Monday, August 11, 2014

EXCO tak sebulu sila angkat kaki - Khalid lagi ganas dari bekas bossnya


Berhubung kedudukan Exco, Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan 4 exco kerajaan negeri dari PAS sekali gus membolehkan beliau terus mengadakan mesyuarat kerajaan negeri. Ini berdasar Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

{ EXCO DAP JANGAN NANGIS }

Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan.
Dalam pada itu Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau akan mempertimbang cadangan untuk menyertai PAS tetapi buat masa kini beliau akan membersihkan namanya terlebih dahulu.
"Sekiranya exco tidak mahu bekerja dengan saya , mereka yang perlu tinggalkan jawatan , bukan saya" Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.



Sunday, August 10, 2014

Awas Khalid Samad... Khalid Ibrahim nak join parti mana...

Ketua Perhubungan PAS Selangor menjangkakan tidak ada pembubaran DUN dan tiada kemungkinan

Khalid menyertai PAS.

Jangkaan itu mungkin tepat selagi tidak ada usul undi tidak percaya dibuat dan hanya boleh dibentangkan bila DUN bersidang November atau apakah Speaker boleh memanggil satu persidangan khas yang segera?

Semua exco yang dilantik sekarang mempunyai risiko penyusunan semula terutama jika Khalid merasakan
keperluan berbuat demikian khususnya jika exco DAP bersikap menggigit tangan tuan yang melantik mereka. DAP juga tanpa segan silu menolak Khalid tetapi mahu exconya kekal !!! Jenis kemaruk jugga lah puak ni....

DAP dan PKR tentulah bersikap berhati-hati untuk mengarahkan DUN nya membuat usul tersebut kerana ia mampu menyebabkan mereka kehilangan segalanya jika ada ADUN mereka berpaling tadah. Yang tersepit sekarang siapa? Dan siapa yang nampak bodoh memecat Khalid ?

Jangkaan Khalid tidak menyertai mana-mana parti termasuk PAS ada kebenarannya kerana jika Tuanku Sultan Selangor berpendapat Khalid masih layak sebagai MB maka adalah lebih baik Khalid kekal bebas untuk menjalankan tugasnya tanpa terikat dengan restu dan arahan parti seperti berlakunya konflik sekarang.

Rekod perhubungan Khalid dengan Istana kini menjadi faktor penentu dan jangan ada pemikiran pada sesiapapun termasuk Anwar atau DAP yang mahu mempergunakan Anwar atau mana-mana cina yang ingin mempodohkan melayu untuk menderhaka kepada Sultan dengan membuat tekanan seperti demonstrasi atau reformasi.

Khalid Samad jangan cuba berlagak jadi hero !!!!

Parti Sial Tak Berani Lagi Cabar PAS Keluar Pakatan

Yang ada...mereka merayu PAS kekal.....

Bodoh Sombong Lim Guan Eng menambah parah PKR.....Selangor Akan Jadi Kelantan 2...Syabas PAS

Anwar patut salahkan Lim Guan Eng yang menambah api kemarahan kepada ahli PAS dengan mengambil tindakan ugut dan saman ke atas Nasrudin Tantawi sedangkan Anwar sendiri mengambil pendekatan selamat dan berhemah dengan tidak melayan budak- budak bawahan PAS bagi mengelak konflik berterusan.

Lim Guan Eng sepatutnya bersabar dan membuat penjelasan keadaan sebenar sudah mencukupi untuk mempertahankan diri dan kerajaan negeri.

Keegoan Lim Guan Eng menambah parah kepada PKR, bukan itu sahaja PAS sudah mula mempersoalkan layanan kerajaan Pulau Pinang yang langsung tidak memberi muka kepada PAS Pulau Pinang untuk dilantik sebagai exco ugama.

Lim Kit Siang nyata kecewa dengan cara diktator yang tidak cukup kuku oleh Anwar terhadap Khalid yang akhirnya kini DAP Selangor turut kehilangan kongsi kuasa dalam negeri yang terkaya.

DAP akan dicemuh oleh penyokongnya di Selangor kerana tidak memainkan peranan terbaik dalam konflik MB sehingga cengkaman kuasa di Selangor akan goyah....dan selepas ini sudah susah cari makan apabila PAS memainkan peranan yang lebih utama dan bebas.

Selangor akan jadi Kelantan 2

MH17 Pujian Melangit.... HASIL ??? ....alasan

aku tau geng Rosmah nak ulas... silakan

Saturday, August 9, 2014

Menteri Kemaruk Jawatan

Kita menyokong penuh supaya kj terus memegang jawatan sebagai menteri belia dan sukan kerana belum

didapati dia puncanya walaupun sukan komanwel hancus secara moralnya. Dalam politik moral tidak penting...

Kj hanya akan bersedia bertanggungjawab sepenuhnya jika malaysia cemerlang.

Lagipun kj secara prinsip harus meneruskan jawatannya kerana setakat ini Najib tidak minta dia berbuat demikian, malah mereka sentiasa karib dari masa ke semasa, berbalas tweet.

Hanya yang busuk hati dan cemburu sahaja bertindak meminta Kj berundur. Hakikatnya Kj satu-satunya yang cukup popular dan mesra dengan semua Persatuan Sukan. Lagi pun ada ke mana2 badan yang berani meletakan kegagalan sukan komanwel disebabkan Menteri.....ada berani???

Malaysia mungkin memerlukan 20 tahun lagi untuk kita menyaksikan Menteri meletak jawatan atas tanggungjawab dan moral. Setakat yang ada-ada ni, mereka sanggup bertongkat kalau terpatah kaki asalkan tidak perlu melepaskan jawatan.

Ingatkan di PKR je berebut kuasa, kat UMNO pun berlambak.....

Kalau you jadi Menteri? how?

Apa Jaminan Selepas Khalid - Azmin bukan mangsa seterusnya...

Mungkin terlalu awal untuk diperkatakan...

Anwar sudah tentu tidak akan melayan cakap-cakap orang bawahan yang menjangkakan Azmin akan jadi mangsanya selepas Khalid disingkirkan secara bernafsu. Kenakalan budak-budak Azmin cuba sabotaj beberapa keputusan Anwar tidah harus dianggap mendapat restu Azmin.

Kita percaya Anwar akan menghormati Azmin sebagai rakan kongsi secara peribadi dan eksklusif, sahabat dan rakan karib malah sudah di anggap keluarga. Jika Anwar terbukti melayan Khalid secara baik, sudah tentu Azmin wajar dilayan serupa.



# Khalid tidak dipecat oleh Anwar, sebaliknya itu adalah keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang diluar pengaruhnya dan perlu dihormati.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...