Saturday, September 6, 2014

Ada Sesiapa Berhutang Dengan Najib (?)

Apakah Najib sedang membawa negara ke arah kehancuran sedikit demi sedikit...
Kalau nak cepat hancur, kenapa tidak serahkan sahaja pada Anwar...

Apakah Najib mampu memajukan Negara dengan lebih pesat..
Kemajuan negara akan lebih pesat hanya jika cina memerintah...serahkan pada lim guan eng and the gang...

Bagaimana dengan Isu Keselamatan - PPS kan ada !!!

Bagaimana dengan ekonomi orang Melayu jika cina perintah...
Apakah sekarang ekonomi majoriti Melayu yang mengundi umno,  bukan kroni, lebih baik di tangan Najib..

Bagaimana pula dengan Islam...
Apakah Islam dari segi pemeliharaan, era Najib lebih baik dari era sebelumnya...

Adakah sesiapa yang lebih layak dari Najib jika dia berundur...
Kalau kita nak bandingkan Wan Azizah dengan Najib..memang tidak ada sesiapa yang layak...

Apa ciri-ciri politik penting untuk ganti Najib...
Jangan simpan anu dalam seluar tidak berfungsi...
Sekurang-kurangnya Haji Hadi pun dah tunjukkan....

Apa sumbangan kamu kepada negara (?)
Tersalah pilih pemimpin...

Apa sumbangan negara kepada kamu (?)
Politik siang malam...








*Jika ada jawapan berbeza, sila guna ruang komen di bawah.

Jangan sebok nak minta 3 Abdul bersara.. Mereka masih asset negara

Kalau tiga Abdul ni nak bersara..apakah politik Malaysia akan lebih baik (?)

Bersara sebab apa (?)
Usia
Kalau aktif pun..menjahanamkan negara
Integriti pun sudah tiada..
etika dan moral (?)

Who should go first..
1) Anwar - serta merta
2) Lim Kit siang - hujung tahun ni
3) Hadi Awang - Januari 2015

Siapa lagi yang patut bersara (?)
Kenapa (?)
Bila (?)



Untuk minta mereka bersara, itu kerja pak pandir..

Biarlah mereka reput sendiri dalam politik !!!

Lagipun yang mengganti pun lebih kurang,,

Inilah Politik Malaysia Kebanggaan Rakyat !!! 



“Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng” - Mahathir

“Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan Negara” - Mahathir

What is the relevance if Najib is kicked out? Still dumb - OutSyed the Box

Friday, September 5, 2014

Fatwa Melayu

" Cina itu Yahudi Malaysia " - itu pesan orang ugama dolu dolu yang di tazkirahkan kepada aku oleh
seorang imam tua sekejap tadi.

Masih relevankah...
.......

2 Perkara Gembira Untuk Rakyat Malaysia Raikan...

1. Penubuhan PASMA dianggotai ahli PAS dan sebahagian pemimpin kanan - petanda awal PAS sedia berpecah... makin meriahlah Melayu berpolitik.

2. Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta yang lebih sopan dan mesra rakyat sesuai dengan rakyat Malaysia yang makin bertamadun dan beretika - tolong segerakan dengan pantas.

3. Sewajarnya kita tumpang atau tambah satu lagi berita..Penubuhan PPS yang digembar gemburkan oleh kedua-dua pihak kini sudah reda...tidak tahu apa endingnya..apakah secara diam sudah ada persetujuan bersama yang tidak perlu dihebahkan?

Thursday, September 4, 2014

Selain anwarinas, siapa gunting tersorok di lipatan dalam PAS

Samada PAS kekal atau keluar dari Pakatan...kerosakan telah berlaku melibatkan integriti, kepercayaan dan kesetiaan.

Lagu atau permainan selepas ini sudah berbeza...Yang akan kena tikam dari belakang bertubi-tubi ialah PAS jika tidak berhati-hati. Masing-masing mencari peluang, jika pun ada persefahaman calon di Pengkalan Kubur kelak ianya satu sandiwara yang terpaksa di adakan, tidak ikhlas.

Antara kemungkinannya kerusi diserah kepada PKR tetapi akan ada ahli PAS bertanding atas tiket calon bebas.
Jika PAS masih bertegas mahukan kerusi tersebut...inilah titik sebenarnya perpecahan atau berpatah arang PAS dan PKR.

Dalam situasi kekal atau keluar... Keluar adalah jalan tetbaik untuk PAS keluar dari segala masalah luarannya. Selepas itu PAS perlu fokus dalamannya samada anwarinas disingkirkan atau PAS ditelan anwarinas...Hadi and the gang tersingkir.

