Thursday, September 11, 2014

Tak Setuju Tun Mahathir...

Ramai juga tak setuju Tun terus kritik secara terbuka ke atas Najib...atas beberapa alasan:
1) Najib is PM..biarlah dia tadbir cara dia
2) Apa yang Najib buat belum dapat dibuktikan hasilnya sekarang..tunggulah dulu
3) Tun just shut up..your time is over, gone...
4) kritikan membawa kesan kpd umno dan bahan kpd musuh..
5) lain-lain


Bagi aku satu perkara sahaja..Najib kena jawab secara vokal dan fakta untuk tutup mulut Tun..jawab sendiri, bukan melalui pemimpin lain, bukan jawab secara sipi, bukan jawab guna media upahan..

Bersikap berani, bersikap ada telor macam Hadi tibai Anwar..
Ahmad Maslan boleh jawab...tapi bukan standard dia..
Ahli umno dan rakyat nak lihat orang nombor 1 jawab..

Bercakap jika benar..diam tu tanda Mahathir betul..tak perlu beralasan lagi sebab Mahathir sendiri sudah cakap direct to his face, tiada selindung.

Di era Mahathir...dia jawab, serang balik hatta Bush sekalipun..

Wednesday, September 10, 2014

Peringatan DAP ke atas Islam dan Bumiputera....simpan dalam otak











http://www.ismaweb.net/

Najib akui GST bebankan rakyat..

GST bukanlah langkah yang popular tetapi rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan kelak kerana langkah itu membuatkan ekonomi negara kuat - Najib

Kenapa ekonomi negara sekarang tak kuat?Siapa Menteri Kewangan sekarang? Anwar @ Hadi ?

Anwar semasa Menteri Kewangan pernah sebut dan mahu laksanakan segera - Najib.

Bila Najib akui tidak popular, bermaksud ia membebankan rakyat. GST adalah neraka bagi rakyat miskin.
Dan rakyat yang berada dalam neraka akan berterima kasih kepada kerajaan kerana kewangan negara kukuh atas kertas !!! (?)

SIAPA RAKYAT MISKIN TERSEBUT?



Ingat lagi zaman paklah, petrol dinaikkan dengan margin besar konon untuk kerajaan sediakan frasarana pengangkutan yang lebih baik - habuk pun takdakk...berapa ribu kali rakyat nak ditipu !! Rakyat didahulukan - lancaucincau.

So what Najib kalau ekonomi kerajaan kuat? Bila tu? 
Kalau akan kuat pada 2020..tak ada maknanya..UMNO dah bungkus ma,sa tu..2018

Rakyat tak peduli siapa yang sebut dulu, Anwar atau Mahathir atau Rosmah atau Azizah? - jika itu satu yang sangat membebankan rakyat bawahan ia wajar tidak dilaksanakan, cari kaedah lain, itulah tugas PM.

Penekanan cukai harus ditumpu kepada kekayaan yang berlebihan dan ketirisan pungutan cukai dan penipuan mengelak cukai oleh ikan jerung...bukan kejar dan heret rakyat ke mahkamah yang tidak bayar cukai dua ribu ringgit atau denda gila pada yang sekadar tidak hantar borang.

Rakyat bukan patung mainan untuk direbut oleh pemimpin, siapa sebut dulu, siapa dapat dulu, siapa main dulu..

Lebih baik Najib berterus terang - GST adalah pungutan cukai yang paling berkesan untuk negara bayar hutang disebabkan sikap boros Najib !!!



# Dengan begitu banyak kegagalan, kalau sekarang saya PM, saya dah letak jawatan - Mahathir
Tentunya saranan Tun bukan kepada Najib, cuma kepada kepada siapa yang jadi PM sekarang !!



Tuesday, September 9, 2014

PKR dah mula kecut dengan Hadi..

PKR tak berani ambik kerusi Pengkalan Kubur...Terlepaslah peluang calon PKR nak jadi MB Kelantan..


Samada PKR takut dengan UMNO atau nak pujuk Hadi....

Yang sorang lagi tu buat apa lagi PAS nak simpan..elok rebus buat makanan buaya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membayangkan parti itu diberi kepercayaan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

Wan Azizah memberi laluan kpd PAS sebab sepakat nak lawan UMNO....



# Pada pecacai PKR dinasihat berhentilah kutuk Hadi sebab pemimpin awak pun dah kecut telor kalau PAS keluar Pakatan...

Bila Pakar Nyamuk Nak Minta Maaf..

                                                                     


Lebih nyaring dari mereka yang terlibat secara langsung dalam Krisis MB Selangor..

Kurang Perhatian dan Kasih Sayang..

Kurang undi untuk menang jadi wakil rakyat..

Bila sudah berparti...integriti pandangan bebas dan terbuka sebagai pakar sudah kurang diyakini..

Yang berkrisis sudah mohon maaf..

Sunday, September 7, 2014

Dalam umno pun ada matsabu..jangan buat2 x nampak pulak..

Dalam dok gelak kat Hadi Awang..harap-harap PAS karam..ikan yu dah berkeliaran...

Apakah umno cukup kebal dan terhindar dari anwarinas sedangkan hakikatnya separuh dari Naib Presiden UMNO adalah bekas anak buah Anwar...termasuk Presidennya malah Timbalan Presiden pun pernah dalam satu team Anwar????

Mungkin mereka lebih selesa dalam juzuk anwarinas sebagai pelindung dari teguran Mahathirism..

Kita boleh agak siapa "mat sabu" dalam UMNO...

Siapa yang galak betul menyokong ISA dan Akta Hasutan dimansuhkan?

Haji Hadi hilang selipar di masjid...

Masih bersama Pakatan cuma tidak setuju dengan pencalonan wan azizah. Itu kesimpulan yang boleh dibuat berhubung pendirian Hadi dan PAS.

Tidak ada isu besar sebenarnya, cuma kecoh macam hilang selipar di masjid...

UMNO jangan mengharapkan keuntungan atas angin kerana PAS tidak mahu rugi hilang undi cina.






#central committee meeting chaired by mat sabu today-hadi tak hadir-keputusan-PAS akan reject jika calonnya diperkenan sebagai MB oleh Sultan ?

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...