan ketidakadilan di dalam umno?


Wednesday, August 14, 2013

najib mampu tangani mahathir

jika ada sesiapa masih percaya mahathir mempunyai pengaruh yg masih besar ke atas pemimpin dan ahli umno sekang adalah wajar tanggapan itu disederhanakan. dalam usia 80n dan dengan pergerakan terhad sewajarnya mahathir berehat dan tinggalkan sepakterajang politik yg semakin kotor

selain dar faktor di atas, najib sendiri sudah cukup bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dari mahathir yg sedikit banyak sudah mula mempertikaikan beberapa keptusan politik atau pentadbirannya yg senada dng perkasa.

melantik kj sebagai menteri adalah petanda jelas najib mencabar mahathir walaupun dlm masa yg sama melantik mukhriz sebagai mb kedah. tiada perlantikan untuk ali rustam mengisi apa2 jawatan kabinet juga jelas najib ingin mengurangkan pengaruh mana2 pihak yg mungkin cenderung menyokong muhyiddin. perlantikan zahid hamidi sebagai menteri dalam negeri juga memberi isyarat bahawa sesiapa yg berani 'melanggarnya' perlu terlebih dahulu berhadapan dengan zahid sebagai calon timbalan presiden yg paling sesuai dan gandingan terbaiknya - sebab itulah muhyiddin dan ku li terus menikus.

tidak cukup dengan itu, beberapa strategi di susun untuk membalun mahathir supaya sedikit sebanyak kewibawaan mahathir terjejas. buku 'awakening' paklah ada potensi kemungkinan 'lontar batu sembunyi tangan' sebagai medan ujian dan apabila didapati banyak kelemahan dan ulasan2 ganas yg menghentam paklah - pengedaran buku itu ditangguhkan dengan alasan dangkal dan bodoh, sekaligus menampakkan pro mahathir masih ada walaupun tidak membimbangkan.

desas desus anwar akan dibawa masuk ke dalam umno adalah kemuncak permainan politik menjelang pau dengan alasan penyatuan melayu tetapi hakikatnya mengukuhkan najib dari disentuh oleh mana2 pihak.

mahathir sudah kehabisan peluru...

Tuesday, August 13, 2013

ini acuan najib


ada dua perkara, bagi aku fakta


majoriti apa yg sedang berlaku di negara adalah acuan najib, itu yg dia mahu dan dia suka dan ini juga apa yg pembangkang suka.
contoh - pembubaran beberapa akta keselamatan tanpa alternatif yg sama kuat telah
mendedahkan rakyat kpd bahaya jenayah dan bahaya tidak hormat dan takut pd undang2 semakin berleluasa termasuk kes penginaan ugama dan bangsa.


bagi org melayu yg menaruh harapan kpd umno, mereka sedang mempertahankan najib dan bersetuju dengan acuan dan halatuju najib sekarang, turut setuju dng najib ialah muhyiddin dan majoriti pemimpin umno yg mempertahankan najib sebagai yg berada di landasan yg betul. mahathir turut sokong walaupun mungkin tidak sepenuhnya - tidak ada bantahan keras spt mana di era paklah - mungkin takut menepuk dulang !!
bagi segelintir kecil ahli umno termasuk blogger jalanan - umno sudah tidak boleh diselamatkan, sedang bergerak laju menjunam...
yang betul - tentulah majoriti

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...