Wednesday, February 18, 2015

Altantutya mati free..Shafiee patut selitkan juga

 KEMASKINI 7.34PM FIRSTDAY CHINESE NEW YEAR

 

Is Najib’s statement on Sirul’s claim that he acted under orders exculpatory or incriminating?


The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, has made a most rash and imprudent outburst at the MCA Chinese New Year open house today, when he said that former police commando Sirul Azhar Umar’s claim that he acted under orders to murder Altantuya Shaariibuu was “utter rubbish” and “total rubbish”.
Was the Prime Minister’s outburst exculpatory or incriminating?
It would be exculpatory if he is asserting that Sirul was talking “utter” or “total rubbish” that he murdered the Altantuya in 2006 together with Chief Inspector Azila Hadri under orders as there were no such orders to the two former police commandos to murder Altantuya.
The question that immediately arises is how Najib knows that the two convicted police commandos had not received any such orders from their superior to kill Altantunya and destroy evidence by blowing up her body using C4 explosives?
He can say there was no such “order” from him, but how could he say that there were no such “order” from other people? How can he be so sure?

TULISAN ASAL:
Siapa lagi yang belum tenang atas pembunuhan Altantuya !!!

"If I die today, I would not find peace. I did what I was told and this is what I get in return," he told Malaysiakini in a recent telephone conversation from Australia.

Sewajarnya selagi belum Sirul dibawa balik ke Malaysia ... hukuman gantung sampai mati ke atas  Azilah sewajarnya perlu ditangguhkan - keadilan hakiki dan sejagat perlu dikembalikan.

Kenapa mereka membunuh dan atas arahan siapa - perlu ada jawapan kerana ia turut membawa pengaruh ke atas jumlah dan beban hukuman yang mereka kena. PDRM juga tidak boleh lepas tangan untuk mengenalpasti dan mencari bukti siapa yang mengarahkannya kerana orang itu atau pihak itu juga perlu diseret ke mahkamah.


Gambar kanan (hiasan) - selalunya dia ni banyak maklumat.. >>>


Sejarah perundangan kehakiman Malaysia seperti kes Mokhtar Hashim, Pembunuhan Kerabat DiRaja, Mona Fandey sebagai di antaranya menunjukkan semua dan segalanya dikorek, dikenalpasti dan berjawapan penuh di mahkamah !!!

Tidak logik kedua tertuduh merahsiakan arahan siapa semasa dalam siasatan kecuali dijanjikan sesuatu seperti "perlindungan". Jika Razak Baginda antara suspek yang ditahan dan kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah, tidak ada alasan untuk tidak mengheret "sesiapa itu" untuk ditentukan oleh mahkamah juga. 

Altantuya membawa ancaman kepada siapa (?) sehingga perlu dibunuh.. Kalau tiada sebab kuat sudah tentu setiap hari rakyat Malaysia mati dibunuh tanpa sebab.. 

Shafiee sedang jelajah negara - tidak ada salahnya menceritakan kebenaran tetapi lebih baik aib itu tidak dihebahkan sangat...(Anwar lagi hebat pusing dunia cerita dia tak buat..)
Mungkin ada baiknya Shafiee do some favour menjawab persaolan di atas..

Jom Kita Mulakan Tekad Sokong Pembangkang..

Kemaskini 7.12pm 1902 Tahun Baru Cina.
Kesimpulan Tulisan Dibawah:
Menyokong Pembangkang dan menjadikan mereka kerajaan bukan satu dosa jika kerajaan sekarang lemah.
Sokongan kepada kerajaan bukan sokongan membawa rebah, sokongan secara borong dan membuta tuli kepada pemimpin yang lemah hanya memusnahkan negara.
Dalam UMNO masih ada pemimpin yang BERKEBOLEHAN jika diberi peluang. 
Sebagai contoh: Muhyiddin merupakan antara Menteri yang mampu menjalankan tugasnya secara berkesan samada semasa menjadi MB Johor atau Kemeneterian-Kementerian yang pernah dipegangnya.
Untuk Pembangkang Menjadi Kerajaan mereka perlu tunjukkan bukti mereka lebih kuat, lebih jujur, lebih ikhlas dan lebih berkualiti dari kerajaan sekarang - jika tidak, mereka mimpi syok sendiri.
.......................




TULISAN ASAL:


Bagi mereka yang mahu Najib berundur atau berubah....pembangkang perlu dikuatkan.


Jom kita mulakan tekad sokong pembangkang dengan satu syarat  "mereka tidak bercakaran sesama sendiri dan pemimpin mereka  tolong berhenti berfikir menggunakan kepala lutut".

Lantiklah kalangan kamu yang bersih dan bukan "bersih". Ketua Pembangkang mesti jauhi sifat penipu pembohong auta.

Lim Kit Siang sudah lapuk - tolong nyah !!!

Lupakan Anwar dan anak beranaknya - sendiri berani berubah dan cakap serupa bikin sebelum minta UMNO berbuat demikian. 




