Friday, October 24, 2014

Berubah..

Salam Maal Hijrah 1436



Glamhttps://www.dropbox.com/static/images/icons/icon_spacer.gif
Relaxing Hair and Body Shampoo
Anti-Stress Shampoo
https://www.dropbox.com/static/images/icons/icon_spacer.gif
Mohd Nasir Ariffin·       Antara Petanda Stress atau tekanan yang diaalami oleh seseorang ialah keguguran rambut yang banyak, kegatalan kulit kepala yang berterusan dan susah tidor.

·       Glam Anti-tekanan kapilari Syampu menggalakkan penghapusan keseluruhan kotoran dan penyumbatan folikel rambut, dan mengandungi bahan-bahan aktif dalam rumusannya teknologi tinggi, dengan menghasilkan rambut yang kuat, bersih, bebas kelumur, kegatalan,penghidratan dan kelembutan, semua ini disertai dengan sensasi yang menyegarkan disediakan oleh mint berasaskan halia
,.
Penggunaan yang berterusan akan mencegah rambut rosak, menyihatkan rambut, mengelak cepat beruban dan dalam kes tertentu melebatkan dan menumbuhkan rambut baru (bagi yang botak atau berambut jarang)

Sesuai untuk mereka:

1.    Yang kerap mengalami sakit dan pening kelapa
2.    Migrane
3.    Susah tidor
4.    Kegatalan Kulit Kepala
5.    Kelemumur
6.    Rambut tidak sihat
7.    Hujung Bercabang
8.    Rambut terlalu kering atau terlalu basah

Cara Penggunaan:
Boleh digunakan 3 kali seminggu atau setiap hari. Tiada kesan sampingan.
Lulus Kementerian Kesihatan malaysia www.agronetbiz2u.com

Thursday, October 23, 2014

Bukan sahaja Anwar, Melayu pun dah bosan dengan Najib..boleh terima ke tidak realiti itu...

Kaum cina sedang ghairah berpolitik bertuankan DAP terutama sedang gigih merencanakan strategi do or die dan berusaha untuk menjadi kuasa utama, dominan memerintah negara.

Pada masa yang sama parti berteraskan Melayu seperti UMNO, PAS dan sedikit di PKR sedang berdrama dan menggelusur turun prestasi mereka. Pemimpin ketiga parti sudah hilang integriti, kalau tidak pun masih di sindrom menafikan atau syok sendiri.

Adalah lebih baik ahli dan penyokong parti-parti tersebut memberi fokus yang secukupnya untuk membetulkan dalaman parti masing-masing daripada sebok membuat provokasi dan memburukkan parti lawan.

Jika mereka berterusan kegilaan kuasa yang melampau, tamak dan haloba harta dunia, Islam hanya jadi kosmetik, lupa diri, lupa cermin diri, rakyat menjadi bosan dan akhirnya orang Melayu menarik diri dan hilang minat kepada siasah semasa yang mengakibatkan pemulauan atau kebingungan untuk mengundi apabila sampai masanya.

Inilah saat dan ketikanya, musuh cukup suka. Mereka juga bukan sahaja rasis tetapi pengikut kristian yahudi yang sedang membilang hari.

Wednesday, October 22, 2014

Najib lebih bagus tanpa arahan sesiapa


Azmin hanya akan jadi MB yang bagus jika dia tidak menerima arahan dari sesiapa...begitulah lebih kurang saranan Dr Mahathir dalam pandangannya terhadap Azmin...

Apakah Dr Mahathir sarankan yang sama kepada semua Ketua Negeti di Malaysia atau sekadar kepada Azmin sahaja (?)

Sudah tentu sewajarnya Dr Mahathir tidak campurtangan terhadap Mukhriz dalam urusan pentadbiran di negeri Kedah...cuma untungnya Mukhriz dia sudah tentu boleh mendapat nasihat percuma jika perlu...

Apakah juga bermaksud Najib juga akan jadi PM yang bagus jika tidak menerima arahan dari sesiapa... termasuk darinya {Mahathir} (?)

Apakah teguran Mahathir diklasifikasikan sebagai arahan (?)

Arahan sesiapa..kepada Azmin bukan semestinya dari Anwar sahaja..mungkin ada dari orang lain (?)
Arahan atau teguran.... kepada Najib bukan semestinya dari Mahathir sahaja...mungkin ada dari orang atau pihak atau kuasa lain...(?)

Arahan tersembunyi jika ada tentu lebih merbahaya jika rakyat tidak mengenalpasti siapa dan dari mana...
Arahan rakyat atau suara rakyat sudah tentu kurang laku terutama ketika di luar musim pilihanraya...

Ahmad Maslan dan Shahidan Kassim perlu jawab...inilah masanya

Isu senggolan Rosmah terhadap Najib sudah jadi viral...

Seperti biasa adalah sukar untuk mendapatkan komen PM melainkan diam.. Rosmah sendiri memerlukan rakyat bersabar untuk penasihat menyiapkan skrip terbaik.

Inilah masanya tugas dan tanggungjawab Shahidan dan Ahmad Maslan tampil untuk menyelamatkan keadaan kecuali difikirkan remeh temeh.
Kj, Nazri, Hassan Malek jika ada idea terbaik boleh turut mencelah.

Tuesday, October 21, 2014

Senggol senggolan...

Kalau tak mau letak jawatan...
Berehatlah....
Atau ambik MC...

Jangan malukan kaum...

Monday, October 20, 2014

Perangai bangsat...

Pelik benar bila masalah dalam kain sendiri, dibawa ke pengetahuan sampai ke Astolia.. burukkan negara sendiri selepas tak laku dan hilang pengaruh di negara sendiri...

Atau sebenarnya nak cari suaka politik di sana...lebih bebas bergay..

Mana PM ?

" Kita ada Perdana Menteri macam tak ada Perdana Menteri "

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...