Selepas itu barulah Hadi tahu, siapa gunting dalam lipatan.
Mana satu pagar, mana satu padi.




# Dikhabarkan golongan kecewa dalam PAS ada menubuhkan sebuah gabungan baru, rengkasnya PUSSY akan menggantikan PAS dalam Pakatan dan ini juga ada kaitan dengan kemungkinan PRUN jika DUN Selangor dibubarkan.

Wednesday, September 3, 2014

Menteri Kayu Dapat Pingat..

Baru jap tadi....Ada orang alert aku tentang ada Menteri dapat pingat..
Aku tanya siapa...tak ingat tapi menteri kayu..
Mana ada Menteri Kayu sekarang...dulu zaman Tunku Tun Razak ada kot...Menteri Galian dan Kayu Kayan...
Cuba kau surft internet...
Ishhhh....buang masa saja..

Siapa bagi...aku tanya lagi..
Menteri Tunggul katanya....
haaaa...Menteri Tunggul bagi pingat pada Menteri Kayu...
Issshhhhhh...lawak ni

Pingat apa..aku dah mula minat..
Pingat keberanian....

Menteri tu pergi perang ke?...
Takkk...
Habis berani ape nye...
Berani bagi amaran...

Ishhhh...sah lah member aku ni bergurau...











# Ada kaitan ke dengan tajuk dibawah...last post

Kejayaan Najib sedikit sangat...tak berbaloi ( SAYA KHUATIR TUN RAZAK TIDAK MAAFKAN NAJIB - TUN ABDUL HAMID Seksyen 31 (1) (f) Akta Hasutan )

Suasana persekitaran negara yang sedikit kecoh di PP, Selangor, Malaysia Timor dengan politik yang tidak stabil, keselamatan tergugat samada Najib lepas tangan atau hilang kawalan dengan sikap membisunya.

PM seolah tidak ada idea atau maklumat untuk bercakap, mungkin menunggu selepas nasi menjadi bubur..

Mungkin setakat yang berlaku sekarang belum cukup standard untuk najib bercakap atau campurtangan..seperti kata sesetengah pihak..takkan semua Najib nak buat...dia kan ada menteri dan budak-budaknya...

Mujur kita ada seorang KPN Khalid Abu Bakar yang masih boleh digantung harap untuk mengawal keadaan dalam negara..jika mantan KPN yang lalu, Ismsil Omar masih KPN dan Hishamuddin Menteri KDN - Malaysia dah lama dikuasai samseng.

Keselamatan Negara dari ancaman luar juga banyak bergantung sejauh mana bijaksananya Panglima Tentera TS Zulkeifli...kita bimbang ada Menteri di situ yang jenis apologetik...

Orang Islam dan Melayu serta rakyat yang cintakan keamanan masih boleh rasa selamat jika kedudukan Sultan dan Raja Melayu tidak digugat dan kepimpinan serta halatuju PDRM dan ATM di landasan yang betul.

Kerajaan tanpa dua pertiga majoriti di Parlimen dengan ber-PM-kan seseorang seperti Najib yang sedikit sangat kejayaannya (banyaknya lebih kepada gagal) sudah tidak boleh dipercayai berkeupayaan mengawal negara.

Pembangkang yang sepatutnya bersabar menunggu PRU14 wajar berperanan check and balance terhadap kerajaan yang sedia ada juga gagal 200%.
Mereka lebih rakus dan tamak menyamun di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mengejar dan berebut pangkat dan kuasa sesama mereka tidak lebih umpama beruk dapat bunga.

Satu kerja gila yang sedang dibuat oleh lim guan eng di PP ialah penubuhan PPS tidak lain tidak bukan dengan agenda besar politik untuk menyaingi kuasa polis dan mempertahankan diri secara kekerasan.

Diikuti bapanya yang cuba menghasut perpisahan Malaysia Timor dengan Malaysia Barat dengan harapan melemahkan kuasa UMNO di Semenanjung adalah satu lagi ciri-ciri komunis yang cuba dipamirkannya sebelum dia mampus.

Dengan akhlak dan nepotisme Anwar and the gang yang merudum serta PAS bagai kapal karam - tidak ada satu kemungkinan pun mereka akan jadi lebih baik dari kerajaan sekarang - mereka lebih sesuai dipanggil pakatan haprak yang menjalankan aktiviti sekadar menyusahkan rakyat dan merosak perpaduan.

So, what is the moral of the story ?

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...