Bekas wartawan (gambar hiasan) - apa yang mereka bincangkan...

Tuesday, February 17, 2015

Anwar sukar dikendalikan..

Mahathir mungkin sudah menghidunya lebih awal..

Harapan meleset...sebelum ini ada perkhabaran Amerika akan campurtangan berhubung kes mahkamah Anwar.... kononnya Amerika mahu kroninya menjadi PM Malaysia..

Harapannya Anwar bebas...tetapi benarkah dengan keputusan Anwar bersalah itu bererti Amerika tidak campurtangan..

Itu hanya persepsi yang berlegar...ianya sama seperti persepsi Anwar itu boneka Amerika @ Israel.. dan hari ini persepsi baru muncul pula..

Persepsi selepas Anwar, siapa pula boneka Amerika di Malaysia. Bukankah boneka baru ini lebih mudah dikendalikan berbanding Anwar..

Jawatan masih kosong atau sudah diisi..

Monday, February 16, 2015

UMNO Takut...

Menghormati kepimpinan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, ada ura-ura kuat untuk UMNO tidak bertanding di
dua kawasan DUN dan Parlimen yang kosong
Istilahnya menghormati...

# Cadangan: Sebagai tanda terima kasih kerana UMNO tidak bertanding di Pengkalan Chepa sewajarnya penyokong PAS di Pengkalan Pauh memberi undi kepada UMNO..



# Takut dan pasti kalah pun iya juga..
Sampai bila tu.

Friday, February 13, 2015

Zahed bercakap bohong atau Tibai ...

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/02/pesanan-zul-noordin-untuk-elak-ditipu.html...kena baca link ini


Ingat tak...masa dalam penjara kes liwat pertama dulu macam-macam cerita timbul mengenai ' keistimewaan' yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat masa dalam Penjara Sungai Buloh.
                                            
Ada yang kata beliau duduk bilik yang selesa,boleh guna telefon bimbit dan lain-lain yang tidak dinikmati oleh banduan lain.

Jabatan Penjara ialah dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Menteri berkenaan Datuk Seri Zahid Hamidi yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya pagi Khamis menolak cakap-cakap Ketua Pembangkang yang kali ini dipenjara lima tahun kerana salah liwat Saiful Bukhari Azlan akan dapat layanan istimewa.

“Sebelum ini ada kebimbangan daripada pelbagai pihak bahawa beliau akan diberi layanan istimewa dan luar biasa di penjara. 

"Jabatan Penjara telah menjelaskan bahawa beliau akan diberi layanan sama dengan banduan lain seperti yang telah diperintahkan oleh undang-undang, “ katanya.- 12/2/2015

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/zahid-ulas-cakap2-layanan-istimewa-anwar-di-penjara.html

# Setakat mana Zahed Hamidi selaku Menteri KDN semasa juga merupakan mantan anak didik dan orang kanan Anwar suatu masa dulu untuk tangani masalah ini atau benar-benar bertindak selaras undag-undang tanpa pilih bulu .

Jika Anwar masih menimbulkan masalah semasa di penjara ia lebih merupakan satu gangguan dan sabotaj kepada Najib untuk terus fokus kepada negara.



### Terkini

Tun Mahathir akan ditawarkan jawatan Penasihat PKR (?) - Panasnya politik...

Thursday, February 12, 2015

Semua orang kini tertumpu kepada Najib..

PKR kehilangan sementara seorang ketua dan mentor yang dipenjarakan. Dalam tempoh 3 tahun setengah lagi Anwar akan bebas semula. Masih sempat menyumbangkan sesuatu walaupun tidak layak bertanding di PRU14.

PAS baharu sahaja kehilangan selamanya seorang tulang belakang yang sumbangannya samada hitam atau putih kepada PAS itu sendiri, Melayu dan Islam. Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

UMNO juga dilihat samada akan kehilangan seorang Presiden yang mengundur diri secara sukarela/peralihan dalam masa terdekat atau menunggu untuk berundur di PRU14 bersama dengan partinya.

Jika Najib memilih untuk bertahan (dijangkakan), dia akan berhadapan dengan dua Ketua Pembangkang...seorang di Parlimen dan seorang lagi di luar Parlimen.

Sudah tentu Mahathir antara ke hadapan untuk mengetuai satu lagi gelombang yang mewakili sebahagian suara rakyat..

Wednesday, February 11, 2015

Saiful masih kalah...

7 tahun penantian Saiful dengan kerosakan moral dan imej. Anwar hanya perlu menunggu tidak lebih 5
tahun untuk bebas semula. Berbaloi ke tidak hukuman yang telah manusia lakukan.

Betul kata Shafie sebelum hukuman dijatuhkan, 20 tahun adalah satu hukuman pengajaran yang wajar kepada pemimpin yang mengkhianati kakitangannya sendiri. Yang mengkhianati kepercayaan rakyat. Memalukan ugama dan bangsa.

Anwar sudah lama hilang maruahnya, bagaimana dengan integriti keluhuran perlembagaan dan undang-undang Malaysia (?)...

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...