Satu-satunya parti yang menuju ke arah yang betul untuk memperkuatkan parti dan memenangi semua kerusi yang ditandingi parti adalah DAP.
Langkah-langkah mereka ialah:
- Menguatkan identiti dan jati diri mereka sebagai parti cina yang dikuasai oleh orang cina
- Kini membawa lakonan sebagai parti yang pelbagai kaum dalam memberi peluang dan keadilan kepada semua
- Membawa imej parti yang bersih dari rasuah dan bijak dalam pengurusan
- Bersedia bekerjasama dengan parti parti lain selagi ia membawa keuntungan
- Berjaya menanam sikap benci ke atas BN dan UMNO dengan tuduhan kroni, rasuah, penyelewengan dan tidak bijak pengurusan.
- Memberi tekanan kepada komponen BN untuk terus menekan dan menyerang UMNO
- Condong ke arah Kristian bagi menahan kemaraan Islam dan memberi imej yang buruk terhadap Islam melalui hudud. Imej tiada kebebasan berugama dan Kristian di diskriminasi di Malaysia juga tersebar ke peringkat antarabangsa.
- Menghayati Islam untuk tujuan nampak 'mesra' Islam dengan cara pemakaian dan menyebut beberapa ayat suci Al Quran.
- Menggunakan keseluruhan tipu daya untuk memecahbelahkan Melayu dan Islam kerana itulah benteng terakhir
Dalam situasi yang sama:
- PKR kini ada pergelutan dalaman yang akan membawa perpecahan dan sebahagian besarnya akan lari ke DAP.
- Anwar di penghujung politik
- PAS sedang membunuh dirinya dengan isu hudud
- UMNO tidak bergerak ke mana-mana
# MUNGKIN ANDA ADA PESANAN !!!