Monday, February 16, 2015

UMNO Takut...

Menghormati kepimpinan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, ada ura-ura kuat untuk UMNO tidak bertanding di
dua kawasan DUN dan Parlimen yang kosong
Istilahnya menghormati...

# Cadangan: Sebagai tanda terima kasih kerana UMNO tidak bertanding di Pengkalan Chepa sewajarnya penyokong PAS di Pengkalan Pauh memberi undi kepada UMNO..



# Takut dan pasti kalah pun iya juga..
Sampai bila tu.

Friday, February 13, 2015

Zahed bercakap bohong atau Tibai ...

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/02/pesanan-zul-noordin-untuk-elak-ditipu.html...kena baca link ini


Ingat tak...masa dalam penjara kes liwat pertama dulu macam-macam cerita timbul mengenai ' keistimewaan' yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat masa dalam Penjara Sungai Buloh.
                                            
Ada yang kata beliau duduk bilik yang selesa,boleh guna telefon bimbit dan lain-lain yang tidak dinikmati oleh banduan lain.

Jabatan Penjara ialah dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Menteri berkenaan Datuk Seri Zahid Hamidi yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya pagi Khamis menolak cakap-cakap Ketua Pembangkang yang kali ini dipenjara lima tahun kerana salah liwat Saiful Bukhari Azlan akan dapat layanan istimewa.

“Sebelum ini ada kebimbangan daripada pelbagai pihak bahawa beliau akan diberi layanan istimewa dan luar biasa di penjara. 

"Jabatan Penjara telah menjelaskan bahawa beliau akan diberi layanan sama dengan banduan lain seperti yang telah diperintahkan oleh undang-undang, “ katanya.- 12/2/2015

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/zahid-ulas-cakap2-layanan-istimewa-anwar-di-penjara.html

# Setakat mana Zahed Hamidi selaku Menteri KDN semasa juga merupakan mantan anak didik dan orang kanan Anwar suatu masa dulu untuk tangani masalah ini atau benar-benar bertindak selaras undag-undang tanpa pilih bulu .

Jika Anwar masih menimbulkan masalah semasa di penjara ia lebih merupakan satu gangguan dan sabotaj kepada Najib untuk terus fokus kepada negara.



### Terkini

Tun Mahathir akan ditawarkan jawatan Penasihat PKR (?) - Panasnya politik...

Thursday, February 12, 2015

Semua orang kini tertumpu kepada Najib..

PKR kehilangan sementara seorang ketua dan mentor yang dipenjarakan. Dalam tempoh 3 tahun setengah lagi Anwar akan bebas semula. Masih sempat menyumbangkan sesuatu walaupun tidak layak bertanding di PRU14.

PAS baharu sahaja kehilangan selamanya seorang tulang belakang yang sumbangannya samada hitam atau putih kepada PAS itu sendiri, Melayu dan Islam. Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

UMNO juga dilihat samada akan kehilangan seorang Presiden yang mengundur diri secara sukarela/peralihan dalam masa terdekat atau menunggu untuk berundur di PRU14 bersama dengan partinya.

Jika Najib memilih untuk bertahan (dijangkakan), dia akan berhadapan dengan dua Ketua Pembangkang...seorang di Parlimen dan seorang lagi di luar Parlimen.

Sudah tentu Mahathir antara ke hadapan untuk mengetuai satu lagi gelombang yang mewakili sebahagian suara rakyat..

Wednesday, February 11, 2015

Saiful masih kalah...

7 tahun penantian Saiful dengan kerosakan moral dan imej. Anwar hanya perlu menunggu tidak lebih 5
tahun untuk bebas semula. Berbaloi ke tidak hukuman yang telah manusia lakukan.

Betul kata Shafie sebelum hukuman dijatuhkan, 20 tahun adalah satu hukuman pengajaran yang wajar kepada pemimpin yang mengkhianati kakitangannya sendiri. Yang mengkhianati kepercayaan rakyat. Memalukan ugama dan bangsa.

Anwar sudah lama hilang maruahnya, bagaimana dengan integriti keluhuran perlembagaan dan undang-undang Malaysia (?)...

Monday, February 9, 2015

Masuk Jail Atau Tidak - Keadilan Kepada Rakyat Belum Selesai

Pada Anwar - isu awak kena jail atau tidak bukan urusan utama rakyat. Perjuangan awak adalah perjuangan peribadi - sekarang, sebelum dan selamanya. Jadi - selesaikanlah sendiri.

Pada Obama - isu Anwar bebas atau tidak bukan isu utama rakyat. Samada awak kekal atau tidak sebagai Presiden juga bukan tersangat penting bagi rakyat. Duduklah selama mana mungkin.  Berapa kerap awak nak keluar negara pun gasaklah.

Isu rakyat - bila letrik nak turun apabila harga minyak sudah merudum.

Terima kasih.

JOM KENALI MUSUH ANDA..




MAMAT NI ASYIK CERITA PASAL HAL NAJIB HAL UMNO HAL DALAM KAIN ORANG......DALAM KAIN DIA SENDIRI YANG MENANAH........ PEHAL...


Sunday, February 8, 2015

Anwar boleh uji Lim Guan Eng..kesetiaan

Solidariti bersama Anwar sedang bergerak ke seluruh Malaysia dan seperti biasa kedua puak bertelegahan dari segi angka kehadiran.

Angka kehadiran sebenarnya rata-rata lebih nak tahu apa yang terjadi walaupun dah tahu, seperti kita bersolidariti nak tengok kemalangan di highway.....bukankah kita sama-sama terpaksa beratur panjang !!!
Lepas tengok, apa yang kita kata...kasihannya...
Lepastu pecutt...macam biasa, tiada pengajaran.

Anwar kena pastikan siapakah beberapa orang yang sanggup  bersolidariti, satu kubur dengannya...
Hulurkan tangan kepada Lim Guan Eng...agak2 dia terjun bersama tak..

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...